Timbalan Ketua Polis Negara Diumum Selepas Aidilfitri Kpn


Oleh Wartawan UtusanTV

SIAPA Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan selepas Aidilfitri , kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai nama berkenaan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk dipertimbangkan.
“SPP akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan saya.
“Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ini perlu disegerakan untuk membantu saya dalam menguruskan PDRM. Mesyuarat SPP akan berlangsung untuk menentukan siapa Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu,” katanya kepada Bernama  hari ini.
Acryl Sani berkata pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara itu dijangka diumum selepas Aidilfitri.
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang sebelum ini disandang Acryl Sani kosong berikutan pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei.
Sebelum ini, antara nama yang disebut-sebut mengisi kekosongan jawatan itu berdasarkan kekananan ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Pengurusan Datuk Ramli Din; dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Razarudin Hussain.
Sementara itu, mengulas mengenai pendedahan Abdul Hamid berhubung dakwaan campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman, Acryl Sani berkata kertas inkuiri (siasatan dalaman) polis berhubung kes itu telah dibuka.
Beliau berkata sehingga kini, PDRM menerima enam laporan polis di seluruh negara berhubung kes berkenaan dan satu daripada laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Sekarang ini, PDRM dalam proses mengumpul keterangan dakwaan itu dan jika perlu kami akan panggil pihak terlibat,” katanya.
Acryl Sani berkata kebiasaanya kesalahan salah guna kuasa atau rasuah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun polis tetap akan menjalankan siasatan.
Baru-baru ini, media melaporkan Abdul Hamid mendedahkan mengenai campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman untuk kepentingan politik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/timbalan-ketua-polis-negara-diumum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Cuai Dan Tidak Bertanggungjawab

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Cuai Dan Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 202 hits
1 Merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani yang menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang pelajar sebagai mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya adalah kenyatan yang cuai dan t...
Fb Dewan Ulama Pas Diserbu Bila Kata Ketua Polis Negara Fitnah Menteri

Fb Dewan Ulama Pas Diserbu Bila Kata Ketua Polis Negara Fitnah Menteri

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 366 hits
MALAYSIA DATELINESelepas laman Facebook Universiti Utara Malaysia orang ramai menyerbu laman milik Dewan Ulama Pas pula apabila mereka tidak berpuashati dengan tindakan Ulama Pas menyerang Ketua Polis Negara yang akan bersara Tan Sri Hamid ...
Ketua Polis Negara Yang Baru Ialah Acryl Abdullah Sani

Ketua Polis Negara Yang Baru Ialah Acryl Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 329 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Selasa depan Pegawai atasan polis itu menerima surat pelantikan sebagai ketua polis negara daripada Menteri Dalam Negeri Hamzah...
Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 334 hits
1 906 total views 1 550 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia Menurut beliau dia sudah bersedia untuk mengundurkan dir...
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 398 hits
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan Bekas ketua polis negara berkata Akta Polis memberi kuasa penuh kepada pegawai tertinggi polis itu untuk memerintah dan mengawal pasukan tersebut berbanding peranan yang dimainkan oleh sebuah...
Rentasan 882 Panas Bekas Ketua Polis Negara Beri Amaran Keras Kepad

Rentasan 882 Panas Bekas Ketua Polis Negara Beri Amaran Keras Kepad

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 223 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 882 1 LOMPAT PARTI BUKAN KESALAHAN NETIZEN BERANG 2 ULAMA PAS BERHENTI JADI LEBAI MALANG 3 RESTORAN MAMAK SELAMAT 4 LAPORAN SUDAH DIBUAT SILA SIASAT
Bekas Ketua Polis Negara Buat Pendedahan Lagi

Bekas Ketua Polis Negara Buat Pendedahan Lagi

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 1014 hits
Bekas Ketua Polis Negara Buat Pendedahan Lagi Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador mendedahkan kisah di sebalik dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis Hamid ...
Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 291 hits
243 total views 243 views today Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador berkuatkuasa pada 4 Mei 2021 Perkara ini diumumkan oleh Menteri Dalam...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil