Parlimen Ditangguh Darurat Separa Di Zon Merah
PETALING JAYA: Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya  melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala  Lumpur dan Putrajaya.
Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti  Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga  15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.
“Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu  ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi  mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.
Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu.  Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.
Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera  dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang  dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.
Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.
“Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak  sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih  boleh terus beroperasi.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota  Kabinetnya.
Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet  untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan  “darurat separa” dibincangkan.
Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga  12.30 tengah hari tadi. Selain menteri, difahamkan Panglima Angkatan  Tentera, Affendi Buang, Peguam Negara, Idrus Harun dan Ketua Polis  Negara, Abdul Hamid Bador turut hadir.
Menteri yang menghadiri mesyuara itu dipercayai termasuk Ismail Sabri  Yaakob (Pertahanan), Hamzah Zainudin (Dalam Negeri), Radzi Md Jidin  (Pendidikan), Wee Ka Siong (Pengangkutan), Rina Harun (Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ronald Kiandee (Pertanian dan Industri  Makanan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).
Daerah yang diisytiharkan zon merah Covid-19 ketika ini ialah Kota  Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang  Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban  (Negeri Sembilan).
Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di  Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu,  Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau,  Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon  merah Covid-19.
Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.
#Sumber : FMT  
MR :  Selamat sekejap.. poltik tenang sekejap 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/parlimen-ditangguh-darurat-separa-di.html