Kenapa Tidak Tutup Sekolah Ketika Kes Covid Meningkat Ini Jawapan Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk  menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19  memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar  di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif.
Menteri  Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan masih ada segelintir  pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam  menjalankan pembelajaran dalam talian
Katanya,  sekiranya sekolah di seluruh negara diarah tutup serta-merta kerana  COVID-19, pelajar yang tidak mempunyai akses kepada Internet akan  teraniaya
“Apabila kita bercakap tentang  online learning... untuk kita yang ada kemampuan atau akses kepada  Internet dan teknologi, mungkin kita lihat bahawa pembelajaran secara  online adalah satu pilihan terbaik
“Kami  sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita... ramai  anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu  minimum
“Malah, ada juga yang tidak ada  sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?," katanya ketika ditemu  bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu
Mengulas  lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak  tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun  keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat
“Saya  ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih  lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah  hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi
"Yang  kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM  (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah  sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi)
“Jadi  sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan  bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak  boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi
#Sumber :  Astro      
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/kenapa-tidak-tutup-sekolah-ketika-kes.html