Sekarang Saya Dah Tiada Ibu Adik Masih Kecil Anak Kepada Wanita Hamil Maut Ditembak


'Sekarang saya dah tiada ibu, adik masih kecil' - Anak kepada wanita hamil maut ditembak




Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemui mati dengan kesan tembakan di perut, dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, petang kelmarin. Turut ditemui kelongsong peluru di bahagian kaki penumpang belakang sebelah pemandu. 

Susulan penemuan mayat mangsa yang dikenali sebagai Farrah Emirah Mazlan, 26, polis menahan seorang buruh lelaki berusia 40 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Menurut nenek mangsa, Zawiah Sulong, 68, Emirah keluar dari rumah pada jam 8 malam Jumaat lalu dan tidak pulang sehingga keesokan hari. Zawiah cuba mencari cucunya itu dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya, selain mencuba menghubungi telefon bimbit mangsa, tetapi panggilan tidak dijawab. 


"Saya cuba menghubungi ibunya, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehingga ada saudara memberitahu kerita miliknya tersadai di tepi jalan. 


"Saya segera ke lokasi dan terkejut melihat orang ramai dan polis. Selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar. Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa. 


"Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga hingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut. Malah yang paling kecil asyik menangis mencari ibunya kerana mereka sangat akrab," katanya. 





Difahamkan, Emirah dijaga oleh Zawiah semenjak berusia 10 hari dan tinggal bersama selepas mangsa bercerai dengan suaminya Februari lalu. Emirah dikatakan baik dan peramah, tidak keluar malam melainkan ada urusan penting. 

"Saya agak terkejut kejadian sebegini menimpanya. Dia tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya," katanya. 


Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10, mengakui masih terkejut dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dibawa ke lokasi kejadian. 


"Sekarang saya dah tiada mami, saya sangat sedih, lagi pun adik masih kecil. Saya tak tahu kenapa 'orang itu' tembak mami yang sangat saya sayang. Lagi pun mami orang baik. 


"Saya hanya tahu mami meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam. Saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta. Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar. Saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang. Tetapi tidak kesampaian," katanya. 


Ibu mangsa, Siti Haja Said, 47, tidak menyangka perbualan melalui telefon pada Jumaat lalu merupakan perbualan terakhir mereka. 


"Walaupun arwah diperlihara ibu mentua sejak kecil, kami sentiasa berhubung dan turut berkongsi kegembiraan perkembangan bayi dalam kandungannya. Saya terima dengan reda namu berharap agar polis dapat mencari pembunuh dan memberinya hukuman setimpal," katanya. 


Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca mangsa mati ditembak suspek yang mempunyai hubungan dengan mangsa. Kes masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi. 


Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/06/sekarang-saya-dah-tiada-ibu-adik-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Luahan Anak Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Sekarang Saya Dah Tak Ada Mami

Sebak Luahan Anak Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Sekarang Saya Dah Tak Ada Mami

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 213 hits
Berita tentang kes tembak melibatkan seorang wanita hamil 7 bulan yang menjadi mangsa telah menyentuh hati ramai pihak Mana tidaknya Allahyarham Farrah Emirah Mazlan 26 ditemui dalam keadaan terbaring di dalam kereta dengan kesan tembakan d...
Kenapa Orang Itu Tembak Mami Anak Wanita Hamil 7 Bulan Masih Terkejut

Kenapa Orang Itu Tembak Mami Anak Wanita Hamil 7 Bulan Masih Terkejut

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 241 hits
Sekarang saya dah tiada mami saya sangat sedih lagi pun adik masih kecil Saya tak tahu kenapa orang itu boleh tembak mami yang sangat saya sayang lagipun mami orang baik luah Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa 10 Dia adalah anak sulong kepada...
Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Di Perut Di Pasir Mas Kelantan

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Di Perut Di Pasir Mas Kelantan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 339 hits
PASIR MAS Seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek Repek di sini pada Sabtu Mangsa Farrah Emirah Mazlan 26 yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk...
Wanita Palestin Maut Ditembak Tentera Israel Di Tebing Barat

Wanita Palestin Maut Ditembak Tentera Israel Di Tebing Barat

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 178 hits
Wanita Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jun 2022 11 05PM
Wanita Warga Indonesia Maut Dikelar Teman Lelaki Anak

Wanita Warga Indonesia Maut Dikelar Teman Lelaki Anak

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 256 hits
Polis berkata suspek dipercayai mengelar leher wanita itu dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian PETALING JAYA Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh teman lelaki anaknya d...
Naik Ets Feri Bas Ibu Kongsi Tip Percutian Backpack Dengan Anak Kecil

Naik Ets Feri Bas Ibu Kongsi Tip Percutian Backpack Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 278 hits
Memandangkan minggu ini masih lagi minggu cuti sekolah pasti ramai papa mama yang teringin nak bawa anak berjalan jalan Anak anak pun masih dalam mood bercuti dan tentu sekali seronok kalau diajak meneroka tempat tempat baru Bagi mama papa ...
Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 240 hits
Kahwin muda sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita Walaupun ia jarang berlaku namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai ...
Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 372 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja MAKANAN YANG TINGGI KALORI SESUAI UNTUK ANAK KECIL 1 kekacang kekacang mmg ti...
Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 225 hits
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak anak yang bakal menjadi ikutan Anak anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali ...
Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Branding The Heartbeat Of Business

Tips Mengatasi Lidah Pahit