Kenapa Orang Itu Tembak Mami Anak Wanita Hamil 7 Bulan Masih Terkejut
“Sekarang saya dah tiada mami (ibu), saya sangat sedih lagi pun adik masih kecil. Saya tak tahu kenapa ‘orang itu’ boleh tembak mami yang sangat saya sayang, lagipun mami orang baik,” luah Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10.
Dia adalah anak sulong kepada Farrah Emirah Mazlan, 26, wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Mohamad Mustaqim yang juga abang sulong kepada tiga beradik mengakui terkejut serta tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun mendapat sokongan dan kata semangat daripada saudara-mara dan moyang, Zawiah Sulong, 68.
“Saya hanya tahu mami meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta.
“Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian,” katanya.
Mohamad Mustaqim ditemui ketika pengebumian ibunya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, di sini, hari ini.
Sementara itu, nenek kepada arwah Farrah Emirah berkata, dia masih terkejut dengan kejadian menimpa cucunya.
Beritahu mahu keluar mengurut
“Dia (cucu) hanya memberitahu mahu keluar untuk mengurut, selain meminta saya supaya menjaga tiga anaknya kerana mengalami lenguh badan akibat mengandung.
“Saya tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui,” luah Zawiah Sulong, 68.
Menurut Zawiah, cucunya berusia 26 tahun dan sudah bercerai itu keluar sekitar jam 8 malam kelmarin dan tidak pulang keesokan harinya menyebabkan dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan mangsa.
“Malah, saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, namun diberitahu anaknya itu tidak pulang ke sana.
“Perkhabaran itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara beritahu kereta milik cucu tersadai di tepi jalan. Saya segera ke lokasi dan terkejut melihat kehadiran polis dan orang ramai.
“Barulah saya tahu kejadian sebenar. Mengucap panjang melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta sudah tidak bernyawa lagi,” katanya tiga anak arwah berusia tiga hingga 10 tahun.
Kredit: Sinar Harian
Anak bongsu menangis cari ibu
Zawiah berkata, ketiga-tiga anak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut, malah anak paling bongsu asyik menangis ‘mencari’ ibunya itu kerana mereka sangat rapat.
“Dia (mangsa) seorang cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting saja.
“Selain itu, dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya. Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi untuk terus menjaga anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Katanya, dia berharap pembunuh cucunya itu dapat segera ditahan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Kredit: Berita Harian
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
The post “Kenapa Orang Itu Tembak Mami.” Anak Wanita Hamil 7 Bulan Masih Terkejut appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kenapa-orang-itu-tembak-mami-anak-wanita-hamil-7-bulan-masih-terkejut/