Sekali Suami Menipu Ia Akan Meninggalkan Kesan Dalam Hati Isteri



Sebagai seorang isteri, tentunya anda mahukan kejujuran dan kesetiaan daripada seorang suami. Tiada isteri yang suka apabila ditipu oleh suami. Bagaimana seorang suami boleh menipu seorang isteri yang telah berpenat-lelah menjaga makan, minum, pakaian dan hal ehwal rumah tangga? Tiada rasa sayang dan simpatikah pada isteri

Kadangkala, ada perbuatan suami yang mengguris hati isteri tanpa disedari. Mungkin bagi suami ia perkara biasa, namun tidak pada isteri. Mereka lebih gemar memendam perasaan dan menganggap suami akan memahami mereka. Bagi pihak suami pula, mereka tentunya tidak dapat membaca isi hati isteri jika tidak diberitahu kesalahan mereka

Oleh itu, kami kongsikan perkara yang ramai tak sedar, terbuat dan boleh mengguris hati pasangan masing-masing. Jagalah hati pasangan anda ya! Elak lakukan perkara ini selagi boleh dielakkan

1. Jangan Berlebihan Dalam Memuji Orang Lain
Buat isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain di hadapan suami sendiri. Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri


Di samping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain di hadapan suaminya. Jangan cerita semua perkara tentang wanita lain terutamanya jika melibatkan aurat atau perkara sensitif. Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara

2. Jangan Abaikan Pandangan Pasangan Anda
Memberikan komen terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun, melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar. Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perbalahan di antara suami isteri

Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Di sebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memberi fokus kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya

Kita boleh melihat diri kita di hadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin. Namun, apa aib kita di belakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita

Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.  Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita

3. Elak Tinggikan Suara Pada Pasangan
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap. Jika ia bertujuan untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul

Kita sebenarnya hanya nak tunjuk ego. Malah, ia boleh menjatuhan air mukanya di hadapan orang ramai. Sebaiknya, panggillah dengan cara yang baik. Walau anda marah dan geram sekali pun, panggillah isteri dengan penuh kelembutan

Ingatlah, jaga maruah pasangan dan diri sendiri juga. Pendekatan yang lembut akan membuatkan hubungan yang tegang menjadi baik. Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya

Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya. Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan. Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya. Jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita

4. Jangan Sesekali Menipu Pasangan
Amat pantang bagi kaum wanita jika ada orang yang suka menipu. Ketahuilah para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri. Jadi, mengapa mesti kita berbohong

Ia merupakan satu tabiat yang tidak baik. Ingatlah, orang yang bercakap bohong ini tiada tempat untuknya dalam syurga. Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya dan keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri

Sentiasalah jujur dengan pasangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan

5. Elak Rasa Diri Sendiri Sentiasa Betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya. Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan. Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri

Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan. Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah

6. Jangan Selalu Tinggalkan Isteri Di Rumah
Perkara ini sangat penting. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami. Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah. Keadaan ini kadangkala boleh mengguris perasaannya. Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai

Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya. Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita. Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama-kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita

Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya

Sumber: Aku Islam via https://www.pesonapengantin.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/03/sekali-suami-menipu-ia-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 525 hits
Kadang kadang isteri sukar meluahkan keinginannya Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak anak Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan Sudahnya isteri lebih selesa memendam sendiri Sebagai su...
Kesan Suami Isteri Kurang Hormon

Kesan Suami Isteri Kurang Hormon

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 338 hits
Kamal dan Zurina adalah pasangan suami isteri yang ideal Kamal ialah seorang guru manakala Zurina pula merupakan seorang pegawai di sebuah agensi swasta Setelah hampir 25 tahun membina rumahtangga bahagia dan di kurniakan tiga anak yang sud...
Saya Minta Dia Bersabar Tapi Hati Dia Sudah Tawar Padah Bergurau Mahu Poligami Isteri Tuntut Cerai Dari Suami

Saya Minta Dia Bersabar Tapi Hati Dia Sudah Tawar Padah Bergurau Mahu Poligami Isteri Tuntut Cerai Dari Suami

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 405 hits
Saya minta dia bersabar tapi hati dia sudah tawar Padah bergurau mahu poligami isteri tuntut cerai dari suamiApabila menyebut sahaja isu poligami kebanyakan lelaki tersenyum simpul manakala si isteri pula bermuram duka mengenangkan nasib ji...
Jangan Ambil Mudah1 3 Kesan Paling Mengerikan Isteri Suka Isap Ke Malu An Suami Setiap Hari

Jangan Ambil Mudah1 3 Kesan Paling Mengerikan Isteri Suka Isap Ke Malu An Suami Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1135 hits
JANGAN Ambil Mudah1 3 Kesan paling mengerikan isteri suka isap Ke malu an suami setiap hari Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang doktor selepas suami itu telah menganggap dia telah diserang penyakit jantung Dia dihantar terus ...
Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 251 hits
Saat anda bernikah Allah pasti akan melipat gandakan rezeki anda Jika sebelum ini anda rasa seperti ada yang tidak cukup tetapi apabila bernikah pasti Allah akan membuka jalan untuk memberi rezeki Itulah janji Allah pada setiap hambaNya yan...
Kesan Suami Peluk Isteri

Kesan Suami Peluk Isteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1659 hits
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan a...
Suami Yang Suka Menipu Isteri Rezeki Susah Masuk

Suami Yang Suka Menipu Isteri Rezeki Susah Masuk

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 379 hits
Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak balik selepas beberapa tahun bersama Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja Terlalu menjaga d...
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 352 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 364 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun