Saya Minta Dia Bersabar Tapi Hati Dia Sudah Tawar Padah Bergurau Mahu Poligami Isteri Tuntut Cerai Dari Suami


'Saya minta dia bersabar, tapi hati dia sudah tawar' - Padah bergurau mahu poligami, isteri tuntut cerai dari suami


Apabila menyebut sahaja isu poligami, kebanyakan lelaki tersenyum simpul, manakala si isteri pula bermuram duka mengenangkan nasib jika bermadu. Hakikat sebenar rasa madu itu manis tetapi madu berpoligami sebaliknya. 
Seorang wanita yang juga merupakan seorang peguam berkongsikan kisah anak guamnya  yang mahu meminta cerai dari suaminya hanya kerana gurauan untuk berpoligami. Isu ini tampak mudah, tetapi bagi seorang isteri perkara ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwanya. 
POLIGAMI. Gurauan yang melukakan. Malam ini saya menangis. Emosi saya sebagai isteri tersentuh dengan luahan hati seorang anak guam. Seorang isteri mengadu kepada saya bahawa dia ingin meminta cerai dari suaminya kerana tidak tahan dengan suami yang suka bergurau mengenai poligami. 
Ya, nampak sebegitu remeh, namun saya yang juga seorang isteri, boleh memahami. walaupun ianya sekadar gurauan tapi jika sudah diulang bertahun-tahun, luka yang terguris itu boleh menjadi dalam dan meretakkan hati si isteri

Saya minta dia bersabar dan cuba bertenang sebelum ambil tindakan terburu-buru. Namun hatinya tawar, bukan kerana si suami memang akan melakukan poligami, tapi kerana gurauan berulang kali itu menunjukkan suaminya tidak endah dengan perasaannya sebagai isteri. 
Isteri yang berkorban jiwa raga melahirkan dan membesarkan anak-anak, isteri yang berkorban wang ringgit untuk membantu belanja rumahtangga bagi meringankan beban suami, isteri yang mengutamakan keluarga suami lebih dari keluarganya sendiri demi mengharapkan redha si suami dan demi kasihnya kepada suami. 
Saya sebagai peguam syarie perlu profesional, walaupun saya sendiri sangat geram bila mendengar ceritanya, saya tidak boleh terhanyut dengan perasaan sebagai isteri dan mendorongnya supaya meneruskan dengan niat ingin bercerai. Kerana seorang peguam syarie perlu menasihati mengikut apa yang dibenarkan syarak. Dan syarak membenarkan poligami bagi yang layak

Cuma pesanan saya kepada para suami, sekalipun anda layak berpoligami atau anda hanya bergurau, ketahuilah bahawa seorang isteri, sekalipun dia diam, atau sekalipun dia seorang yang faham agama dan menerima poligami sebagai amalan dibenarkan Islam, ianya bukanlah lesen untuk anda melukakan hatinya sebelum masanya. Kalau belum lagi layak berpoligami atau tak ada niat untuk berpoligami, buat apalah bergurau sebegitu. 
Apa tujuan anda sebenarnya? Adakah sebab nak prepare mental isteri awal-awal supaya bila berlaku nanti, dia takkan terkejut sangat

Buat apa merosakkan kebahagiaan sedia ada dengan benda-benda yang belum pasti? Kalau memang dah jodoh anda akan beristeri lebih, tunggu sajalah bila Allah kata sudah sampai masanya. Tak perlulah menjejaskan perasaan isteri sebelum tiba masanya. Tak berbaloi langsung

Saya katakan pada si isteri, tanyakan suami puan,
"Abang suka ke kalau ayah abang menduakan ibu abang? Suka ke kalau ipar abang menduakan adik beradik perempuan abang? Suka ke kalau anak perempuan kita nanti dimadukan?"
Walaupun ia dibenarkan islam. Saya hampir pasti jawapan si suami “Tidak suka”. 
Jadi kalau si suami boleh memahami perasaan perempuan yang sedarah-daging dalam keluarganya, kenapa susah nak memahami perasaan isteri sendiri? Kenapa perlu perasaan si isteri diremehkan dengan gurau senda yang menyakiti hati. Walaupun dibenarkan syarak untuk suami yang layak berpoligami, syarak tidak membenarkan suami menyakiti hati isterinya dengan sengaja. Walaupun si isteri tidak melawan hukum Allah berkenaan poligami, tapi mana-mana isteri tetap akan terluka dengan tindakan suami yang menduakan tanpa redhanya. 
Kalau isteri sendiri redha suami berpoligami dari awal, then takpe, tapi golongan sebegini memang sangat sukar dicari. Kebanyakan isteri hanyalah manusia biasa yang punyai perasaan. Seperti mana suami-suami tak boleh terima jika isteri berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengannya, begitu jugalah seorang isteri sukar menerima suaminya dikongsi dengan perempuan lain. 
Saya faham, namun saya terkilan kerana tidak dapat memenangkan si isteri kerana hakikatnya perceraian itu tidaklah sepatutnya atas alasan hanya disebabkan gurauan suami. Melainkan suami sudah berpoligami dan terbukti dia tidak adil. 
Semua ini pengajaran untuk seorang isteri juga. Bahawa cinta manusia itu sangatlah sementara. Jangan dikejar cinta suami kerana dia hanyalah manusia yang boleh berubah hatinya. Cinta yang layak kita utamakan hanyalah cinta Allah dan RasulNya. 
Tapi saya mohon para suami tetap sensitif dengan hati isteri anda. Isteri hanya manusia biasa. Simpanlah gurauan itu hanya bila nak eksyen dengan kawan-kawan sesama lelaki. 
Isteri biasa,Ashikin Rahim13-2-2020
Sumber: Ashikin Rahim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/03/saya-minta-dia-bersabar-tapi-hati-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 364 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Sekali Suami Menipu Ia Akan Meninggalkan Kesan Dalam Hati Isteri

Sekali Suami Menipu Ia Akan Meninggalkan Kesan Dalam Hati Isteri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 314 hits
Sebagai seorang isteri tentunya anda mahukan kejujuran dan kesetiaan daripada seorang suami Tiada isteri yang suka apabila ditipu oleh suami Bagaimana seorang suami boleh menipu seorang isteri yang telah berpenat lelah menjaga makan minum p...
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 352 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 408 hits
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak Setiap wanita pasti ingin bergelar isteri Namun seringkali kita terbaca kisah kisah isteri dalam mengharungi alam perkahwinan Ada yang manis dan ada yang pahit Perko...
Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 250 hits
Saat anda bernikah Allah pasti akan melipat gandakan rezeki anda Jika sebelum ini anda rasa seperti ada yang tidak cukup tetapi apabila bernikah pasti Allah akan membuka jalan untuk memberi rezeki Itulah janji Allah pada setiap hambaNya yan...
Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 525 hits
Kadang kadang isteri sukar meluahkan keinginannya Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak anak Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan Sudahnya isteri lebih selesa memendam sendiri Sebagai su...
Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 366 hits
Gambar hiasanLumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang terlalu manja emosional tidak bert...
Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 527 hits
Suami isteri yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri Tidak kisahlah jantina anak asalkan bayi sihat sudah membuatkan kehidupan ibu ayahnya bahagia Kebanyakan pasangan mengharapkan untuk mempunyai anak sulung lela...
Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana

Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 334 hits
Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana Seperti yang semua sudah sedia maklum syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya tetapi bagi seorang wanita yang s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game