Suami Yang Suka Menipu Isteri Rezeki Susah Masuk
Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak-balik selepas beberapa tahun bersama. Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja
Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang. Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang? Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian
Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri
Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka
Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar
Sumber: facebook Ebit Lew via Pesona Pengantin
from Sehinggit Media https://ift.tt/2uXdJkC
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/suami-yang-suka-menipu-isteri-rezeki.html