Sekali Kena Cukuplah Ini Dua Kali Saya Pun Kesian Juga Kata Sanusi Kepada Mukhriz



Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor menyuarakan simpatinya terhadap Mukhriz Mahathir kerana dua kali berdepan kehilangan majoriti sokongan Adun, sepanjang menjadi menteri besar Kedah.

Sanusi, yang dikatakan antara calon menteri besar baru, berkata Mukhriz tidak akan berdepan perkara itu sekali lagi jika beliau bersama-sama dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

"Saya bersimpati, (Mukhriz) sebagai seorang pemimpin yang terpaksa berdepan senario seperti itu dalam kerjayanya, saya bersimpati.

"Dia patut ambil tindakan untuk bersama-sama Muhyiddin, dia tidak akan kena (berdepan dengan perkara ini).

"Sekali kena cukuplah, ini dua kali. Saya pun kesian juga," katanya ketika ditanya pemberita ketika sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Dalam sidang media itu, Sanusi mengumumkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Kedah.

Ia selepas dua Adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas), mengumumkan keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN.

Beliau turut berkata seramai 23 adun di negeri itu - termasuk empat daripada Bersatu - telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Pada Februari 2016, ketika memimpin kerajaan BN di negeri itu, Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan di DUN. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah.

'Durian baru luruh'

Sementara itu, Sanusi sempat berseloroh bahawa PN di Kedah sedikit lambat menubuhkan kerajaan negeri baru, berbanding gabungan itu di Melaka dan Johor yang berbuat demikian pada Mac, tidak lama selepas Bersatu keluar daripada PH.

"Durian tak luruh, (sekarang) baru luruh. Kita ambil pendekatan tak gelojoh. (PN Kedah) Tidak terdesak dan tidak membuat perkara yang boleh meresahkan rakyat," katanya ketika ditanya tentang perkara itu.

"Jadi kita biar proses itu berjalan dan proses itu mengambil tempat pada hari ini. Takkan durian luruh tak nak pergi kutip," katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/sekali-kena-cukuplah-ini-dua-kali-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 416 hits
17 Mei 2020 ADUN Jeneri Muhamad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah Dengan sempurnanya majlis tersebut maka secara rasminya unt...
Konspirasi Kata Dua Dan Konsensus Dalam Mesyuarat Terakhir Ph

Konspirasi Kata Dua Dan Konsensus Dalam Mesyuarat Terakhir Ph

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 399 hits
MALAYSIAKINIKrisis perpecahan dalam Bersatu kian meruncing apabila pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin masing masing mempertahankan gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional Bagi kem Mahathir langkah Muhyidd...
Mukhriz Letak Jawatan Mb Kedah Kali Kedua

Mukhriz Letak Jawatan Mb Kedah Kali Kedua

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 505 hits
Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah me...
Untuk Ke Dua Kali Prabowo Terima Bantuan Alkes Dari China Untuk Penanganan Corona

Untuk Ke Dua Kali Prabowo Terima Bantuan Alkes Dari China Untuk Penanganan Corona

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 265 hits
Adapun bantuan ini berupa Disposable Medical Mask Medical Surgical Mask KN95 Respirator dan Surgical Mask cone Medical Goggles Disposable Medical Protective Screen Disposable Protevtive Jump Suit
Sanusi Nafi Pas Mungkir Janji Sokong Mukhriz Kekal Mb

Sanusi Nafi Pas Mungkir Janji Sokong Mukhriz Kekal Mb

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 438 hits
qMenteri Besar Kedah yang baru Muhammad Sanusi Md Nor menafikan PAS mungkir janji untuk menyokong Mukhriz Mahathir kekal di jawatan itu sehingga tamat penggal ini saya pergi jumpa dia untuk nyatakan sokongan agar terus jadi menteri besar Me...
Mukhriz 2 Kali Kecundang 4 Kali Ditinggalkan

Mukhriz 2 Kali Kecundang 4 Kali Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 424 hits
FMT KUALA LUMPUR Kejatuhan Mukhriz Mahathir yang pasti akan berlaku tidak lama lagi susulan pembelotan semalam digambarkan sebagai penghinaan politik yang terakhir bagi anak kepada bekas perdana menteri itu Ahli parti teringat ramai secara ...
Spesifikasi Surface Duo Tertiris Membuatkan Anda Berfikir Dua Kali Sebelum Membeli Amanz

Spesifikasi Surface Duo Tertiris Membuatkan Anda Berfikir Dua Kali Sebelum Membeli Amanz

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 404 hits
Menerusi Surface Duo Micorosft akan kembali ke arena penghasilan telefon pintar selepas kali terakhir melancarkannya pada tahun 2016 Pelancaran Surface Duo amat dinantikan kerana ia bukan sahaja menggunakan Android tetapi hadir dengan dwi s...
Sanusi Mb Baru Giliran Umno Tolong Pas Kata Annuar

Sanusi Mb Baru Giliran Umno Tolong Pas Kata Annuar

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 415 hits
Pemilihan Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru Kedah adalah hasil perbincangan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional kata Annuar Musa Setiausaha Agung BN itu berkata pemilihan Sanusi dibuat secara ko...
Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 408 hits
Terlalu baik sangka punca saya jadi mangsa pengkhianatan kata Mukhriz Semalam Perikatan Nasional Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan 23 Adun termasuk daripada PPBM
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

We Re Not Just On Social Media Sabah Muda Tells Analysts

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Working With Bn Has Cons For Ph Too Says Pkr S Hassan

Misi Ke Asrama Penuh 2026 Persediaan Pksk Dan Ukkm Dari Rumah Secara Online

Biskut Dalgona Squid Game