Konspirasi Kata Dua Dan Konsensus Dalam Mesyuarat Terakhir Ph


MALAYSIAKINI
Krisis perpecahan dalam Bersatu kian meruncing apabila pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin masing-masing mempertahankan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Bagi kem Mahathir, langkah Muhyiddin mengeluarkan Bersatu daripada PH merupakan satu pengkhianatan manakala bagi kem Muhyiddin pula, ia disebabkan rakan sekutu Bersatu yang tidak sabar sehingga mengasak parti itu ke satu sudut.
Laman Facebook Bersatu semalam membocorkan rakaman audio lebih dua jam mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH ketika masih menjadi kerajaan pada 21 Feb lalu, dengan mendakwa rakan sekutu Bersatu bersikap 'biadab' terhadap Mahathir.
Perbincangan selama dua jam itu kadang kala menjadi panas apabila pemimpin komponen PH menimbulkan soal sama ada Mahathir harus menetapkan tarikh peralihan kuasa atau sebaliknya.
Meskipun rakaman yang bocor hampir tiga bulan itu mungkin merupakan perang saraf, ia memberi gambaran menarik mengenai apa yang berlegar dalam fikiran pemimpin PH, beberapa hari sebelum gabungan itu 'tersungkur'.
Dalam mesyuarat itu, Amanah dan DAP mendesak Majlis Presiden PH membuat keputusan mengenai tarikh yang tepat bagi peralihan kuasa, manakala pemimpin Bersatu menegaskan Mahathir tidak boleh ditekan, selain menyatakan terdapat pemimpin tertentu dalam PH menyerang Mahathir di khalayak umum.
Lebih menarik timbalan presiden PKR pada masa itu, Azmin Ali dan naib presidennya, Zuraida Kamaruddin, menegaskan bahawa Mahathir perlu menghabiskan sepenggal penuh - satu pendirian yang tidak diusulkan oleh pemimpin Bersatu dalam mesyuarat itu memandangkan mereka hanya mahu Mahathir menetapkan tarikh itu sendiri.
"Tun, you kata selepas APEC (Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) dan tak ada tarikh, dan mungkin juga sepenggal penuh," kata Zuraida.
Untuk rekod, Azmin dan Zuraida kemudiannya memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan PH apabila mereka berpaling tadah untuk menyertai PN. 
Berdasarkan rakaman tersebut, adalah jelas bahawa pemimpin PH tidak sedar mengenai wujudnya konspirasi berkenaan.
Konspirasi
Apabila Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman bersuara lantang menentang pemimpin PH yang menekan Mahathir untuk menetapkan garis masa peralihan kuasa, Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat konspirasi yang telah diatur.
"Syed Saddiq, kamu mungkin tidak tahu, cubaan merosakkan keseluruhan rancangan (peralihan kuasa). Yang nyata, konfigurasi baru, saya bincang dengan Muhyiddin. 
"Konfigurasi baru yang melayani PAS, Umno itu yang sebabkan orang marah.
"Tapi bila saya tanya, Tun kata diorang datang, dia tak beri kelulusan. Tapi banyak orang termasuk dalam dewan ini malam ini kata Tun setuju."
Anwar berkata beliau mahu Majlis Presiden bertindak tegas terhadap kewujudan gerakan berkenaan.
"You tak boleh cakap sokong Tun dan Pakatan Harapan dan khianat di luar. Kemudian kamu mengharapkan kami meletakkan kesetiaan sepenuhnya. Ini yang kena stop," jelasnya.
Anwar juga mengakui pihaknya mengumpulkan akuan bersumpah (SD) sebagai respons kepada satu lagi langkah berasingan yang dinamakannya "konfigurasi baru".
Bagaimanapun, Anwar berkata SD oleh pihaknya bukan seperti penyokong "konfigurasi baru", dan peralihan kuasa seharusnya diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan.
Pada penghujung mesyuarat yang menemui jalan buntu itu, Anwar berjanji mengekang ahli PKR yang masih berdegil dan akan menyatakan sokongannya kepada Mahathir di media.
"Saya akan cuba yang terbaik tapi setakat ini saya support Tun kalau ditanya media. Saya akan katakan kepada mereka bahawa ia telah diselesaikan dan menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Tun," katanya walaupun tiada keputusan dicapai mengenai tarikh peralihan kuasa.
Bagaimanapun, Azmin kemudian mencelah dengan mengatakan: "Tun, saya nak minta penjelasan adakah dengan menyokong Tun untuk serve full term (berkhidmat sepenggal penuh) itu merupakan pengkhianatan kepada Pakatan Harapan?"
Ini mencetuskan pertikaian apabila Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad akhirnya bersuara.
"Saya rasa paling penting tentang pengkhianatan adalah bawa masuk orang lainlah. Bawa masuk PAS, Umno, nak form gabungan baru, itu pengkhinatan yang kita sedang ceritakan.
"Kita tidak bincang tentang PAS dan Umno punya penglibatan," jawab Azmin.
Bahang ketegangan juga dapat dikesan ketika mesyuarat itu apabila setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berulang kali menyindir dengan menyatakan beliau tidak pernah sesekali "ponteng" daripada mesyuarat parti dan PH - satu dakwaan yang sebelum ini dibuat terhadap Azmin dan kumpulannya.
Kata dua
Khalid akhirnya berkata perkara itu harus diserahkan antara Anwar dan Mahathir untuk membuat keputusan.
Mahathir, yang sepanjang mesyuarat itu tidak memberi sebarang pandangan mengenai kedudukannya sebagai perdana menteri dan pada satu ketika mengatakan beliau tidak sepatutnya menghadiri mesyuarat yang banyak tertumpu kepadanya, kemudian bertanya apakah yang mahu diberitahu kepada pihak media di tengah-tengah kebuntuan berkenaan.
"Kita nak bagitahu press yang kita pecah dua atau kita ada konsensus?" soalnya.
Mahathir juga mengulangi bahawa beliau akan meletakan jawatan selepas Apec.
Bagaimanapun Azmin sekali lagi mencelah dan berkata:  "Tetapi tiada konsensus walaupun selepas Apec", menyebabkan suasana bising apabila ada yang membantah.
"Saya tahu kamu ada sesuatu yang peribadi terhadap saya. Berapa banyak pandangan berbeza, mengapa kamu pilih saya?" bidas beliau.
Pertikaian itu berterusan selama beberapa minit sebelum Syed Saddiq sekali lagi membantah gesaan agar Mahathir menetapkan garis masa bagi peralihan kuasa.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya, yang banyak mendiamkan diri akhirnya bersuara dan menggesa Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Mahathir untuk membuat keputusan mengenai tarikh peralihan kuasa.
Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa PH kehilangan sokongan dan rancangan peralihan kuasa telah menjadi perhatian rakyat.
Beliau mengakhiri kata-katanya dengan mengatakan sekiranya Majlis Presiden tidak boleh patuh, maka Bersatu boleh membuat keputusan sendiri, menyebabkan keadaan menjadi senyap seketika.
Presiden Amanah Mohamad Sabu kemudian bersuara dengan mengatakan:
"Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan. Pecahlah kita jadi pembangkang balik".
Khalid kemudian menggesa agar tiada kata dua diberikan dalam mesyuarat berkenaan.
"Janganlah bagi ultimatum. Bila you nak cari konsensus, bila kamu bagi ultimatum, kamu tak cari konsensus."
Mat Sabu kemudian berkata "Bersatu nak buat keputusan sendiri itu ultimatum, kami pun dah jadi pembangkang lama"
Konsesus
Perdebatan ini berlangsung selama beberapa minit sebelum Anwar mencelah.
"Sekarang Bersatu bagi ultimatum, kita kena capai konsensus. Saya tak nak usulkan apa. Saya serah pada Tun, saya percaya kamu sebab ultimatum ada risiko pecah. Saya harap jangan buat begitu.
"Saya akur, serah pada Tun," katanya.
Mahathir kemudian secara bergurau memberitahu beliau mahu menyandang jawatan perdana menteri selama lima penggal.
Pada nada yang lebih serius, Mahathir berkata:
"Jangan tetapkan saya tempoh. Saya akan buat keputusan.Kalau kamu percaya saya, akan buat keputusan tapi jangan beritahu bila.
"Mungkin satu hari sebelum parlimen dibubarkan - mungkin, saya tidak mengatakan begitu, jangan petik saya Tapi jangan tetapkan satu tempoh, saya akan buat keputusan.
"Jadi, jika kamu tidak boleh bersetuju (menetapkan tarikh), maka kamu terima pandangan saya. Adakah itu okay?" katanya.
Para pemimpin dalam mesyuarat itu kemudian didengar menyatakan persetujuan sebelum beralih untuk membincangkan isu-isu pentadbiran.
Pada sidang akhbar lewat malam itu, Mahathir diapit Anwar dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail di mana beliau mengumumkan bahawa PH memutuskan untuk membenarkan beliau membuat keputusan sendiri mengenai tarikh peralihan kuasa.
Bagaimanapun, dua hari kemudian, Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memulakan "Langkah Sheraton".
Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak, berpaling tadah bersama 10 anggota Parlimen PKR yang lain, manakala Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar daripada PH.
Bersama-sama dengan Umno, PAS, GPS, PBS dan STAR, mereka membentuk kerajaan PN yang baru.
Mereka pada mulanya menggesa Mahathir mengetuai gabungan baru itu tetapi apabila ia ditolak, sokongan beralih kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri yang baru.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/konspirasi-kata-dua-dan-konsensus-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekali Kena Cukuplah Ini Dua Kali Saya Pun Kesian Juga Kata Sanusi Kepada Mukhriz

Sekali Kena Cukuplah Ini Dua Kali Saya Pun Kesian Juga Kata Sanusi Kepada Mukhriz

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 371 hits
Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor menyuarakan simpatinya terhadap Mukhriz Mahathir kerana dua kali berdepan kehilangan majoriti sokongan Adun sepanjang menjadi menteri besar Kedah Sanusi yang dikatakan antara calon menteri bes...
Anwar Akui Audio 2 Puak Bertelagah Dalam Mesyuarat Terakhir Ph Tulen

Anwar Akui Audio 2 Puak Bertelagah Dalam Mesyuarat Terakhir Ph Tulen

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 222 hits
May 21 2020 1 55 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim PETALING JAYA Anwar Ibrahim mengesahkan ketulenan rakaman audio mesyuarat Pakatan Harapan pada minggu terakhir ia berkuasa Februari lalu menyaksikan menteri dan pemimpin parti Pakatan Harapan be...
Dua Bulan Terkandas Di Kampung Rumah Kena Pecah Masuk

Dua Bulan Terkandas Di Kampung Rumah Kena Pecah Masuk

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 434 hits
Rumah dah lama kena aim Demikian luahan seorang pengguna Facebook yang mendapati rumahnya dipecah masuk selepas dua bulan terkandas di kampung halaman kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tong gas pun mereka rembat Coway lagi Bal...
Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 383 hits
Dua nelayan ditahan di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang di sini selepas polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan heroin petang semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kedua ...
Breaking News Dua Kapal Amerika Masuki Perairan Kita Beri Amaran Keras Kepada China

Breaking News Dua Kapal Amerika Masuki Perairan Kita Beri Amaran Keras Kepada China

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 244 hits
Oleh Abdul Muein Abadi1 Terkini dilaporkan dua kapal Amerika memasuki perairan kita sambil memberi amaran kepada China di mana kapal kapal China sedang mengganggu usaha eksplorasi West Capella yang dikontrak Petronas di blok Lala 1 yang dij...
Dua Kali Panggil Polis Sial Kerana Disaman Pemandu Lori Ditahan

Dua Kali Panggil Polis Sial Kerana Disaman Pemandu Lori Ditahan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 331 hits
KANGAR 9 Mei Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini semala...
Keberkesanan Pkpb Sasaran 1 Angka Kes Mungkin Dilihat Seminggu Dua Lagi Kkm

Keberkesanan Pkpb Sasaran 1 Angka Kes Mungkin Dilihat Seminggu Dua Lagi Kkm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 312 hits
Keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilihat dalam tempoh seminggu dua lagi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kita kena lihat setiap hari perkembangan terkini kes kes baru yang dik...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis