Mukhriz Letak Jawatan Mb Kedah Kali Kedua



Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta-merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah mengemukakan perkara itu kepada Sultan Kedah.

"Saya sudah sembah maklum kepada sultan atas sebab saya hilang majoriti, saya dengan ini meletak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta," katanya dalam sidang media di Wisam Darul Aman hari ini.

Ini kali kedua Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas mengalaminya pada 2016 di bawah pentadbiran BN.

Mukhriz melepaskan jawatan itu selepas Perikatan Nasional (PN) memiliki 23 daripada 36 kerusi Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Ia setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN pada 12 Mei lalu. Langkah itu disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Sebanyak 23 akuan bersumpah (SD) daripada Adun Kedah juga dipersembah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan mencadangkan calon baru menteri besar.



Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Adun Jerlun berkata beliau digulingkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri.

Beliau berkata, dua sebab yang mungkin menjadi alasan kepada Muhyiddin untuk menggulingkannya dan kerajaan PH Kedah ialah usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad, serta keputusannya untuk bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan Bersatu akan datang.

"Umum juga mengetahui saya mencabar jawatan presiden bagi merebut presiden Bersatu dan ayahanda Dr Mahathir cabar dengan undi tidak percaya di Parlimen.

"(Ini) Dua penyebab kenapa saya nak dijatuhkan sebagai menteri besar, jelas Muhyiddin di belakang," katanya lagi.

Katanya lagi, keputusan itu menyaksikan Bersatu hilang sebuah lagi negeri yang ditadbirnya selepas Johor, yang kembali diketuai BN.

"Saya langgar dia (Muhyiddin), dia tak berapa yakin maka ambil tindakan drastik cari cara nak gulingkan saya sebagai menteri besar...Saya mampu jatuhkan dia sebagai presiden parti," katanya lagi.

Mukhriz berkata beliau mempertahankan kerajaan PH di Kedah selari dengan prinsip Mahathir, selaku pengerusi Bersatu, yang enggan bersekongkol dengan Umno.

"Oleh kerana PAS bekerjasama Umno dalam Muafakat Nasional maka saya putuskan tidak menerima pelawaan untuk bersama PN Kedah.

"Lebih baik saya jadi pembangkang daripada gagasan politik yang dipenuhi skandal antarabangsa, daripada hidup biar mati berdiri," katanya lagi.

Sanusi dilantik jadi MB

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Ammar Shaikh Mahmood Naim memaklumkan pelantikan Adun Jeneri daripada PAS, Muhamad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru.

Muhammad Sanusi

Beliau berkata setelah perjumpaan dengan semua Adun pada 15 Mei, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mendapati Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun dan berkenan menerima peletakan jawatannya.

"Lanjutan peletakan jawatan itu, Sultan Sallehuddin berkenaan untuk melantik Sanusi setelah pada hemat baginda telah mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah.

"Majlis pelantikan menteri besar ke-14 akan diadakan hari ini di pejabat Sultan Kedah, Wisma Darul Aman," katanya.

MR :  Dapat kepada PAS, sikap PAS tak berebut dalam gabungan PN menghasilkan buah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/mukhriz-letak-jawatan-mb-kedah-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz Menyerah Kalah Umum Letak Jawatan Esok

Mukhriz Menyerah Kalah Umum Letak Jawatan Esok

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 490 hits
Bukan lagi satu rahsia dalam kalangan pengamal media di Kedah esok jam 10 pagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan satu sidang media tergempar bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah Sumber MalaysiaGazette ...
Proses Beradab Tunggu Mukhriz Letak Jawatan

Proses Beradab Tunggu Mukhriz Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 258 hits
Kredit Ipohmali Apa yang dikatakan Mukhriz itu betul Nak ganti seorang MB mengikut perlembagaan ia perlu dibawa ke sidang Dewan rakyat bukan sidang media ataupun MB itu sendiri meletak jawatan atau memohon Pembubaran DUN Disinilah akan menj...
Letak Jawatan Mukhriz Jangan Menyusahkan Orang

Letak Jawatan Mukhriz Jangan Menyusahkan Orang

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 313 hits
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir disaran supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah kehilangan majoriti untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata itu lang...
Mukhriz Mahathir Umum Lepas Jawatan Mb Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

Mukhriz Mahathir Umum Lepas Jawatan Mb Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 369 hits
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta Peletakan jawatan itu sekali gus membawa kepada pembubaran pentadbiran kerajaan negeri yang disertai 10 Ahli Majlis Mesyu...
Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 243 hits
ALOR SETAR Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa Beliau menegaskan pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan neger...
Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 353 hits
17 Mei 2020 ADUN Jeneri Muhamad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah Dengan sempurnanya majlis tersebut maka secara rasminya unt...
2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 573 hits
SUNGAI PETANI Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Adun Sidam Rober...
Tiada Siapa Desak Mahathir Letak Jawatan Cuma Ada Usaha Khianati Janji

Tiada Siapa Desak Mahathir Letak Jawatan Cuma Ada Usaha Khianati Janji

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 304 hits
ibrahim mat isaTidak ada siapa yang mendesak Mahathir letak jawatan Yang kami mahukan ialah buat ketetapan tarikh penyerahan kuasa itu sahaja Itu pun Mahathir tak boleh faham bermaksud memang beliau ada hati mahu khianati janji Dalam ucapan...
Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 412 hits
SUNGAI PETANI Umpama retak menanti belah Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepim...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir