Sejarah Umno Pas





PETALING JAYA: Umno dan PAS, dua parti politik terbesar berteraskan Melayu-Islam, mempunyai sejarah panjang
Kedua-dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapak yang kukuh dalam hati pengundi, terutamanya masyarakat Melayu-Islam, telah cuba dan masih berusaha untuk membentuk ikatan politik yang mantap serta kekal berkuasa
FMT menggariskan peristiwa-peristiwa penting sepanjang 6 dekad lalu bagi menggambarkan turun naik hubungan Umno-PAS menjelang Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari di premis Umno iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra dan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur
1951
Golongan ulama dalam Umno menubukan Persatuan Islam Se-Malaya dengan keahlian longgar, dengan Ahmad Fuad Hassan dilantik menjadi presiden
1955
Dalam pilihan raya umum pertama Tanah Melayu, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi manakala PAS satu
1969
PRU pertama selepas pembentukan Malaysian menyaksikan Perikatan terdiri daripada Umno-MCA-MIC hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat
1974
Perdana Menteri Abdul Razak Hussein menggerakkan usaha menubuhkan Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Perikatan. PAS turut serta
PAS yang bersama BN menang besar dalam PRU, di mana manifesto BN berteraskan “memuliakan Islam sebagai agama rasmi negara”
Susulan kemenangan PRU, Mohamed Nasir dilantik sebagai menteri besar Kelantan tetapimenimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli PAS
1976
Nasir serah surat letak jawatan
1977
PAS memutuskan untuk memecat Nasir yang tidak jadi letak jawatan
DUN Kelantan membawa usul tidak percaya terhadap Nasir dan selepas usul diluluskan, demonstrasi dicetuskan penyokong Nasir bertukar menjadi rusuhan
Dewan Rakyat mengisythiharkan darurat di Kelantan, dan pentadbiran negeri diletakkan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan
Majlis Tertinggi BN memberi tempoh 4 hari kepada PAS untuk memecat ahli Parlimen yang menentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977
Yang Dipertua PAS Mohamed Asri Muda mengumumkan PAS keluar dari BN
1978
Perintah darurat di Kelantan ditarik balik. Nasir menubuhkan parti Berjasa
BN menubuhkan kerajaan campuran di Kelantan bersama Berjasa selepas menewaskan PAS
1981
Orang kuat PAS Terengganu Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan yang kemudiannya dikenali sebagai “Amanat Hadi”, yang kemudiannya diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan 2 dekad selepas itu sebagai bercanggah dari segi Islam
1984
PAS lahir hasrat debat bersama Umno tetapi ia tidak menjadi kenyataan ekoran nasihat Majlis Raja-Raja yang tidak berkenan
1985
Peristiwa Memali di Kampung Memali, Baling Kedah melibatkan penyokong PAS, menyemarakkan lagi permusuhan Umno dan PAS
1987
Pemimpin PAS antara puluhan ahli politik dan aktivis yang ditahan ISA di bawah Operasi Lalang
1989
Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS menyertai Umno, setahun sebelum PRU 1990
1990
Selepas Umno berpecah dua (Team A dan Team B), PAS dan parti serpihan Umno Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, menjalin kerjasama di bawah Angkatan Perpaduan Ummah
PAS menawan Kelantan, dengan Mursyidul Am Nik Abdul Nik Mat dilantik menjadi menteri besar
1993
Kelantan menyatakan hasrat memperkenalkan hudud dan meluluskan enakmen berkaitan di Dewan Undangan Negeri. Ia ditentang oleh Umno di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad
1998-1999
Kemasukan besar-besaran ahli Umno ke dalam PAS di sebalik slogan “Dulu Umno Sekarang PAS” susulan pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan
1999
PAS menang besar pilihan raya yang diadakan di sebalik kehilangan sokongan Melayu kepada Umno, tawan Terengganu
2000
Susulan keputusan PRU 1999, perwakilan Perhimpunan Agung Umno mendesak pimpinan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaaan Terengganu yang dipimpin PAS. Mahathir menggantikan bayaran royalti kepada “wang ihsan”
2002
Sejarah dicipta apabila Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Fadzil Noor muncul satu pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi pandangan mengenai perpaduan Melayu-Islam dan perhimpunan anti-Israel
2008
PAS menjalin kerjasama bersama PKR dan DAP membawa pembentukan Pakatan Rakyat. PAS menerajui kerajaan negeri Kedah dan Perak
2009
Muncul desas-desus beberapa pemimpin PAS mengadakan perbincangan sulit dengan Umno membentuk “Kerajaan Perpaduan” di Selangor dan Perak. Ia menerima bantahan keras Nik Aziz.GAMBAR GAMBAR ASAL PERISTIWA KEJATUAN KERAJAAN NEGERIPERAK 2009 LALU OLEH WRLR2014
Pakatan Rakyat mula bergolak, dengan PAS tidak setuju pendekatan DAP dan PKR dalam krisis menteri besar Selangor. Isu Negara Islam antara DAP dan PAS juga timbul lagi
2015
Nik Aziz, tokoh utama PAS yang menentang sebarang kerjasama dengan Umno, meninggal dunia. Pemergiannya dilihat membuka jalan ke arah usaha kerjasama PAS-Umno
Pada Disember, Presiden Umno Najib Razak buat pertama kali berkongsi pentas dengan rakan sejawat PAS, Hadi, pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia
Pergolakan Pakatan Rakyat berhubung isu “Negara Islam” semakin merapakatkan PAS dan Umno. DAP keluar Pakatan Rakyat, sekali gus menamatkan riwayat pakatan itu
2016
Hadi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Marang mengemukakan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Ia menerima sokongan kebanyakan wakil rakyat Umno
Najib melawat Hadi yang menjalani pembedahan jantung di IJN, dalam apa yang dilihat mengesahkan spekulasi kerjasama Umno dan PAS
Najib dan Hadi hadir sekali lagi berkongsi pentas, kali ini dalam himpunan solidariti bersama etnik Rohingya, di Kuala Lumpur
2017
Pemimpin Umno dan PAS semakin kerap berkogsi pentas dalam pelbagai isu melibatkan umat Islam sejagat
2018
Mahathir menziarahi pusara bekas presiden PAS Fadzil Noor, beberapa hari sebelum PRU yang menjatuhkan kerajaan BN
Kerjasama Umno-PAS lebih menonjol selepas kekalahan BN, yang menjadikan dua parti Melayu-Islam itu pembangkang terbesar
2018-2019
PAS dan Umno mula menjamin persefahaman politik menghadapi beberapa pilihan raya kecil. Kedua-dua parti bersetuju tidak bertindih dalam pencalonan, sekali gus membawa kemenangan kepada pembangkang di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau
September 2019
Umno dan PAS menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah, menandatangani piagam kerjasama pada PRU akan datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/sejarah-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Jadi Kawan Menyingkap 6 Dekad Sejarah Umno Dan Pas

Lawan Jadi Kawan Menyingkap 6 Dekad Sejarah Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 250 hits
September 14 2019 10 09 AMNajib Razak melawat Hadi Awang di IJN pada Januari 2016 PETALING JAYA Umno dan PAS dua parti politik terbesar berteraskan Melayu Islam mempunyai sejarah panjang Kedua dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapa...
Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 250 hits
A PAS leader suggested the alliance of the country s biggest Malay political parties long ago to solve the country s problem said Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi He said that former PAS spiritual adviser the late Datuk Haron Di...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 282 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 539 hits
Firman Allah SWT dalam Al Quran Mafhumnya Hai orang orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepada Nya dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam Dan berpeganglah kamu semu...
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 315 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
Kerajaan Campuran Umno Pas

Kerajaan Campuran Umno Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 352 hits
Maknanya sudah ada Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang Setakat ini untuk merampas kembali Melaka Negeri Sembilan Perak dan Kedah amat cerah Tidak mustahil pula Johor dan Selangor MB Perlis sambut baik kerajaan campuran Umno PASPerlis meny...
Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 514 hits
PIAGAM PAS UMNO TAKUT DGN MCA MIC BUKAN DGN ALLAH Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam terseb...
Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 270 hits
Warganet tempelak Hadi konon Nik Aziz setuju taawun Pas UmnoOleh September 15 2019Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa taawun siyasi antara Pas Umno telah persetujui bekas mursyidul am parti itu allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat keti...
Hadi We Re Family Now Umno May Be Brought Into Pas Led Gov Ts

Hadi We Re Family Now Umno May Be Brought Into Pas Led Gov Ts

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 283 hits
Now that the political cooperation between Umno and PAS has been formalised PAS president Abdul Hadi Awang indicated that the Islamist party may bring Umno on board their Kelantan and Terengganu governments However Umno president Ahmad Zahi...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang