Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914



Firman Allah SWT dalam Al Quran :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا  وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَوَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Mafhumnya :
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam...
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan ketika kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya...
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk...
Surah Ali Imran : Ayat 102 ~ 103

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj. Jadi mengingatkan kita, Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan melarang umat Islam berpecah belah...
TG Hj. Hadi juga memetik firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 102 hingga ayat 103 seperti di atas...

Manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengingatkan umat Islam penyatuan ummah yang dapat direalisasikan ini bukanlah semata-mata atas daya usaha manusia tapi hakikatnya ia adalah dengan izin Allah SWT dan ianya merupakan satu nikmat dan rahmat yang sangat besar dari Allah SWT seperti yang diterangkan oleh Allah SWT dalam Surah Al Anfal ayat 63 :
وَاَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوۡبِهِمۡ​ؕ لَوۡ اَنۡفَقۡتَ مَا فِى الۡاَرۡضِ جَمِيۡعًا مَّاۤ اَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوۡبِهِمۡ وَلٰـكِنَّ اللّٰهَ اَلَّفَ بَيۡنَهُمۡ​ؕ اِنَّهٗ عَزِيۡزٌ حَكِيۡمٌ
Mafhumnya :
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu)...
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka...
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana...
Surah Al Anfal : Ayat 63
Buang Yang Keroh, Sama-Sama Kita Ambil Yang Jernih Untuk Kebaikan Bersama

Datuk nenek kita berpesan, untuk sepakat, tanah yang segenggam janganlah kita gunungkan, air yang secedok janganlah kita lautkan..

Masyarakat Melayu Islam sudah terlalu lama dan terlalu banyak berpecah..

Namun selama ini, kita terus terleka dengan nyanyian-nyanyian merdu yang berlirikkan sejarah kegemilangan bangsa kita..

Kita terlena dengan kehebatan perjuangan nenek moyang kita, hingga kita merasakan kuasa pemerintahan yang ada pada kita adalah hak mutlak warisan nenek moyang pada anak bangsa dan tidak ada siapa pun boleh merampasnya dari kita..

Namun pada 9 Mei 2018, Allah SWT mentakdirkan, kuasa uang berada dalam genggaman kita, akhirnya dirampas oleh kaum pendatang..

Bagaikan berok mendapat bunga, mereka menjadi sangat rakus dan sombong..

Kemuliaan ugama Islam yang menjadi ugama rasmi Malaysia seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka injak dengan tapak kaki mereka..

Allah SWT dan RasulNya dipersenda dan dihina..

Hukum Allah SWT dalam kitab suci Al Quran diperlekehkan..

Kedaulatan Raja Raja Melayu dan ketuanan serta keistimewaan bangsa Melayu mereka nafikan satu persatu bahkan menjadi bahan jenaka untuk mereka tertawakan..

Masyarakat Melayu Islam bagaikan anak ayam yang kehilangan ibu..

Sudah mula hilang arah dan halatuju, sudah hilang tempat mengadu..

Barulah kita sedar, betapa dahsyatnya bala yang sedang menimpa dan yang akan menimpa kita..

Lalu disinilah Allah SWT memberikan nikmat dan rahmatNya dengan mencampakkan hidayah ke dalam hati pemimpin-pemimpin Melayu Islam agar menggerakkan usaha untuk menyatupadukan masyarakat Melayu Islam..

Allah SWT permudahkan urusan mesyuwarah untuk mencari titik persamaan dalam hati pemimpim UMNO dan PAS..

Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, menyatakan, semasa perbincangan Jawatankuasa Teknikal Penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS, kedua-dua pihak cuma mengambil masa kurang dari satu jam untuk mencapai kata sepakat..

Maha Suci Engkau Ya Allah, 2 puak yang sudah bermusuh berdekad-dekad lamanya, cuma mengambil masa kurang dari satu jam untuk menggariskan dasar penyatuan..

Begitulah bila Allah SWT mengkehendaki, pasti Dia akan permudahkan..

Detik Yang Menitiskan Airmata Jutaan Masyarakat Melayu Islam Di Malaysia

Secara peribadi, admin merasakan satu kerugian yang amat besar bila tidak dapat bersama-sama menjadi sebahagian dari sejarah penyatuan ummah di PWTC..

Tapi sebaik saja habis tugas, admin dan rakan-rakan menyaksikan rakaman peristiwa bersejarah ini..

Perasaan sebak mula kami rasakan sebaik saja Presiden UMNO dan Presiden PAS mula berjalan menuju ke meja untuk menandatangani Piagam UMNO dan PAS..

Sebaik saja melihat kedua-dua pemimpin Melayu Islam itu menandatangani piagam tersebut, tidak dapat ditahan, airmata kami mula menitis..

Ya Allah, Agungnya KuasaMu Ya Allah, betapa besar nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan kepada kami Ya Allah..

Sedangkan kami adalah kaum yang selama ini engkar dengan perintahMu Ya Allah..

Engkau menyuruh kami bersatu padu tapi disebabkan kelalaian, kami berpecah belah..

Namun disebabkan Rahman dan RahimMu, Engkau tidak hancurkan bangsa kami, malah Engkau satukan hati kami..

Tiada kata-kata yang dapat admin lafazkan sebagai tanda kesyukuran, cuma airmata sebagai ganti..

Dari berita yang admin terima dari kawan-kawan yang berada di PWTC, di saat Piagam UMNO dan PAS ditandatangani, keadaan di PWTC sunyi sepi, wajah-wajah terharu pengunjung menjadi santapan mata, airmata mereka sebagai bukti betapa mereka memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT..

Bagi generasi admin, inilah saat yang telah berdekad-dekad kami nantikan..

Dan bagi masyarakat Melayu Islam, admin percaya inilah diimpikan selama ini..


Mulai saat ini, marilah kita bersama-sama memberikan pengisian yang terbaik kepada piagam yang sudah termeterai..

Semuga dengan itu, ianya akan menjadi satu titik permulaan baru untuk kita terus istiqomah pada ukhwah masyarakat Melayu Islam demi untuk membela kesucian ugama Islam, kedaulatan Raja Raja Melayu dan ketuanan bangsa Melayu..

Kepada masyarakat Melayu Islam di sebelah sana yang masih ragu-ragu, pintu ukhwah sudah dibuka seluas-luasnya, marilah bersama-sama jemaah yang besar untuk kita sokong mana yang hampir rebah, tegakkan mana yang hampir patah dan tegakkan mana yang hampir tersungkur..

Yang berada di dalam jemaah dan di luar jemaah, mari kita lakukan bersama-sama, bukan untuk diri kita, tapi untuk generasi anak cucu kita..

Berilah kami kekuatan Ya Allah, berilah kamu kemenangan Ya Allah..

Amin Ya Robb..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/titisan-airmata-kesyukuran-di-saat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 311 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata Pahang foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR UMNO menjemput pimpinan parti kerajaan termasuk Lim G...
Piagam Umno Pas Ramalanku Benar Belaka

Piagam Umno Pas Ramalanku Benar Belaka

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 427 hits
Mujahid Yusof ULASAN Wedding of the Year memang patut diberi kepada PAS dan Umno kerana ia disaksikan beribu orang yang hadir dengan semangat berkobar kobar tentang sebuah muafakat nasional Hasil piagam yang menyusuli penyatuan ummah dan pe...
Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 307 hits
KERDAU 4 Sept Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyanggah pandangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang mengatakan piagam UMNO PAS tidak lebih semata mata kerana politik Bahkan bidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N...
Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 409 hits
Sebuah kerajaan lama dan sebuah kerajaan baru akan masuk ke era perbandingan Perubahan pendekatan dan perlaksanaan berbias kepada kroni masing Semua itu menjadi penilaian kepada rakyat dan menjadi bebanan dan tekanan kepada kerajaan terutam...
Piagam Umno Pas Isyarat Menggerunkan Perkauman Agama Sempit

Piagam Umno Pas Isyarat Menggerunkan Perkauman Agama Sempit

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 252 hits
Piagam Umno Pas Isyarat menggerunkan perkauman agama sempitOleh September 20 2019Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani Umno dan Pas pada 14 September lalu berpotensi mengkucar kacirkan suasana harmoni di Malaysia Tinjauan rakyat yang...
Pas Umno Digesa Tarik Balik Kenyataan Amanat Haji Hadi Dan Pas Parti Ajaran Sesat Sebelum Pemeteraian Piagam

Pas Umno Digesa Tarik Balik Kenyataan Amanat Haji Hadi Dan Pas Parti Ajaran Sesat Sebelum Pemeteraian Piagam

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 1244 hits
MALAYSIADATELINE Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berpendapat Pas dan Umno harus menarik balik kenyataan pemimpin mereka yang pernah dilontarkan kepada kedua parti tersebut sebelum memeterai piagam kerjasama Pas Um...
Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 552 hits
PIAGAM PAS UMNO TAKUT DGN MCA MIC BUKAN DGN ALLAH Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam terseb...
Piagam Umno Pas Untungkan Pemimpin Sahaja

Piagam Umno Pas Untungkan Pemimpin Sahaja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 310 hits
Piagam Umno Pas untungkan pemimpin sahajaOleh September 18 2019Piagam kerjasama Umno Pas yang ditandatangani hanya memberi keuntungan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 486 hits
Diterbitkan Hari ini 1 20 tengahariUmno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran Kuala Lumpur hari ini Ia selepas presiden kedua dua parti...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik