Sejarah Ringkas Darurat 12 Tahun Yang Pernah Berlaku Di Tanah Melayu




Perkataan darurat menjadi semakin popular hari ini selepas adanya ura-ura mengenai kabinet sudah bersetuju untuk melaksanakannya. Tahukah anda, Malaysia pernah berdepan dengan sejarah darurat selama 12 tahun (1948-1960) semasa masih bergelar Tanah Melayu?

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu pada masa tersebut. Selepas Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, Tanah Melayu mengalami ‘kekosongan kuasa’ terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.
Kontinjen pertama British tiba di Tanah Melayu pada 3 September 1945 diikuti dengan ketibaan di Singapura pada 8 September 1945. Dalam masa seminggu. anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai Parti Komunis Malaya – PKM) telah keluar dan menunjukkan kuasa.
Pada masa tersebut ramailah penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, India dan Cina telah diseksa dan diperlakukan dengan kejam terutamanya orang Melayu yang bertugas sebagai anggota polis semasa pemerintahan Jepun.

Korban yang melibatkan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948 menjadi tutuk mula kepada pengisytiharan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu yang sebulan kemudiannya PKM telah diharamkan.
Undang-undang DaruratUndang-undang darurat kemudiannya telah diperkenalkan. Antara isinya termasuklah:
parti politik bersifat radikal telah diharamkansesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis akan ditangkap dan dibuang negerihukuman mati buat mereka yang bersubahat dengan komunis.Dalam tempoh darurat kira-kira 40,000 orang tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu dikerah dengan kelengkapan perang seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut untuk menghapuskan anasir komunis.
Polis British dan anggota-anggota Special Branch telah diperketatkan dan ditambah ke 70,000 orang. Sistem Home Guard diperkenalkan supaya orang ramai boleh menyumbang bantuan dalam membanteras kegiatan komunis dan seramai 20,000 anggota berjaya direkrut.
Kawasan Hitam dan Kawasan PutihPerintah berkurung dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti aktif dengan aktiviti-aktivi pengganasan komunis.
Konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih diperkenalkan bagi memudiahkan Pihak Pentadbiran Tentera British melaksanakan kerja-kerja mengekang yang mana Kawasan Putih menandakan kawasan tersebut bebas daripada anasir politik dan sebaliknya. Negeri pertama yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih di Tanah Melayu ialah Melaka.
Kad PengenalanPada masa ini juga Kad Pengenalan digunakan dan diwajibkan sebaik sahaja individu mencapai umur 12 tahun bagi memudahkan proses identifikasi diri. Mana-mana yang tidak memiliiki Kad Pengenalan boleh ditahan oleh anggota keselamatan.

Konsep Kampung BaruSir Harold Briggs dalam Rancangan Briggs telah melancarkan rancangan sebagai usaha menghapuskan aktiviti komunis termasuklah menempatkan semula orang Cina dalam konsep Kampung Baru. Kampung baru telah dibina di kawasan-kawasan baru yang dipilih khas untuk menempatkan orang-orang Cina.

Penempatan semula orang Cina adalah kerana sebahagian besar ahli PKM terdiri daripada orang-orang Cina. Dengan penempatan semula orang-orang Cina, ianya memudahkan proses pengawalan dan pengurusan ke atas aktiviti komunis.
Sebelum penempatan Kampung Baru, kawasan perumahan setinggan orang Cina dianggap sebagai sumber utama bagi PKM mendapatkan maklumat dan makanan.

Namun dengan adanya Kampung Baru yang dikawal ketat Home Guards, PKM dan agen-agen Min Yuen (gerakan rakyat) untuk menyalurkan bantuan kepada komunis dapat dikekang dengan efektif.
Walaupun ketenteraan diperkuatkan, ianya dilihat sebagai sesuatu yang kurang berkesan kerana pengganas komunis menggunakan kaedah peperangan gerilla untuk bertempur.
Darurat TamatPada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan. Dalam tempoh tersebut, kira-kira 11,000 orang terkorban termasuklah 2,500 yang terdiri daripada orang awam.
Tiga tahun sebelum darurat ditamatkan, Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 12 tengah malam.
Upacara penurunan bendera Union Jack diadakan bagi menandakan berakhirnya sudah penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setraf dan setimpal dengan semua negara-negara berdaulat di dunia.
Pada ketika ini bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Malaysia DaruratPada 19 September 1997, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat sebanyak tiga kali akibat daripada situasi jerebu teruk yang melanda negara yang mana Sarawak pada ketika itu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 600.
Seterusnya pada 11 Ogos 2005 di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang mana IPU telah melebihi 500 dan pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang, Johor selepas IPU melebihi 500.
Sumber: UUM, Irma Musliana, Tiew Wai Sin
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/sejarah-ringkas-darurat-12-tahun-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Skrap Bahasa Melayu Tahun 1

Buku Skrap Bahasa Melayu Tahun 1

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 2135 hits
AssalammualaikumSatu Sabah PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 26 oktober 2020 Jadi kita work from home sambil pantau anak punya sesi pembelajaran online Ini cerita minggu lepas Subjek bahasa melayu tahun 1 advanced budak se...
Sejarah Pengisytiharan Darurat Di Negara Kita

Sejarah Pengisytiharan Darurat Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 310 hits
Malaysia telah melalui beberapa kali pengisytiharan darurat semasa perang kekacauan awam krisis politik dan bencana alam Malaysiakini menyorot beberapa contoh perintah darurat yang diisytiharkan pada masa lalu Pemberontakan Komunis Tempoh d...
Darurat Agong Ada Dua Pilihan Lepas Jumpa Raja Raja Melayu Esok

Darurat Agong Ada Dua Pilihan Lepas Jumpa Raja Raja Melayu Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 411 hits
Yang di Pertuan Agong akan mengadakan pertemuan dengan lapan Raja raja Melayu yang lain esok di mana kesemua baginda dijangka membincangkan cadangan kabinet untuk mengisytiharkan darurat yang dikatakan bagi mengekang Covid 19 Malaysiakini m...
Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 448 hits
SINGAPURA Saban hari Desiree Tan Jiaping semakin bergantung kepada ibu bapa dan teman lelakinya selepas mengalami serangan panik Dia berkali kali memarahi mereka berhubung perkara yang remeh temeh dan menuduh mereka tidak menjaganya dengan ...
Pemkot Solo Izinkan Anak Usia 5 Tahun Masuk Mal Dan Kebun Binatang

Pemkot Solo Izinkan Anak Usia 5 Tahun Masuk Mal Dan Kebun Binatang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 323 hits
SE wali kota tersebut mendapatkan tanggapan positif dari warga maupun pengelola pusat perbelanjaan dan tempat hiburan Mereka berharap masyarakat Kota Solo akan berkunjung lagi ke lokasi wisata maupun pusat perbelanjaan dengan tetap menerapk...
Remaja 16 Tahun Di Pasir Puteh Maut Motosikal Bertembung Dengan Kereta

Remaja 16 Tahun Di Pasir Puteh Maut Motosikal Bertembung Dengan Kereta

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 385 hits
Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2 Jalan Tasik Pauh Banir Belikong dalam kejadian petang Selasa Mangsa Mohamad Daniel Hakim Rosdi berasal dari Kampung Gong Jering meninggal dunia di lokasi kejad...
Poco Mengacah Kehadiran Satu Lagi Peranti Pada Penghujung Tahun Ini

Poco Mengacah Kehadiran Satu Lagi Peranti Pada Penghujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 205 hits
Poco pada tahun ini telah kembali dan beroperasi sebagai syarikat berasingan sekaligus memudahkan lagi mereka merancang pelancaran peranti dan produk dibawah jenama Poco Di Malaysia sendiri Poco telah menawarkan Poco X3 selain turut menawar...
Kit Siang Tagih Janji Hajiji 26 Tahun Lalu

Kit Siang Tagih Janji Hajiji 26 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 253 hits
SUARA MERDEKA WALAUPUN mengetahui Datuk Hajiji Noor sah positif Covid 19 dan kini sedang mendapat rawatan tetapi itu tidak menghalang Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menagih janji yang dibuat Ketua Menteri Sabah itu 26 tahun lalu Dalam sa...
Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh Dari Covid 19

Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 264 hits
Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh dari Covid 19 Hingga saat ini lebih dari satu juta orang di seluruh dunia telah meninggal akibat virus corona dengan orang lanjut usia yang paling berisiko Namun Thein Khin yang usianya menginjak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon