Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial


Zaman sekarang budak sekolah rendah pun dah ada TikTok sendiri, kan? Tapi lepas ni mungkin tak lagi. Kerajaan tengah rancang nak larang kanak-kanak bawah 16 tahun ada akaun media sosial, dan sasaran pelaksanaannya ialah tahun depan.
Wah, betul ke? Jom ketahui lebih lanjut tentang berita ini!
@beritartm 23 NOV 2025 -BERITA PERDANA- INTERNET SELAMAT : LARANGAN AKAUN MEDIA SOSIAL PENGGUNA BAWAH 16 TAHUN RTM BeritaRTM MalaysiaMadani TaatSetia BersamaMALAYSIAKU RancakkanMADANI MADANIBekerja
♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM Kanak-kanak / Remaja 16 Tahun Ke Bawah Tidak Lagi Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial Mulai 2026 Ramai remaja dan kanak-kanak bawah 16 tahun sudah aktif di media sosial. Walaupun ia tidak sesuai untuk usia mereka.
Kajian menunjukkan penggunaan media sosial terlalu awal boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan perkembangan sosial anak-anak.
Mereka juga mudah terdedah kepada kandungan tidak sesuai, buli siber, serta risiko gangguan dalam talian.
Selari dengan itu, kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah dijangka tidak lagi dibenarkan memiliki akaun media sosial sendiri apabila larangan berkenaan akan dikuatkuasakan mulai 2026. Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaan mengekang peningkatan jenayah siber melibatkan golongan muda, selain melindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi secara atas talian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai di ibu negara pada 23 November 2025.
Kerajaan kini merangka langkah baharu untuk melindungi kanak-kanak daripada penipuan, eksploitasi seksual dan jenayah siber — dengan mensasarkan larangan pemilikan akaun media sosial bagi mereka berusia bawah 16 tahun, bermula tahun 2026.
Sumber grafik : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) eKYC Bakal Jadi Mekanisme Utama Pengesahan Umur Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kerajaan sedang memperhalusi penggunaan sistem pengesahan identiti eKYC (Electronic Know Your Customer) yang akan diwajibkan kepada semua platform media sosial.
Melalui sistem ini, identiti pengguna disahkan menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi memastikan hanya pengguna sah dan cukup umur boleh membuka akaun.
Datuk Fahmi menjelaskan, Kabinet telah bersetuju supaya kanak-kanak bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sebaik sahaja pelaksanaan eKYC bermula. Kerajaan menjangkakan platform-platform terlibat dapat mengaktifkan sistem ini seawal tahun depan.
Sumber grafik: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Selaras Dengan Trend Antarabangsa Kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur universal seperti yang dilaksanakan di Australia dan beberapa negara lain, termasuk dari sudut penguatkuasaan serta pemantauan.
“Australia akan mulakan pelaksanaannya Disember ini. Setiap negara ada pendekatan tersendiri, dan kita sedang menilai kaedah paling sesuai untuk Malaysia,” katanya.
Sumber gambar & berita : Berita RTM, https://www.facebook.com/photo/?fbid=1196906662558414&set=pcb.1196905362558544
Betul ke budak bawah 16 tahun tak boleh ada media sosial? Kerajaan bakal menguatkuasakan larangan untuk kanak-kanak berumur bawah 16 tahun daripada membuka atau memiliki akaun media sosial mereka sendiri. Sasaran pelaksanaannya ialah seawal tahun 2026, selepas sistem pengesahan umur dilaksanakan pada platform media sosial.
Kenapa perlu larangan macam ni? Untuk lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian seperti:
jenayah siber
penipuan kewangan
buli siber
pemangsa seksual
kandungan tidak sesuai umur
Macam mana nak pastikan mereka betul-betul bawah 16? Platform media sosial akan diwajibkan melaksanakan eKYC (Electronic Know Your Customer) — pengesahan identiti menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID.
Negara lain pun buat macam ni ke? Ya. Australia akan mula laksanakan larangan umur pada Disember ini, dan beberapa negara lain sudah mempunyai had umur ketat untuk akaun media sosial.
Apa kesan kepada ibu bapa? Ibu bapa mungkin perlu lebih peka terhadap:
-penggunaan peranti anak
-akses internet di rumah
-kawalan seliaan kandungan
Kerajaan juga dijangka menyediakan kempen kesedaran keselamatan digital untuk memudahkan pemahaman.
Kalau ibu bapa buka akaun untuk anak, boleh? Mekanisme akhir masih sedang diperhalusi, tetapi fokus kerajaan ialah memastikan kanak-kanak tidak boleh daftar akaun sendiri supaya kandungan dalam media sosial juga hanya boleh diakses bersama ibu bapa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/media-sosial-16-tahun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=media-sosial-16-tahun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 178 hits
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun KUALA LUMPUR 13 Nov Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3 093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktob...
Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 202 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut terhadap kewujudan individu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun namun masih menerima gaji bawah RM2 000 sedangkan kos sara hidup pada ketika ini semakin meningkat Bercakap pada majlis Sara...
Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 243 hits
Malaysia telah mencatatkan lebihan akaun perkhidmatan sebanyak RM0 7 bilion dalam suku ketiga 2025 selepas mengalami defisit selama 14 tahun Ini dianggap oleh PMX sebagai pencapaian bersejarah kerana negara kita telah berdepan defisit bertu...
Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 224 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua pegawai dan kakitangan masjid di negeri ini mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Langkah itu titah baginda bagi menjamin kebajikan dan ...
Fiza Frizzy Sindir Penyampai Radio Berattitude Dakwa Perangai Sebenar Tak Seindah Di Media Sosial Tak Hadap Tak Hamak

Fiza Frizzy Sindir Penyampai Radio Berattitude Dakwa Perangai Sebenar Tak Seindah Di Media Sosial Tak Hadap Tak Hamak

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 207 hits
Pengacara dan personaliti TV Fiza Frizzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang individu yang dipercayai penyampai radio tempatan Menerusi hantaran di Instagram Story Fiza mempersoalkan kelakuan individu berkenaan yang menuru...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 244 hits
Ada orang bila tengah stress atau hati tengah kusut jari ni automatik je menuju ke media sosial Tak kisahlah Facebook Instagram TikTok atau story WhatsApp semuanya tiba tiba jadi tempat untuk kita lepaskan apa yang terbuku di hati Rasa nak ...
Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR 19 Okt Negara negara ASEAN bakal memperkukuh usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan dalam talian melalui penyelarasan dasar dan tindakan serantau sejurus selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsung dari 26 h...
Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 265 hits
SIPITANG 15 Okt Kerajaan bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau nbsp electronic Know Your Customer nbsp bagi menghalang kanak kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun kata...
Pengguna Umur Bawah 16 Tahun Di Australia Akan Dibuang Daripada Facebook Instagram

Pengguna Umur Bawah 16 Tahun Di Australia Akan Dibuang Daripada Facebook Instagram

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 142 hits
Rakyat Australia yang berumur bawah 16 tahun akan disingkirkan daripada Facebook dan Instagram pada 4 Disember menurut gergasi teknologi Meta pada Khamis ketika Canberra bersiap sedia melaksanakan undang undang baharu yang melarang remaja m...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu