Sedih Kecewa Penyokong Tetap Doa Bossku Bebas


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli dan Danial Azhar- 31 Mar 2023, 11:23am

Walaupun kecewa dengan keputusan mahkamah namun penyokong Najib Razak tetap berdoa bekas perdana menteri itu akan bebas.
Sebahagian penyokong Najib Razak menunggu keputusan permohonan semakan sabitan dan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu di luar Mahkamah Persekutuan.
PUTRAJAYA: Beberapa penyokong Najib Razak ditemui di luar Mahkamah Persekutuan sedih dan kecewa apabila permohonan bekas perdana menteri itu untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International ditolak.

Jailani Othman, 59, berkata ini kerana beliau mengikuti kes bekas Ahli Parlimen Pekan itu sejak awal dan secara peribadi merasakan keputusan dibuat sebelum ini tidak telus.

Dia yang datang dari Pekan, Pahang, bersama penyokong Najib lain bagaimanapun tetap berdoa satu hari nanti pemimpin disayanginya itu akan dibebaskan daripada penjara.

“Sedih dengan keputusan hari ini sebab kita ikuti dari awal kes Najib ini,” katanya ketika ditemui FMTJailani Othman.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.

Ini bermakna bekas perdana menteri itu akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahunnya, melainkan beliau mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pembelaan Najib dan pendakwaan selama enam hari antara 19 Jan dan 28 Feb.

Penyokong Najib yang ditemui FMT kebanyakannya memaklumkan mereka bertolak dari Pekan, seawal jam 12 tengah malam tadi.

Dianggarkan penyokong Najib yang hadir lebih 100 orang dengan menaiki lima bas dan ada juga menaiki kenderaan persendirian dari Pekan.

Seramai 12 ibu tunggal dari Pekan turut menunggu dengan penuh semangat di luar Mahkamah Persekutuan dengan memakai baju sedondon berwarna ungu, seawal 7 pagi tadi.Mustafa Mahsuri.Sementara itu, penyokong Najib yang lain, Badariah Adam dan Mustafa Mahsuri turut sedih dan kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, mereka masih berharap Najib dibebaskan.

“Kita akan terus berdoa supaya Najib lepas. Kita sayang dia (Najib) sebab dia ‘Bossku’,” katanya
Badariah AdamPada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/sedih-kecewa-penyokong-tetap-doa-bossku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Sedih Serta Kecewa Terhadap Keputusan Tetap Berdoa Bossku Bebas

Penyokong Sedih Serta Kecewa Terhadap Keputusan Tetap Berdoa Bossku Bebas

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 173 hits
PUTRAJAYA Beberapa penyokong Najib Razak ditemui di luar Mahkamah Persekutuan sedih dan kecewa apabila permohonan bekas perdana menteri itu untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International ditolak Jailani Othman 59 b...
Doa Menyambut Ramadan Melihat Anak Bulan Jakim

Doa Menyambut Ramadan Melihat Anak Bulan Jakim

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 525 hits
DOA MENYAMBUT RAMADAN DOA SETELAH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN Penyimpan Mohor Besar Raja Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah di Malays...
Sera Amp Anak2 Titip Doa Sempena Hari Lahir Netizen Puji Shuk Sahar Ayah Yang Baik

Sera Amp Anak2 Titip Doa Sempena Hari Lahir Netizen Puji Shuk Sahar Ayah Yang Baik

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 222 hits
Walaupun status hubungan rumah tangga mereka masih lagi belum mempunyai kata putus Shuk Sahar dan juga isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dilihat dalam keadaan baik baik sahaja Menerusi posting terbaru Sera di Instagram w...
Puding Kastard Berkuah Untuk Majlis Tahlil Doa Selamat Menjelang Ramadhan

Puding Kastard Berkuah Untuk Majlis Tahlil Doa Selamat Menjelang Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 298 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini berlangsung di pejabat Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan lusa insyaAllah Seperti biasa jika ada majlis majlis macam ni untuk jamuannya kami memilih pot luck kali ni Sk memilih m...
Tentang Doa

Tentang Doa

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 235 hits
Saja tiba tiba rasa nak berkongsi satu isu yang mula bertandang dalam fikiran aku baru baru ini Mohon betulkan aku kalau pendapat aku ni salah Aku terfikir perkara ni selepas melalui beberapa pembacaan mengenai cara Allah memakbulkan doa ha...
Doa Selepas Solat Tarawih Selawat Tasbih Antara 2 Rakaat

Doa Selepas Solat Tarawih Selawat Tasbih Antara 2 Rakaat

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 544 hits
PANDUAN BACAAN DOA SELAWAT DAN TASBIH SOLAT SUNAT TARAWIH Solat Sunat Tarawih merupakan suatu ibadah khusus yang hanya dikerjakan pada bulan Ramadan Keutamaan dan kelebihan mengerjakannya adalah sangat besar sebagaimana Hadis Nabi Daripada ...
Doa Agar Dikekalkan Hafalan Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Belajar

Doa Agar Dikekalkan Hafalan Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Belajar

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 392 hits
Doa Agar Dikekalkan Hafalan Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Belajar Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa Agar ilmu yang telah dituntut ilmu yang baik baik tak akan luput dari ingatan Insya Allah Doa ini ad...
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Aisha Retno Tak Adil Chord

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ufad1 15 June Ufad1 Top 4 By Glenna

Resipi Kuih Kegemaran Etuza

Lirik Lagu Rahsia Hati Ibu Fateh Family

Perhimpunan Di Kl Anggota Polis Cedera Dalam Pergelutan Selepas Peserta Bakar Suar

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Coolblog Love At First Bite