Puding Kastard Berkuah Untuk Majlis Tahlil Doa Selamat Menjelang Ramadhan


 Assalamualaikum WBT
HARI ini, berlangsung di pejabat, Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan, lusa.. insyaAllah. Seperti biasa, jika ada majlis-majlis macam ni, untuk jamuannya kami memilih pot luck. Serik melempeng pagi-pagi buta masa Pot Luck yang lepas, kali ni Sk memilih membuat Puding Kastard Berkuah yang boleh disediakan lebih awal, jadi taklah sampai termimpi-mimpi 'makanan tak siap', hahaha.

Salah satu sebab Sk pilih Puding Kastard Berkuah ni, semua bahannya memang ada dalam stok. Antaranya, tepung kastard cap bird's ni. Setiap kali tengok tepung jenama ni, mesti terbayang wajah Dato Chef Wan yang mengiklankannya sambil buat gaya mengepak. 

Sukat bahan.. Tepung kastard secawan

Gula 5 sudu besar

Air 5 cawan.. nisbah tepung dan air mesti sama banyak untuk dapatkan adunan yang tidak keras dan tidak juga lembik. Gula boleh kurangkan, ada yang suka tawar, bolehlah kurangkan 2 sudu gulanya. Kacau dulu tiga bahan ini sehingga tepung larut sempurna sebelum diletak atas api sederhana. Masukkan juga garam hujung sudu


Bila dah kacau larut, warnanya kuning susu


Sediakan bekas atau acuan kegemaran anda. Sk ni kan dulu meniaga, memang banyak ya bekas ni tersimpan dalam kabinet


Masak adunan kastard atas api sederhana besar sambil dikacau guna hand whisk. Bila rasa adunan tu dah mula mengental, kecilkan sedikit apinya. Kacau terus jangan berhenti sampai adunan menjadi berkilat dan mula membuat letupan kecil.. plup.. plup.. kacau lagi dua tiga minit, kemudian tutup api dan terus cedok masuk dalam acuan. 

Dengan sukatan pertama tadi, Sk dapat 25 bekas sahaja, kawan-kawan ada 40 orang. Kesian pulak nanti ada yang tak dapat. Jadi, Sk bancuh lagi, baki tepung tu adalah dalam semangkuk kecil sebab tepung tu baki dari buat puding yang lepas. Kali ni dapat lagi 11 mangkuk, dapatlah 36 mangkuk semuanya


Masak kuah susunya pula, Sk gunakan 2 tin susu cair, 2 tin air dan 12 sudu gula pasir. Ngam untuk 36 mangkuk puding tadi


Fruit Cocktails ni pun memang ada dalam stok, masa beli tu, Sk baca isinya buah import sekali bila buka, local fruit. Nenas, betik, nata de coco dan adalah tiga ketul potongan ceri


Masuk ajelah apa yang ada, ngam satu tin tu masuk sesudu sebekas


Masukkan susu, sesenduk kecil, ngam jugak untuk 36 bekas. Senang nak bajet kalau nak buat lagi lain kali. Mujur jugaklah Sk terus masak susu tu dua tin


Dah tuang susu, sejukkan suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk


Kena cukai sebekas dengan Pak Inche, tu pun dia mintak lagi, Sk tak bagi, kesian dia. Sk janji, nanti buat lain la, hahaha. Pagi ni, terserempak Angah, dia sarapan kat kantin Kak Sab, Sk bagi sebekas. Masa jamuan, eh, teringin jugak, ambillah sebekas.. sebab macam tak sampai 35 pun yang datang yasinan, dia ada lebih.. uishhh.. sedapppp.. bini sapelah yang pandai sangat masak Puding Kastard ni ek.. hahahaha.. hahahaha

Resepi penuh boleh tengok DI SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/puding-kastard-berkuah-untuk-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1444h

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1444h

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 461 hits
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1444H pada tahun 2023 Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat melakukan banyak kebaikkan dan amalan di bulan yang mulia ini Alhamdulillah panjang kali ni bercuti Mesti ramai yang pakat nak balik berbuka pu...
Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan

Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 320 hits
Beberapa hari lagi kita akan bertemu Bulan Ramadhan 1444H 2023 yang dinantikan umat Islam Bulan Ramadhan bulan suci yang dipenuhi keberkatan Setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan mendapatkan balasan berlipat kali ganda Bersempena denga...
Imam Majlis Solat Hajat Pn Mengadu Sedang Dizalimi Perikatan Nasional Dalam Doa

Imam Majlis Solat Hajat Pn Mengadu Sedang Dizalimi Perikatan Nasional Dalam Doa

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 362 hits
WAN SITI AMINAHMajlis solat hajat perdana anjuran Parti Perikatan Nasional sedang menjadi perbincangan hangat di media sosial ketika ini Mana tidaknya doa yang dibaca yang oleh imam majlis itu dilihat bertentangan dengan agenda asal program...
1 Ramadhan 1444 Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam

1 Ramadhan 1444 Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum 1 RAMADHAN 1444Alhamdulillah bertemu kita di bulan Ramadhan Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua yang membaca blog ini Saya juga memohon maaf atas segala kekhilafan yang telah saya lakukan sa...
Ramadhan Menjelang Boleh Ke Berkorban

Ramadhan Menjelang Boleh Ke Berkorban

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 249 hits
Uninstall tik tok fb insta games you tube untuk tempoh sebulan dan jika ada keberkatan terus lupakan Blog ni pun Jangan jenguk memang Tak ada cerita politik sensasi cuma yang baik
15 Hari Lagi Menjelang Ramadhan

15 Hari Lagi Menjelang Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 403 hits
kredit https static vecteezy com Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Sedar tak sedar tinggal 15 hari lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang penuh rahmat Bulan di nantikan oleh semua masyarakat di pelus...
Koleksi Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444h

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444h

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 425 hits
Ramadhan tiba Ramadhan tiba Ramadhan tiba Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan Begitulah lirik lagu ramadhan tiba tandanya Ramadhan semakin hampir selain bisikan Yusuf Taiyoob Alhamdulillah den...
Puding Kastard Bersos Kastard

Puding Kastard Bersos Kastard

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum WBTRASA bersalah untuk Pak Inche Petang sehari sebelum puasa Sk singgah kedai beli bahan untuk memuding Sk buat sukatan yang sama iaitu 1 mug Tepung Kastard5 mug air5 sudu rata gula pasirHari tu Sk letak 3 sudu adunan saja d...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati