Sedekah Rm300 Kepada Mastura Lip Eng Beritahu Pemimpin Pas


 
Lim Lip Eng berkata, Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad boleh menggunakan wang itu untuk mengupah penyelidik menjalankan kajian politik teliti sebelum menyampaikan ucapannya.
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan RM300 yang ditawarkan PAS kepada rakannya, Teresa Kok bagi mengupah penterjemah susulan isu pensijilan halal, disedekahkan kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyumbang wang itu kepada Mastura yang lebih memerlukannya berbanding Kok. 
Saya cadangkan sumbangan ini disedekahkan kepada Mastura bagi membolehkan beliau mengupah penyelidik menjalankan kajian politik teliti sebelum menyampaikan ucapannya, khususnya isu mengenai DAP, katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Kok menyalahkan ChatGPT atas kesilapan terjemahan kenyataannya berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua premis makanan tidak menjual daging babi dan alkohol.
Kok yang sedang disiasat berhubung kenyataannya, dilaporkan berkata kenyataan Mandarin asalnya diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh rakan sekerja menggunakan ChatGPT sebelum disiarkan di Facebook.
Ini menyebabkan Fadhli menyuarakan hasrat menyumbang RM300 sebulan kepada Kok untuk mengupah pembantu berkelulusan SPM mengendalikan terjemahan bahasa Melayu.
Lim merujuk keterangan Mastura di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP selepas wanita itu mengaitkan mereka dengan mendiang ketua komunis, Chin Peng.
Mastura memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ucapan awam seperti dalam ceramah tidak memerlukan kajian mendalam seperti kertas tesis.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, tokoh politik tidak mengikut piawaian lazim digunakan dalam tetapan akademik atau penyelidikan, selain memetik khabar angin boleh diterima selagi ucapan itu tidak bertentangan Perlembagaan.
Lim berkata, sebagai pemegang PhD, Mastura sepatutnya lebih berhati-hati menjadikan sumber tidak sah sebagai rujukan, 
yang pada dasarnya adalah cerita dongeng.
Katanya, 
sedekah itu pasti dapat membantu Mastura mengelak membuat kenyataan tidak berasas. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/sedekah-rm300-kepada-mastura-lip-eng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 425 hits
Dalam satu hantaran di Facebook katanya Umno telah belajar dari kesilapan lalu dan tidak akan terjerumus ke lubang sama bagi kali kedua Umno tak terdesak dan tak bernafsu pun untuk bersama PAS lagi Kalau PAS rasa dia dah hebat sangat dengan...
Viral Akmal Lebih Pas Dari Pemimpin Pas Hipokrit Pilih Bulu Kenapa

Viral Akmal Lebih Pas Dari Pemimpin Pas Hipokrit Pilih Bulu Kenapa

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 261 hits
Beberapa jam sebelum Naib Pengerusi DAP Teresa Kok membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol rak...
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 429 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Pas Won T Be Judged Based On Language Skills Say Analysts

Pas Won T Be Judged Based On Language Skills Say Analysts

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 216 hits
They say learning to speak Mandarin or Tamil is not a sure way of wooing non Malay support A political analyst has poured cold water on a call for PAS Youth members to learn Mandarin and Tamil to help the party gain the support of non Musli...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal