Sedar Sedar Dah Ogos Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa


Sedar-Sedar Dah Ogos, Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa?
Pejam celik kita kini sudah berada di bulan Ogos tahun 2025. Pantas waktu berlalu, walhal Januari 2024 masih lagi terasa seperti semalam. Apabila meningkatnya tahun, maka meningkat juga usia kita semua di atas muka bumi ini.
Meniti hari-hari yang penuh pancaroba, pastinya ramai yang menyedari bahawa waktu yang pantas ini juga seakan mengejar kita untuk mencapai apa yang perlu dicapai bagi orang dewasa. Kerjaya, rumahtangga dan harta semuanya kini menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa waktu terasa sangat pantas berlalu bila kita di usia dewasa ini? Ironinya, di zaman kanak-kanak pula, kita merasakan waktu berlalu dengan perlahan dan tidak sabar untuk menjadi orang dewasa.
Sebenarnya ia bukan sesuatu yang aneh, ada sebab mengapa kebanyakan dari kita merasa begitu.
Persepsi tentang masa dan peristiwa Profesor Psikologi di Universiti Michigan, Cindy Lustig berkata bahawa persepsi kita tentang masa sememangnya berubah apabila meningkat usia. Ia menjadikan tempoh tertentu terasa seperti berlalu dengan sangat pantas.
“Persepsi kita tentang hari, minggu, tahun dan masa nampaknya sangat dipengaruhi oleh perspektif kita. Adakah kita pada masa ini mengalaminya atau adakah kita melihat ke belakang tepat pada masanya?,” katanya.
Tambah beliau, persepsi masa juga dipengaruhi oleh ingatan dan berapa banyak yang telah anda alami. Bagi kanak-kanak berusia 8 tahun, seminggu adalah sebahagian besar dalam hidup mereka. Manakala bagi seseorang yang berumur 80 tahun, seminggu adalah bahagian yang lebih kecil dalam hidup mereka. Justeru, ia menyumbang kepada perasaan bahawa detik-detik itu berlalu dengan cepat.
Satu hari dalam kehidupan seorang pesara berusia 80 tahun mungkin berasa seperti ia berjalan dengan lebih perlahan daripada seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang sibuk di sekolah. Walau bagaimanapun, apabila kedua-dua orang itu melihat kembali sebulan atau setahun, tempoh masa itu akan kelihatan seperti berlalu lebih cepat bagi orang yang lebih tua.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Bagi individu yang berumur 80 tahun, kehidupan mereka mungkin tidak banyak berbeza berbanding ketika mereka berusia 78 atau 79 tahun.
“Jadi, dalam kes ini, mereka melihat kembali pada jumlah peristiwa yang lebih sedikit. Apabila anda melihat ke belakang, semakin kurang pengalaman atau kenangan yang anda ada, semakin ia akan terasa seolah-olah masa berlalu dengan cepat,” kata Lustig.
Aktiviti harian pengaruhi persepsi tentang waktu Dalam erti kata lain, otak kita cenderung untuk ‘menggabungkan’ masa apabila hari-hari atau minggu-minggu kelihatan serupa. Jadi, bagi seseorang yang berumur 80 tahun dan menjalani rutin harian yang hampir sama setiap hari, setahun itu akan terasa seolah-olah ‘bercampur menjadi satu’ dalam ingatan mereka dan menyebabkan ia dirasakan berlalu dengan begitu cepat.
Perkara baharu dan menyeronokkan dalam sesuatu hari itulah yang membuatkan hari-hari dan bulan-bulan terasa berbeza, lalu membezakannya dalam minda kita.
Sementara itu, Profesor kejuruteraan mekanikal di Duke University, Adrian Bejan berkata bahawa otak kita dicipta untuk ‘merekodkan’ perubahan.
Jika kita tidak ‘memperkenalkan’ pattern baharu dalam hidup kita, masa akan dirasa berlalu dengan sangat pantas.
Sumber: Huffpost
The post Sedar-Sedar Dah Ogos, Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa? appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/sedar-sedar-dah-ogos-kenapa-kita-rasa-masa-makin-cepat-berlalu-bila-dewasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Dewasa Akan Terima Rm100 One Off Guna Mykad Mulai 31 Ogos

Setiap Dewasa Akan Terima Rm100 One Off Guna Mykad Mulai 31 Ogos

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 169 hits
Setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah bermula 31 Ogos 2025 Sorotan utama Pengumuman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam...
Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 188 hits
Akaun X Kena Hacked Setel dalam masa 8 jam Huhuu hari Jumaat semalam mama buka email pada pukul 9 pagi dan terdapat beberapa email dari verify x dari percubaan tukar password sehinggalah berjaya tukar email address Kemain lagi hacker tu bua...
Siapa Yang Bohong Ustaz Ptptn Macam Mana Kenapa Tak Batal Masa Jadi Kerajaan

Siapa Yang Bohong Ustaz Ptptn Macam Mana Kenapa Tak Batal Masa Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 136 hits
HarapandailyJuly 26 2025Penekanan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pemimpin tidak boleh berbohong dilihat ibarat menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri Semasa berucap dalam perhimpunan Turun Anwar hari...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 204 hits
Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 merupakan satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan parti politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil Perhimpunan ini mencerminkan dinamika demokrasi di ...
Menghabiskan Masa Dengan Pokok Pokok

Menghabiskan Masa Dengan Pokok Pokok

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum dan selamat petang semua Dua hari ini iaitu Sabtu dan Ahad menghabiskan masa dengan pasu dan pokok pokok sahaja Sudah tak terjaga dan perlukan perhatian semuanya Pedulikan pandangan belakang Fokus pada pasu dan pokok sahaja ...
One Path Feat Autotune Band Dunia Chord

Mitos Atau Fakta Kebenaran Di Sebalik Tanggapan Masyarakat Tentang Implan Tulang

Penyanyi Terkenal Ditikam Di Stesen Minyak

Iffah Keutamaan Dan Jenis Jenisnya

Rahsia Buat Doh Kuih Gegetas Sedap Tak Liat Guna 5 Bahan Je

Health Supplement Malaysia A Guide To Safer Choices

Mayat Juara Olimpik Bersemadi Di Atas Gunung

Drama Empat Gol Mu Ditahan Everton 2 2 Di Premier League Summer Series 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

Jualan Realme 8 8 Tawar Diskaun Mengagumkan Sehingga 50

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang Mthqa Di Malaysia

Sedar Sedar Dah Ogos Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa

Naszkenyang Fardtinted Feat Rushdanwafa Taknak Tahu Chord