Saya Memang Garang Arrora Salwa Tegas Demi Masa Depan Anak Tiri


Bergelar ibu tiri bukanlah satu peranan yang mudah. Sering kali dipandang serong, malah ada yang cepat melabel tanpa mengenal hati budi.
Namun bagi penyanyi dan pengacara terkenal, Arrora Salwa, cabaran sebagai ibu tiri dihadapi dengan hati yang kuat dan niat yang jujur demi mendidik dan membentuk anak agar menjadi insan yang bertanggungjawab.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh Arrora di akaun TikToknya telah mencetuskan pelbagai reaksi. Dalam video tersebut, Arrora kelihatan berang sambil memarahi anak tirinya, Ahmed Eshan Ahmed Mahfuz, 15 tahun, kerana gagal menyiapkan kerja sekolah selepas hampir sebulan bercuti.

Lebih mencuri perhatian, aksi Arrora yang membaling buku-buku ke arah anak tirinya mengundang pelbagai reaksi netizen – ada yang menyokong, tak kurang juga yang mengecam.
Tegas Kerana Sayang @arrorasalwareal Replying to @Mish Ekin 🤍🤍 . #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound – arrorasalwareal
“Saya memang garang,” tegas Arrora tanpa berselindung.
Namun katanya, garangnya itu bukan kerana benci, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kasih terhadap anak yang dijaga.
“Saya tak mahu anak saya rasa hidup senang-lenang, sampai lupa tanggungjawab. Saya pernah lalui hidup yang susah, jadi saya tak mahu anak saya ulang kesilapan yang sama,” ujarnya.
Bagi Arrora, tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak pada ibu kandung sahaja. Ibu tiri juga ada hak dan ruang untuk membentuk anak, bukan untuk mengambil alih tempat sesiapa, tapi untuk membantu membina masa depan mereka.
@arrorasalwareal JANGAN PERSOAL KENAPA BUKU TU TERBANG. INI BUKAN SOAL HORMAT ATAU TIDAK ILMU. Siapa paham, paham lah siapa tak paham, tak mengapa. Semua orang boleh jadi ibu. Tapi untuk mengalas tangungjawab sebagai pendidik itu bukan mudah. Kita lalui kesusahan dan kepahitan dalam hidup, sebagai orang tua, kita tak nak anak kita rasa & lalui apa kita rasa n lalui.. Saya post disini kerana disinilah saksi saya. Saya sebagai ibu tiri perlu bijak dalam segala hal. Saya mmg garang, saya mmg sangat tegas, tapi bila waktu bergurau, anak2x seolah lupa garang dan tegas seorang yang bergelar mommy si ibu tiri ini. #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound – arrorasalwareal
“Jangan Persoal Kenapa Buku Terbang” “Saya tahu, ramai akan kecam. Tapi siapa faham, faham lah,” katanya menjawab kritikan segelintir netizen yang menuduhnya tidak menghormati ilmu kerana membaling buku.
“Ini bukan soal tak hormat ilmu. Saya marah bukan sebab benci buku, tapi kerana anak tak buat tanggungjawabnya. Kadang, kita kena tegas supaya mereka sedar,” jelasnya lagi.
Walaupun menerima banyak kecaman, Arrora tetap tenang. Baginya, netizen hanya nampak 1 minit dari keseluruhan kisah hidupnya sebagai ibu tiri.
Didikan Dengan Imbang Kasih & Disiplin Arrora mengakui bahawa sebagai ibu tiri, beliau perlu bijak memainkan peranan. Tidak boleh terlalu lembut hingga dipijak, tapi juga tidak boleh terlalu keras hingga anak menjauh.
“Saya garang bila perlu. Tapi dalam rumah, kami juga bergelak ketawa. Anak-anak tahu saya sayang mereka. Kadang bila saya tak sihat, anak tiri saya jugalah yang paling ambil berat,” kongsinya lagi dengan nada syukur.
Sokongan Suami Jadi Kekuatan Salah satu kekuatan Arrora dalam mendidik anak tiri ialah sokongan penuh daripada suami. Katanya, suami sentiasa menjadi tempat rujukan dan tidak pernah mempersoalkan cara dia mendidik selagi tidak melampaui batas.
“Bila suami sokong, saya rasa kuat. Kami selalu bincang, sebab nak besarkan remaja zaman sekarang ni memang perlukan strategi dan kerjasama,” tambah Arrora.
Di sebalik watak “ibu tiri” yang sering digambarkan negatif dalam masyarakat, Arrora membuktikan bahawa kasih seorang ibu itu tidak semestinya datang dari darah dan genetik, tetapi dari niat hati yang tulus untuk melihat anak membesar menjadi insan berguna.
The post “Saya Memang Garang…” – Arrora Salwa Tegas Demi Masa Depan Anak Tiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-memang-garang-arrora-salwa-tegas-demi-masa-depan-anak-tiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pun Tak Sedia Tapi Anak Tetap Datang Kisah Seorang Bapa Baru Yang Belajar Jadi Kuat Demi Keluarga

Saya Pun Tak Sedia Tapi Anak Tetap Datang Kisah Seorang Bapa Baru Yang Belajar Jadi Kuat Demi Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 98 hits
Aku tak tahu macam mana nak jadi ayah Tapi aku tahu aku nak cuba sehabis baik Itu kata kata seorang bapa baru yang masih belum percaya dia kini memikul tanggungjawab paling besar dalam hidupnya membesarkan seorang anak Ramai orang selalu be...
Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 200 hits
Anak kepada usahawan dan personaliti media sosial Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tampil menjelaskan keputusannya berhenti kerja sebagai pramugari selepas dikritik netizen di media sosial Menerusi hantaran di Instagram anakny...
Sharifah Zarina Tegur Tindakan Arrora Salwa Video

Sharifah Zarina Tegur Tindakan Arrora Salwa Video

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 73 hits
Sharifah Zarina Tegur Tindakan Arrora Salwa VIDEO Tindakan penyanyi Arrora Salwa yang memarahi anak tirinya Ahmed Eshan Ahmed Mahfuz 15 kerana tidak menyiapkan tugasan sekolah selepas bercuti hampir sebulan terus menjadi perbualan hangat ne...
Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 72 hits
Saya Mahu Kubur Zara Digali Ibu Mahu Tahu Kebenaran Apa Sebenarnya Berlaku Kehilangan seorang anak adalah episod paling pilu dalam hidup seorang ibu Namun apabila punca kematian tidak jelas dan penuh persoalan hati mana yang mampu tenang Be...
Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 165 hits
Menurut sesetengah penganalisis kripto masa depan mata wang kripto pertama di dunia kelihatan boleh diramal dan pada tahap tertentu membosankan Pakar percaya bahawa penggunaan Bitcoin dalam dana dagangan bursa tidak semestinya memberikan se...
Hiburan Peguam Maklum Shuhada Shukri Sekat Tak Bagi Hafidz Roshdi Jumpa Anak Dia Memang Tak Peduli Langsung Lah

Hiburan Peguam Maklum Shuhada Shukri Sekat Tak Bagi Hafidz Roshdi Jumpa Anak Dia Memang Tak Peduli Langsung Lah

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 127 hits
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh 30 September depan sebagai hari keputusan bagi kes tuntutan hak penjagaan yang difailkan oleh pelakon Hafidz Roshdi terhadap dua anaknya Humairah dan Umar Menurut peguam yang mewakili Hafi...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 125 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah Bulan Depan Due Date

Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah Bulan Depan Due Date

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 146 hits
Pelakon dan model terkenal Indonesia Erika Carlina mengejutkan ramai apabila secara terbuka mengakui dirinya kini hamil anak luar nikah Wanita berusia 31 tahun itu turut memaklumkan bahawa kandungannya kini telah memasuki sembilan bulan dan...
Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 143 hits
Di sebalik kejayaan seorang suami sentiasa ada seorang isteri yang teguh berdiri bukan hanya saat gemilang diraih tetapi lebih lebih lagi ketika langit kehidupan mula kelam dan mendung berarak Itulah kasih sayang seorang wanita bernama Dati...
Ikuti Saya Di Media Sosial

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Drama Seadanya Kita

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Influencer Cantik Mati Dikelar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


France S Deepest Shipwreck Uncovering The 16th Century Camarat 4 Beneath The Mediterranean

Rupanya Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Sinki

Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Citizens Can Arrest But Mustn T Go Overboard Say Lawyers

Police Probe Viral Video Of Cyclists Blocking Car In Shah Alam