Sultan Pahang Titah Agar Wakil Rakyat Utamakan Kesejahteraan Rakyat Usah Berpolitik Sepanjang Masa




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin 'turun padang' menjenguk rakyat di kawasan yang memilih mereka.
Al-Sultan Abdullah, yang sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan mesra rakyat, bertitah sebagai 'Ahli Yang Berhormat', mereka perlu sentiasa hadir di kawasan masing-masing secara berterusan untuk mendengar keluh-kesah dan memahami keperluan masyarakat terutama yang berdepan kesempitan hidup.
"Saya lebih suka tengok setiap wakil rakyat sentiasa berada di kawasan mereka... kita tumpukan kepada isu rakyat dan penuhi keperluan mereka," titah Al-Sultan Abdullah sewaktu sesi temu bual khas bersama Bernama di Istana Abdulaziz di sini sempena Hari Keputeraan Ke-66 baginda.
Selaku raja pemerintah Pahang, baginda turut berharap agar semua wakil rakyat daripada pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan persefahaman bersama dengan 'duduk semeja' bagi menyelesaikan isu berbangkit.
"Pihak kerajaan dan pembangkang perlu duduk bersama dari masa ke masa atau seeloknya sebulan sekali lakukan sesi libat urus sesama sendiri, mana yang tidak betul boleh diperkemaskan, tidak ada perkara dalam urusan kerajaan yang lengkap.Mesti ada kelemahan dan kelebihan sebab kita ini kerajaan manusia.
"Kita satu rumpun dan satu negeri serta harus anggap ini satu medan bersama untuk kita berjuang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat," titah baginda yang turut mengingatkan semua pihak supaya tidak beremosi ketika berpolitik.
Pada masa sama, bagi memastikan golongan memerlukan menerima bantuan, baginda menzahirkan pengharapan agar semua wakil rakyat termasuk pembangkang perlu diberi pertimbangan untuk mendapat peruntukan sewajarnya.
"Ini kerana mereka dipilih oleh rakyat, jadi mereka perlukan segala bantuan daripada kerajaan untuk bantu rakyat... seeloknya sama rata ataupun sedikit kurang sahaja," titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan kerajaan negeri supaya mewujudkan saluran rasmi bagi membolehkan rakyat terutama di kawasan kampung menyalurkan maklumat tentang keperluan mereka.
Al-Sultan Abdullah sememangnya sejak muda dikenali dengan sifat rendah hati dan tidak kekok mendampingi rakyat, mewarisi sifat berkenaan daripada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang sering mencemar duli menyertai pelbagai program bersama masyarakat di seluruh negeri.
Berpegang pada nilai itu, baginda berazam untuk terus menyantuni dan membantu rakyat sebaik mungkin.
"Saya utamakan rakyat apabila mereka susah tetapi saya tak mampu berkejar ke sana ke sini, mungkin saya hantar anakanda atau pegawai sebagai wakil, sekadar mana yang kita mampu kita cuba bantu sedikit sebanyak," titah baginda.
"Itu dah dalam darah daging saya, memang daripada dahulu suka menyantuni dan mendampingi rakyat ketika susah dan senang namun saya tidak menganggap itu satu kelebihan tetapi amalan saya daripada muda lagi.
"Saya bukan nak cari sokongan, pujian mahupun tepukan tetapi selagi mana mampu, saya akan bersama rakyat... saya lakukan yang terbaiklah," titah Sultan Pahang yang turut menzahirkan penghargaan dan rasa terharu kepada rakyat yang sering memberi sokongan kepada baginda. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/sultan-pahang-titah-agar-semua-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 116 hits
KUANTAN PAS Pahang menyokong sepenuhnya titah Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh Pesuruhjayanya Datuk Rosli Abdul Jabar ber...
Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

Pkr Pahang Tolak Usaha Tekan Perdana Menteri Agar Laksana Titah Adendum Benar Tahanan Rumah Najib

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 173 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang hari ini menolak sebarang usaha memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melaksanakan titah adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di...
Sultan Pahang Titah Banyakkan Solat Hajat Amp Doa Mohon Hujan Dalam Hadapi Krisis Jerebu

Sultan Pahang Titah Banyakkan Solat Hajat Amp Doa Mohon Hujan Dalam Hadapi Krisis Jerebu

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 171 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat agar memperbanyakkan solat hajat dan doa memohon hujan sebagai ikhtiar menangani krisis jerebu yang semakin meruncing di beberapa kawasan dalam n...
Sultan Pahang Titah Enakmen Syariah Dikaji Secara Menyeluruh Bukan Sekadar Semakan Kosmetik

Sultan Pahang Titah Enakmen Syariah Dikaji Secara Menyeluruh Bukan Sekadar Semakan Kosmetik

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 105 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh yang bukan sekadar semakan kosmetik sebaliknya dilaksanakan sebagai satu reformasi berland...
Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 129 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan adalah wajar titah berkenaan dilaksanakan Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata UMNO Pahang turut menyambut ba...
Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada Jaip Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang

Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada Jaip Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Ceramah agama yang dijalankan di Pahang perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Agama Islam Pahang bagi mengelakkan timbul sebarang isu pada masa akan datang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ber...
The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Create Your Next Masterpiece With The All New

Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina

Double Jeopardy In Zara Case Lawyer Says It Depends

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case

Bertukar Ke Shampoo Dan Treatment Honey

Hakim Paling Baik Di Dunia Frank Caprio Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Their Window Seats Lacked Windows So Delta And United Passengers Sued

Hiburan Ramai Harap Berjodohan Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato Vida Kekayaan Tidak Sama

Norma Filem Indonesia Paling Viral 2025 Sanggup Ke Tengok