Sedapnya Cempedak Goreng
Assalamualaikum WBT
BARU sahaja kami nak keluar rumah ke Pesta Makanan dan Buah-buahan Baling, abang Pak Inche yang dipanggil Pet sampai dari Penang. Pet bawa beberapa biji durian Balik Pulau dan buah cempedak yang dipesan Na'e. Lepas borak-borak sekejap, kami pun gerak ke Baling. Pet pula nak ke Alor Setar.
Balik dari Baling, tengok kak dah siap goreng cempedak yang dibawa Pet. Kami beli juga cempedak di Baling sebab tahu ramai nanti yang balik, mana cukup cempedak sebiji. Pak Inche tu, hantu cempedak! 😆
Sk pilih cempedak yang tengah-tengah warna gelap barisan bawah dari Booth Fama. Staf depa kata, tengah ranum!
Berdebar-debar nak belah cempedak takut kena 'scam' 😂. Bila dah terbuka, syukurrrrr.. banyak ulasnya, besar-besar dan tebal pulak. Dah nampak isinya elok dan banyak, barulah Sk bancuh batter untuk goreng cempedak iaitu tepung beras, air kapur dan garam serta air biasa. Kalau di rumah, Sk guna air sejuk dari peti ais
Mati pulak lampu dapur atas stove ni. Dah risau hangus pulak cempedak Sk ni. Masak kat rumah sendiri elok, tiber time masak rumah mertua hangus pulak. Ini semua salah lampu dapur, hahahaha
Kita edit kasi terang gambar. Guna kuali legend kak ipaq. Selalu, kalau Pak Inche beli apa-apa memang kak la yang masak, Sk main handphone jer tau 🤣. Nah.. sekarang rasakan, hahaha. Sambil goreng cempedak, sambil cuci pinggan dan makan durian Balik Pulau. Ada sepupu datang melawat kak masa ni. Na'e dan Kak Maznah pun dah sampai dari Terengganu. Kak Maznah sibuk bancuh teh o untuk tetamu. Gelabah dua biras, sekali-sekala balik kampung mertua. Kak Roz belum sampai lagi
Siap dah goreng cempedak. Mujur tak hangus masak dalam gelap, hahaha. Memang eloklah buahnya bulat-bulat berisi dan masak ranum. Memang malam tu dinner cempedak goreng aje. Kak ada buat laksa jugak, haaa.. nampak tak, tak macam orang sakit pun kak nyaaa. Hari ni, kak akan menjalani pembedahan membuang sebelah payudara. Kita doakan agar pembedahan berjalan lancar dan kak kembali sihat seperti dahulu, insyaAllah.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/sedapnya-cempedak-goreng.html