Dua Hari Bawa Bekal Telur Goreng
Assalamualaikum WBT
MINGGU ni, Sk 'patah kaki'. Sejak Sabtu lepas, Iman gunakan kereta Sk kerana dia terlibat dengan program kelab. Program tu habis lewat dan bagi memudahkan pergerakan dari tempat program ke kolej kediaman, Sk pinjamkan kereta. Jadi, pergi kerja dengan Pak Inche. Tu takpa, sebab pejabat kami dekat-dekat jer. Maka, berulang semulalah rutin 6 tahun lepas, keluar dengan matahari, balik dengan bulan, huhuhu.
Bekal sarapan pagi semalam Sandwich Telur. Berbanding telur rebus, telur goreng lebih mudah. Campak saja dalam kuali, sementara tunggu telur masak, boleh sapu mayonis pada roti dan susun tomato dan salad. Kalau buat telur rebus, ambil masa nak kopek dan cincang telur. Lepas raya sebulan, dah kena jaga diet semula sebab ada pakaian yang dah mula ketat. Jarum timbangan pun nampaknya dah naik satu garis
Selain bekal sarapan, Sk bawa sekali bekal makan tengahari memandangkan tak ada kenderaan nak ke kantin Kak Sab. Kantin Kak Sab dengan pejabat Sk lain pagar, Sk di Jalan Jumaat, kantin di Jalan Ahad. Boleh jer pun kalau nak jalan kaki tapi segan (malas), hahahaha. Sebenarnya kalau nak tumpang atau pinjam kereta kawan pun boleh, tapi tak mahulah pandu kereta orang. Sk goreng sebiji lagi telur buat lauk, makan bersama nasi putih, salad, tomato dan sambal belacan. Tak ada loklam (lauk semalam) dalam peti sejuk nak dipanaskan, nak ke kantin pun malas, nak masak sendiri lauk lain lagilah malas, hahahaha. Bolehlah janji kenyang, orang tak cerewet macam Sk ni tolak batu dengan kayu aje, tak ada susahnya
Dah pukul 5, Pak Inche whatsapp, dia ada ad-hoc meeting. Menyirap Sk tapi kena sabar. Ni la dulu perkara yang buat kami hari-hari bergaduh masa satu kereta dulu sebab Pak Inche kena selesaikan kerja baru ambil Sk. Sk tak suka menunggu, boleh menangis dibuatnya. Memang membebel ajelah mulut ni, nasiblah Pak Inche tu sabar. Kalau hilang sabar, mahu naik tangan agaknya, hahahaha. Pasal tunggu lama ni jugak la dulu tak bertahan dengan pakwe lama, hahahahahahahaha.
Sebenarnya ada satu loklam tu, tapi macam tak sesuai bawa bekal. Nanti Sk cerita apa lauknya. Rancang, nak panaskan loklam untuk makan malam semalam, tapi Pak Inche kata, nak beli nasi kat pasar malam, dibelinya Nasi Beriani Ayam. Sk terliur nampak Nasi Dagang dengan lauk Gulai Tongkol. Selain tu beli juga Kuih Lopes, Murtabak, Rangka Ayam Goreng dan Kerepek Ubi. Murtabak tak makan, malam ni boleh la kot kalau rasa lapar tengah malam bolehlah dipanaskan
Bekal hari ni, sama macam semalam. Dari sarapan pagi sampai makan tengahari, telur goreng. Agaknya, mak-mak ayam kalau nampak Sk minggu ni semua pakat lari, hihihihi
Ada Nur diwajah Pak Inche pagi ni. Memang dah janji, pergi kerja Sk drive. Ni mengantuk la dok tengok tv sampai malam. Nak nak pulak malam tadi ada filem Ahmad Albab, entah dah berapa kali tengok pun, nak jugak tengok lagi. Peminat filem P Ramlee dia ni, hahahaha
Esok, nak bawa lauk sardin la. Letak bawang dan cili api banyak-banyak, biar semerbak satu opis, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/dua-hari-bawa-bekal-telur-goreng.html