Nasi Goreng Daging Jadi Bekal Hari Ini
Assalamualaikum WBT
YEY! Dah khamis.
Malam tadi, Pak Inche pesan agar panaskan murtabak yang beli kat pasar malam isnin lepas untuk bekal sarapan beliau hari ini. Dah tiga hari murtabak tu tersadai dalam peti sejuk, tak jugak dimakan. Apa tidaknya, sejak kongsi kereta dengan Pak Inche, Sk rasa semacam letihnya. Selalu, pukul 6 dah sampai rumah, walaupun banyak kerja dibuat bila sampai rumah tapi tak sepenat menunggu Pak Inche balik kerja. Jadi, memang tidur awal la tiap-tiap malam. Memang kelupaan la ada murtabak dalam peti sejuk.. hehehe.
Dah tiga hari berturut-turut Pak Inche sarapan Nasi Lemak Daun Pisang. Setiap kali, dia makan dua bungkus, sebungkus tak cukup. Jadi, hari ni, dia minta panaskan murtabak
Nasi lemak beli di Pulai Mutiara. Sk dah lama tak beli kat sini, semalam minta Pak Inche belikan sebungkus walaupun dah ada bekal sandwich telur. Hurmm.. patut pun setiap kali makan, kena dua bungkus.. memang comel sangat porsinya berbanding masa awal berniaga dulu. Nasi lemaknya sedap, sambal dia pun dah pekat sikit, dulu cair macam gulai, sehingga bila kita buka bungkusan tu, seluruh nasi macam bergaul dengan sambal. Ni nampak dah ada perubahan yang lebih baik dan lebih sedap cuma saiznya mengecil, hehe.
Eh, bukan tajuknya Nasi Goreng Daging ke Sk
😆😆😆
Goreng nasi ni sambil-sambil panaskan murtabak Pak Inche. Daging dah hiris memang ada dalam freezer, Sk kalau hiris daging untuk masak, suka asingkan sikit, bila-bila nak buat rencah nasi atau mee goreng, tinggal defrost aje. Sk goreng nasi sebab roti dah habis. Awal pulak roti sebuku habis, selalunya sampai dah expired pun masih ada dua tiga keping. Apa taknya, sementara tunggu Pak Inche, Sk makan roti tu. Makan tu, bukan lapar tapi bosan, hahahaha
Sedaplah pulak nasi goreng daging ni. Sk tumis cili dan bawang kisar, biar pecah minyak, kemudian masukkan daging. Sementara tunggu daging empuk tu, Sk berbedak 😆. Kemudian, masukkan satu kiub pati lembu dan sesudu sos tiram. Dah tu, baru masukkan nasi dan campakkan cili padi sikit. Kacau kacau kacau, akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Daun bawang tu pun samalah, hiris siap kemudian frozen. Senang keroje hamba 😍
Makan nasi gorengnya pun dah pukul 10 sebab Sk tunggu Majlis Budaya Al-Quran dalam talian selesai dulu. Boleh jer lepas mengaji, terus makan sambil-sambil dengar taklimat tapi tak konsentrasi nanti. Walaupun, dengar taklimat tu pun, tak berapa masuk kepala sebenarnya. Speaker hari ni bergema-gema dan bercampur-campur pulak dengan bunyi speaker dari jiran sebelah meja, hahahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/nasi-goreng-daging-jadi-bekal-hari-ini.html