Sebelum Bersalin Elak Ambil Makanan Makanan Ini Ini Puncanya


Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?

Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.
Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.
Jika anda akan melalui kelahiran caesarean, bertanyalah kepada doktor mengenai panduan pengambilan makanan dan minuman yang sesuai dengan prosedur tersebut.
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
Spageti bolognese Roti gandum dengan sapuan mentega kacang Buah-buah kering dan kacang Bar granola Buah anggur atau beri sejuk beku Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.

Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
Buah atau jus oren. Keasidan buah ini boleh menyebabkan anda sakit perut atau mengalami sensasi terbakar jika muntah selepas memakannya Gabungan protein dan lemak. Ini melambatkan kadar otot menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada gula. Elakkan makanan seperti stik, kentang goreng atau burger Makanan tinggi gula dan lemak. Pengambilan makanan jenis ini boleh memberikan anda tenaga pantas tetapi menyebabkan keletihan dan mual apabila tenaga meningkat. Hindari makanan seperti donut, pastri atau kek Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
sebelum bersalin
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Akar Fatimah (Rose of Jericho)
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk melahirkan anak
Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka
Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan
Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
The post Sebelum Bersalin, Elak Ambil Makanan-Makanan Ini. Ini Puncanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-bersalin-elak-ambil-makanan-makanan-ini-ini-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 411 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka Selain faktor keturunan dan juga persekitaran kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan Kajian menunjuk...
Bekerja Jadi Penghantar Makanan Sebelum Squid Game Lee Yoomi Bincang Populariti Kini

Bekerja Jadi Penghantar Makanan Sebelum Squid Game Lee Yoomi Bincang Populariti Kini

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 282 hits
Kesemua pelakon Squid Game ternyata memijak tuah apabila bersetuju membintangi siri popular Netflix berkenaan Bukan sahaja jadi sebutan di Asia malah ianya terus kekal tinggi dalam ranking global Netflix hingga kini meskipun sudah berbulan ...
Emosi Anak Tercalar Rasa Tersisih Elak Marah Anak Sebelum Dia Tidur

Emosi Anak Tercalar Rasa Tersisih Elak Marah Anak Sebelum Dia Tidur

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 207 hits
Perasankah anda ada masanya kita akan memarahi anak anak sebelum waktu tidurnya Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka Artikel Menarik Tidur sel...
Tamatkan Sarapan Percuma Mampu Elak Ketirisan Kata Kumpulan Ibu Bapa

Tamatkan Sarapan Percuma Mampu Elak Ketirisan Kata Kumpulan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 254 hits
Dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT lebihan wang yang ada boleh disalur kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah kata wakil kumpulan ibu bapa PETALING JAYA Tindakan kerajaan pusat menamatkan program sarapan...
Syor Ubah Jadual Spm Elak Jumaat Hingga Ahad

Syor Ubah Jadual Spm Elak Jumaat Hingga Ahad

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 206 hits
Foto hiasan Kota Kinabalu Kementerian Pendidikan diminta mengkaji semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 terutama kertas peperiksaan yang diadakan pada Jumaat dan Ahad Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau menyifatkan ja...
Prn Sarawak Elak Menang Kopi Rancang Awal Strategi Kempen

Prn Sarawak Elak Menang Kopi Rancang Awal Strategi Kempen

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 219 hits
Prosedur Operasi Piawai kempen dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang mungkin tidak jauh berbeza dengan PRN Sarawak yang bakal diadakan dalam jangka masa 3 minggu lagi memerlukan persediaan awal strategi berkempen Menurut Pengerusi Pakatan H...
Ikan Puyu Untuk Elak Pukau

Ikan Puyu Untuk Elak Pukau

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 232 hits
adalah spesis ikan air tawar yang banyak hidup di kawasan sawah atau tali air orang kita panggil bendang Ikan ini bersisik dan bersirip tajam ikan puyu juga jenis yang suka melompat Oleh kerana sifatnya yang boleh melompat ikan puyu akan be...
Video Si Cilik Pandai Buat Pesanan Makanan Dia Punya Loghat Boleh Tahan

Video Si Cilik Pandai Buat Pesanan Makanan Dia Punya Loghat Boleh Tahan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 473 hits
Telatah kanak2 yang baru hendak belajar bercakap memang sesekali membuatkan ramai yang suka mendengar cara percakapan mereka yang baru belajar bercakap tetapi ramai juga suka dengar bila kanak2 bercakap siap ada bunyi loghat negeri lagi Itu...
Makanan Pertama Bayi Anda Ketika Berusia 6 Bulan

Makanan Pertama Bayi Anda Ketika Berusia 6 Bulan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum Hi Semua Gamber sekadar hiasanimage ParentsBaru baru ini Nadhie hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat seorang yang bergelar ibu anak dua memberi anaknya makanan manis seperti kek coklat dan aisrkim ketika baru sahaja...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp