Tamatkan Sarapan Percuma Mampu Elak Ketirisan Kata Kumpulan Ibu Bapa


 
Dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT, lebihan wang yang ada boleh disalur kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah, kata wakil kumpulan ibu bapa.PETALING JAYA: Tindakan kerajaan pusat menamatkan program sarapan percuma dan meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid B40 mampu mengelakkan ketirisan dana yang tidak terkawal, kata kumpulan penggerak ibu bapa.
Menyokong tindakan itu, wakil Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Swasta (KPIBKS), Faizal Mohammad Arshad berkata program RMT dilihat lebih berjaya kerana mampu mengelakkan pembaziran, dengan hanya mengutamakan murid yang benar-benar memerlukan bantuan sarapan.
“RMT lebih baik kerana kita dahulukan kepada mereka yang memerlukan, jika berikan kepada semua murid, kita dapati murid berkemampuan tidak ambil bantuan itu dan berlaku pembaziran.
“Jadi, wajar kita beri perhatian lebih kepada murid memerlukan yang mana setiap sekolah ada data latar belakang pendapatan ibu bapa untuk kita kenal pasti murid yang asnaf atau keluarga M40 yang terkesan, kita juga boleh berikan bantuan (makanan percuma),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT, lebihan wang yang ada boleh disalurkan kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah contohnya ruang perpustakaan.
“Sistem kupon di mana kantin akan tebus kepada sekolah itu lebih baik untuk elak pembaziran, bayangkan berapa ribu sekolah dalam negara dan berapa ramai murid?
“Hapuskan sarapan kepada semua murid wajar kerana wang lebihan boleh digunakan untuk naik taraf prasarana sekolah yang kita boleh gunakan untuk kebaikan murid,” katanya.
Dalam jawapan bertulis bertarikh 15 Nov, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 15 Jan tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan program sarapan percuma.
Sebaliknya, beliau berkata, KPM akan meneruskan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) bagi murid B40.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik yang juga Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan antara pemimpin yang tegas membantah keputusan kerajaan itu.
Program sarapan percuma dilaksanakan pada sesi persekolahan 2020 oleh Maszlee untuk semua murid sekolah rendah tidak kira latar ekonomi.
Faizal kemudian mengkritik tindakan Maszlee dengan menegaskan wakil rakyat Bebas pro Pakatan Harapan itu tidak perlu mempolitikkan sistem pendidikan.
“Mana yang baik perlu disokong, pendidikan perlu neutral. Jangan libatkan politik dengan institusi pendidikan,” tegasnya.
Sementara itu, pakar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Anuar Ahmad pula menyifatkan tindakan berkenaan “tidak kena pada masanya” kerana ramai keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19.
Ia menyebabkan ada di antara mereka sukar menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak, katanya.
“Memang tanggungjawab ibu bapa sediakan sarapan untuk anak-anak tetapi kita tahu disebabkan pandemik dan kenaikan harga barang, ramai ibu bapa tiada pendapatan yang baik, malah hampir separuh M40 sudah menjadi B40 menyebabkan ada golongan baru iaitu B60…mereka ini ramai dan kalau kita lihat saiz anak juga ramai.
“Kita tahu kerajaan ada kekangan dan batasan dari segi kewangan tetapi dengan menafikan terus dengan tidak menyediakan sarapan atau makanan berkhasiat kepada anak-anak kecil ketika ini adalah tindakan menyedihkan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/tamatkan-sarapan-percuma-mampu-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 298 hits
Zaman sekarang ni memang zaman orang terlalu obses dengan media sosial Bukan orang dewasa je ada media sosial budak yang baru lahir pun sudah dibuatkan akaun sendiri oleh ibu bapa mereka untuk memudahkan mereka berkongsi gambar anak anak Di...
Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak Anak

Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 469 hits
Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak anak Assalamualaikum semua salam hari Jumaat hari yang penuh baroqah Mama doakan semua yang sedang membaca ni semoga dikurniakan kesihatan yang baik rezeki yang murah dan dipermudahan segala urusan Semoga k...
Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 270 hits
ROMPIN 8211 Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam Selasa merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya...
Persediaan Menjadi Ibu Bapa

Persediaan Menjadi Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU BAPA Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga sangatlah memerlukan komitmen Bagi pasangan yang sudah berkahwin sama ada baru atau sudah lama pastinya kehadiran cahaya mata adalah saat yang sangat dit...
Gembirakan Ibu Bapa

Gembirakan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum wbt Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata terdapat seorang laki laki yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata aku datang membaiah engkau untuk berhijrah dan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan mena...
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 239 hits
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Jangan Lalai Patuh Sop Elak Terus Dibelenggu Covid 19 Kata Pm

Jangan Lalai Patuh Sop Elak Terus Dibelenggu Covid 19 Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 321 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata berbanding tahun lalu sambutan perayaan Deepavali tahun ini lebih meriah dalam suasana norma baharu KUALA LUMPUR Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia tidak lalai dalam ...
Cara Nak Dapatkan Keyakinan Dari Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

Cara Nak Dapatkan Keyakinan Dari Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 222 hits
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri Dalam masyarakat kita pada hari ini t...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari