Emosi Anak Tercalar Rasa Tersisih Elak Marah Anak Sebelum Dia Tidur


Perasankah anda, ada masanya kita akan memarahi anak-anak sebelum waktu tidurnya? Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka.
Artikel Menarik: [Bawa Kek #2, Anissa Buat Suprise Beritahu Syahmi Dia Hamil Anak Kedua. Tahniah!]

Tidur selepas kena marah tidak elok untuk perkembangan emosi anak kerana ia membuatkan mereka merasa sedih dan tidak dipedulikan. Terutamanya jika kita biarkan mereka tertidur sendiri selepas dimarahi tanpa dipujuk.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Artikel Menarik: [Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!]
Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.

Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. kurangkan interaksi dengan anak anda. jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
Artikel Menarik: [Modal Tak Besar Tapi Anak Jadi Cerdik. Ajak Dia Tampal Sticker Je!]
Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.

Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Emosi Anak Tercalar, Rasa Tersisih. Elak Marah Anak Sebelum Dia Tidur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/emosi-anak-tercalar-rasa-tersisih-elak-marah-anak-sebelum-dia-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marah Macam Mana Pun Kawallah Emosi Elak Anak Rasa Rendah Diri

Marah Macam Mana Pun Kawallah Emosi Elak Anak Rasa Rendah Diri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 226 hits
Kita rasa anak kita masih kecil walhal anak kecil kita sudah memahami dan tahu emosi rasa sedih dan sebagainya Jadi janganlah menidakkan emosi anak Elak sama sekali merendah rendahkan anak Menurut kata Parenting Influencer En Mohd Fhais Sal...
Elak Bagi Anak Tengok Tv Skrin Sebelum Tidur Boleh Ganggu Hormon Penyebab Anak Susah Tidur

Elak Bagi Anak Tengok Tv Skrin Sebelum Tidur Boleh Ganggu Hormon Penyebab Anak Susah Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 226 hits
Jika bercakap soal tidur tak lengkap jika tak sebut tentang hormon penggalak tidur iaitu Melatonin Ia juga dikenali sebagai timing messenger atau jam biologi badan yang membantu penyelarasan kitaran siang malam dan berjaga tidur manusia Tah...
Rasa Nak Marah Tarik Nafas Boleh Pause Emosi Taklah Terlepas Pukul Anak

Rasa Nak Marah Tarik Nafas Boleh Pause Emosi Taklah Terlepas Pukul Anak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 237 hits
Bab mendidik anak anak setiap ibu bapa ada cara masing masing Apa saja yang dilakukan untuk kebaikan selagi ia tak mendatangkan kecederaan fizikal dan tak meninggalkan kesan negatif pada emosi anak Walaupun ibu bapa menganggap pukulan kecil...
Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur Rugi Besar Kalau Tak Amalkan

Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur Rugi Besar Kalau Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 215 hits
Yang dimaksud dengan 3 surah qul adalah surah Al Ikhlas Al Falaq dan An Naas Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali kerana amalan ini dapat Menolak gangguan jin syaitan sihir was was dan segala kejahatan Terhindar dari segala perkara yang bur...
Sepatutnya 6 8 Jam Sehari Ibu Perlu Tidur Baru Ibu Boleh Senyum Tak Marah

Sepatutnya 6 8 Jam Sehari Ibu Perlu Tidur Baru Ibu Boleh Senyum Tak Marah

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 210 hits
Kenapa ibu ibu perlukan tidur 6 8 jam sehari Dekat Sleep Foundation bagitahu ibu adalah orang yang paling banyak sekali Sleep Debt Terutama buat yang ada bayi 0 3 bulan pertama adalah waktu paling banyak sleep debt Sebab tu la para ibu ni w...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 249 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Suami Yang Kurang Empati Tak Akan Rasa Kesusahan Membesarkan Anak

Suami Yang Kurang Empati Tak Akan Rasa Kesusahan Membesarkan Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 204 hits
Kesibukkan suami bekerja kadang kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia ...
Saya Rasa Remy Ishak Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya Jarak Usia Tak Logik

Saya Rasa Remy Ishak Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya Jarak Usia Tak Logik

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 204 hits
Sebelum ini pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak pernah menolak jika diberi tanggungjawab untuk memainkan watak seorang ibu dalam dramaNamun keterbukaan Che Ta dalam bidang lakonan itu dilihat sama sekali tidak...
Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 377 hits
Dah makan ubat tapi masih lagi batuk Ataupun baru je elok kejap batuk semula cuba lakukan ikhtiar ini Bukan untuk diri sendiri je untuk anak pun boleh cuma apa apa pun tengok pada keadaan mereka Jika anak terlalu kecil mungkin perlu dapatka...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat