Sebelah Kaki Dah Ada Di Istana Pada 2021 Kata Anwar


malaysiakini.com
B Nanta Kumar
Diterbitkan: Oct 27, 2022 4:22 PM
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, berkata jika dia bertolak ansur dalam isu prinsip, perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin bukanlah Ismail Sabri Yaakob

Menafikan dakwaan yang dia "kemaruk" mahu menjadi perdana menteri, Anwar memberitahu ketika berlaku krisis politik ekoran jatuhnya Muhyiddin, dia sudah sangat hampir menjadi pemimpin nombor satu negara.

"Saya nak beritahu, sebelah kaki saya dah ada di Istana Negara untuk angkat sumpah pada keesokan hari.

"(Bagaimanapun) Malam itu Najib (Razak) meminta saya tandatangani perakuan untuk beri jaminan agar dia bebas daripada hukuman.

"Saya kata saya tak boleh (buat begitu) kerana ini soal prinsip. Kalau saya (lupakan prinsip) dan tandatangan, dah lama saya masuk istana angkat sumpah," katanya di majlis bersama lebih 100 pesara tentera dari kawasan parlimen Tambun hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Amanah Perak merangkap peyandang kerusi DUN Manjoi, Asmuni Awi.
Pada Ogos 2021, Muhyiddin terpaksa meletak jawatan selaku perdana menteri setelah kehilangan sokongan di Dewan Rakyat apabila 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaannya.

Sebelum itu Anwar mengumumkan dia memiliki sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen, termasuk di luar PH, untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Anwar ketika itu, dia mempunyai 114 orang ahli parlimen pelbagai parti yang memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun ahli parlimen Umno terbabit mengalih semula sokongan mereka daripada Anwar selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin.

Ismail Sabri ialah naib presiden Umno.

Menurut Anwar perubahan sokongan itu tidak akan berlaku jika dia tunduk kepada kehendak bekas perdana menteri, Najib, agar dia tidak dikenakan hukuman atas pertuduhan jenayahnya.

"Ada orang berkempen (kononnya) Anwar ini kemaruk nak jadi perdana menteri.

"Kalau saya tolak prinsip, sedia bertolak ansur (dengan Najib), dah lama saua menjadi perdana menteri.

"Kalau saya kemaruk nak jadi perdana menteri, saya tandatangani perjanjian dengan Najib. Dan (kalau itu berlaku) hari ini saya yang jadi perdana menteri, bukan Ismail Sabri," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/sebelah-kaki-dah-ada-di-istana-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelah Kaki Dalam Istana Tapi Anwar Terlepas Kerusi Pm Kerana Umno

Sebelah Kaki Dalam Istana Tapi Anwar Terlepas Kerusi Pm Kerana Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 284 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tersingkir daripada kerusi Perdana Menteri kesembilan kerana tidak menandatangani perjanjian dengan Datuk Seri Najib Razak Presiden PKR yang juga calon PM dalam Pilihan Raya...
Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 428 hits
agendaily com25 10 2022Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengarah Komunikasi Barisan Nasi...
Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 315 hits
Menteri Besar sementara Perak Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali TANJUNG MALIM Umno dan Barisan Nasional Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Hara...
Anwar Kata 2 Tpm Media Salah Petik Kata Pembantu

Anwar Kata 2 Tpm Media Salah Petik Kata Pembantu

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 301 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim hanya mengumumkan dua jawatan timbalan perdana menteri bukan tiga seperti dilaporkan kata setiausaha akhbarnya Tunku Nashrul Tunku Abaidah PETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim hanya m...
Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 311 hits
October 25 2022 Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan bagi Parlimen Tambun PETALING JAYA Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun merupakan langka...
Pkr Gugur Beberapa Pejuang Lama Kata Anwar

Pkr Gugur Beberapa Pejuang Lama Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 397 hits
PKR gugur beberapa pejuang lama kata Anwar Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12 30AM
Tambun Akan Jadi Tapak Saya Bukan Gelanggang Bunuh Karier Kata Anwar

Tambun Akan Jadi Tapak Saya Bukan Gelanggang Bunuh Karier Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 346 hits
freemalaysiatoday com October 31 2022 8 00 AMPada PRU15 Anwar Ibrahim yang juga calon perdana menteri PH dijangka bertembung di kerusi Parlimen Tambun dengan penyandangnya Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu PETALING JAYA Pengerusi...
Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 321 hits
October 29 2022 5 00Anwar Ibrahim berkata Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson yang dimenanginya dahulu sudah kukuh untuk meneruskan rentak kemenangan KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen ...
Cadangan 3 Tpm Kekal Jika Ph Terajui Kerajaan Kata Anwar

Cadangan 3 Tpm Kekal Jika Ph Terajui Kerajaan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 402 hits
October 24 2022 Anwar Ibrahim berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan SANDAKAN Pakatan Harapan akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Irresistible Hello Fresh Beef And Rice Recipe

Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Malam Berinai Di Hotel

Drama Gadis Kopi