Cadangan 3 Tpm Kekal Jika Ph Terajui Kerajaan Kata Anwar


 
Bernama -October 24, 2022 
Anwar Ibrahim berkata, cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan. (Gambar Facebook)
SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Pengerusinya Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.
Pada 4 Sept tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.
“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.
Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.
Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/cadangan-3-tpm-kekal-jika-ph-terajui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kata 2 Tpm Media Salah Petik Kata Pembantu

Anwar Kata 2 Tpm Media Salah Petik Kata Pembantu

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 298 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim hanya mengumumkan dua jawatan timbalan perdana menteri bukan tiga seperti dilaporkan kata setiausaha akhbarnya Tunku Nashrul Tunku Abaidah PETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim hanya m...
Pkr Sasar Tawan Semula Kerusi Khianat Kata Anwar Nurul Kemungkinan Kekal Di Permatang Pauh

Pkr Sasar Tawan Semula Kerusi Khianat Kata Anwar Nurul Kemungkinan Kekal Di Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 341 hits
October 23 2022 1Anwar Ibrahim berkata PKR akan ketengahkan calon yang wibawa bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dikhianati PETALING JAYA PKR sasar untuk merampas semula kerusi PKR yang dimenangi dan dikhianati oleh penyandang s...
Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 304 hits
October 25 2022 Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan bagi Parlimen Tambun PETALING JAYA Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun merupakan langka...
Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 425 hits
agendaily com25 10 2022Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengarah Komunikasi Barisan Nasi...
Ph Tanding Semua 25 Kerusi Parlimen Sabah Labuan Kata Anwar

Ph Tanding Semua 25 Kerusi Parlimen Sabah Labuan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 326 hits
Pakatan Harapan akan bertanding semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan Labuan pada pilihan raya umum kata pengerusinya Anwar Ibrahim Beliau berkata calon gabungan itu akan mula diumumkan pada 28 Okt ini Jumlah kerusi PH akan tanding di Sabah...
Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 293 hits
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat beberapa Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menolak untuk dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke 15 Namun Saarani yang juga Pengerusi BN Pera...
Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 258 hits
PAKATAN Harapan akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai
Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 320 hits
October 29 2022 5 00Anwar Ibrahim berkata Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson yang dimenanginya dahulu sudah kukuh untuk meneruskan rentak kemenangan KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen ...
Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 314 hits
Menteri Besar sementara Perak Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali TANJUNG MALIM Umno dan Barisan Nasional Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Hara...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo