Sebelah Kaki Dalam Istana Tapi Anwar Terlepas Kerusi Pm Kerana Umno






Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tersingkir daripada kerusi Perdana Menteri (PM) kesembilan kerana tidak menandatangani perjanjian dengan Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PKR yang juga calon PM dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, juga mendakwa telah memiliki 114 sokongan untuk menjadi PM kesembilan.

Tetapi, menurutnya sokongan itu yang turut datang daripada ahli Parlimen UMNO terus berubah apabila beliau enggan menurut kehendak Najib supaya membebaskannya.

“Perubahan sokongan itu tidak akan berlaku jika saya tunduk kepada kehendak Najib, agar dia tidak dikenakan hukuman atas pertuduhan jenayahnya.

“Kalau saya tolak prinsip, sedia bertolak ansur (dengan Najib), dah lama saya menjadi perdana menteri.

“Kalau saya kemaruk nak jadi perdana menteri, saya tandatangani perjanjian dengan Najib. Dan (kalau itu berlaku) hari ini saya yang jadi perdana menteri, bukan Ismail Sabri,” katanya menurut Mkini.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali gagal merebut kerusi PM, walaupun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan PM ketika Tun Dr Mahathir Mohamad bercuti pada 1997.

Dan setelah empat pemimpin berganti menjadi PM Malaysia dengan dua kali dipegang oleh Dr Mahathir, Anwar masih menafikan dakwaan bahawa beliau “kemaruk” mahu menjadi PM.

Anwar memberitahu ketika berlaku krisis politik ekoran kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digulingkan oleh 15 ahli Parlimen UMNO, beliau sudah sangat hampir menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Saya nak beritahu, sebelah kaki saya dah ada di Istana Negara untuk angkat sumpah pada keesokan hari. (Bagaimanapun) Malam itu Najib meminta saya tandatangani perakuan untuk beri jaminan agar dia bebas daripada hukuman.

“Saya kata saya tak boleh (buat begitu) kerana ini soal prinsip. Kalau saya (lupakan prinsip) dan tandatangan, dah lama saya masuk istana angkat sumpah,” katanya pada perhimpunan di Parlimen Tambun, Perak, hari ini (27 Oktober 2022).

Sebelum itu Anwar mengumumkan dia memiliki sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen, termasuk di luar PH, untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Anwar ketika itu, dia mempunyai 114 ahli Parlimen pelbagai parti yang memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun ahli parlimen Umno terbabit mengalih semula sokongan mereka daripada Anwar selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin.

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/sebelah-kaki-dalam-istana-tapi-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelah Kaki Dah Ada Di Istana Pada 2021 Kata Anwar

Sebelah Kaki Dah Ada Di Istana Pada 2021 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 115 hits
malaysiakini comPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata jika dia bertolak ansur dalam isu prinsip perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin bukanlah Ismail Sabri Yaakob Menafikan dakwaan yang dia kemaruk mahu menjadi perdana menteri ...
Umno Rejects Proposed Pact To Take Down Anwar Report

Umno Rejects Proposed Pact To Take Down Anwar Report

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 107 hits
Umno has turned down a proposal to cooperate with PAS and Bersatu in Tambun in a bid to take down PKR president Anwar Ibrahim and end his political career according to a report The Free Malaysia Today report quoted Umno secretary general Ah...
Umno Tolak Ajakan Pas Bekerjasama Dengan Pn Untuk Mengalahkan Anwar Di Tambun

Umno Tolak Ajakan Pas Bekerjasama Dengan Pn Untuk Mengalahkan Anwar Di Tambun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 159 hits
MalaysiakiniUmno tolak kerjasama tewaskan Anwar di Tambun laporanUmno dilaporkan menolak cadangan bekerjasama dengan PAS dan Bersatu di Tambun untuk menewaskan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menamatkan kerjaya politiknya Laporan Free Malays...
Pakatan Umno Pas Bersatu Mampu Tamatkan Karier Politik Anwar Di Tambun

Pakatan Umno Pas Bersatu Mampu Tamatkan Karier Politik Anwar Di Tambun

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 200 hits
freemalaysiatoday com October 27 2022 12 36 PMMohd Zuhdi Marzuki berkata jika Anwar Ibrahim kalah di Parlimen Tambun ia juga akan menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan Perak sebagai negeri ke 4 ditawan PH PETALING JAYA Umno PAS dan Bersat...
Umno Turns Down 3 Party Pact To End Anwar S Political Career

Umno Turns Down 3 Party Pact To End Anwar S Political Career

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 108 hits
Umno secretary general Ahmad Maslan has turned down a proposal for the party to work with PAS and Bersatu in Tambun in order to end PKR president Anwar Ibrahim s political career Ahmad said Barisan Nasional will field its own candidate for ...
Umno Tolak Kerjasama Tewaskan Anwar Di Tambun Laporan

Umno Tolak Kerjasama Tewaskan Anwar Di Tambun Laporan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 28 2022 10 02 PMUmno dilaporkan menolak cadangan bekerjasama dengan PAS dan Bersatu di untuk menewaskan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menamatkan kerjaya politiknya Laporan Free Malaysia Today memetik Setiaus...
Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 107 hits
agendaily com15 10 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengaku partinya enggan bekerjasama bukan kerana Bersatu tidak mementingkan ummah dan bangsa Melayu tetapi kerana kewujudan parti baharu itu untuk menggantikan UMNO ...
Anwar Boleh Kempen Dari Penjara Tapi Najib Tak Boleh

Anwar Boleh Kempen Dari Penjara Tapi Najib Tak Boleh

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 135 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 21 2022 8 00 AMAnak perempuan Najib Razak Nooryana Najwa menyoal mengapa ketua pembangkang ketika dipenjarakan Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk isterinya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2015 Ka...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h