Sebanyak 101 Inisiatif Dalam Buku Harapan Telah Dipenuhi


 A Kadir Jasin بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.  PH tidak gagal: Dalam 16 bulan 101 inisiatif terlaksanaNOTA: Rencana berikut adalah daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Terima kasih.
SAYA telah beberapa kali menulis di sana sini mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak gagal.
Malah, jika dibandingkan dengan kerosakan besar yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kejayaan kerajaan PH memulihkan keadaan adalah amat menggalakkan.
Cuma banyak orang kita tidak tahu kerana mereka tidak lagi membaca, menonton dan mendengar maklumat daripada saluran formal seperti surat khabar, televisyen dan radio.
Mereka tersalah tafsir atau sengaja tidak mahu menggunakan saluran maklumat formal apabila berpindah dan bergantung kepada saluran media sosial untuk mendapatkan berita.
Daripada pengamatan saya, berdasarkan pengalaman bekerja dalam media sejak 1969 dan bergiat dalam media sosial dari 2006, saluran maklumat yang lengkap dan bertanggungjawab masih berupa surat khabar, televisyen dan radio atau laman-laman web rasmi organisasi media.
Jadi, saya rayulah kepada orang ramai supaya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran-saluran ini sama ada secara langsung atau melalui versi atas talian mereka.
Dalam bahasa yang mudah, dunia tanpa pengarang adalah memesongkan, jahil dan berbahaya.
Berbalik kepada pencapaian PH, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei lalu bahawa bagi tempoh 10 Mei 2018 hingga 30 April 2019, sebanyak 39 peratus janji 'membina negara dan memenuhi harapan' telah ditunaikan.
Beliau berkata, pencapaian itu diukur melalui status kemajuan sebanyak 464 inisiatif yang berupa dasar dan tindakan-tindakan khusus seperti yang dinyatakan dalam setiap janji.
Setakat itu sebanyak 53 daripada 128 inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan. Sebanyak 283 inisiatif atau 60.99 peratus lagi berada di peringkat perancangan.
Sejak itu kejayaan yang dicapai telah berlipat ganda. Maklumat mutakhir sehingga 30 September lalu menunjukkan sebanyak 101 inisiatif atau 21.77 peratus telah berjaya ditunaikan.
Sebanyak 239 inisiatif atau 51.51 peratus lagi sedang dalam pelaksanaan.
Ia menjadikan pencapaian keseluruhan janji kerajaan sebanyak 73.28 peratus, manakala 124 inisitif atau 26.72 peratus lagi adalah di peringkat perancangan atau belum dimulakan lagi.
Ia adalah prestasi yang cukup baik bagi sebuah kerajaan yang baru mengambil alih selama 17 bulan daripada sebuah kerajaan yang memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan banyak masalah serta kerosakan.
Kita kena ingat bahawa PH tidak berkata semua janji akan ditunaikan serentak.
Ada tiga tempoh masa bergantung kepada jenis janji. Ada yang akan ditunaikan dalam masa 100 hari hingga satu tahun, satu tahun hingga tiga tahun dan tiga tahun hingga lima tahun.
Kalau kita masih ingat, Buku Harapan yang berupa manifesto PH mengandungi lima teras dan lima iltizam khusus, 107 janji dan 464 inisiatif.
Lima teras tersebut adalah meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang iklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.
Lima iltizam khusus pula adalah untuk warga Felda, masyarakat India, wanita, anak muda dan warga emas.
Bagi teras pertama, sebanyak 25 peratus telah ditunaikan, teras kedua (23.81 peratus), teras ketiga (21.43 peratus), teras keempat (31.71 peratus) dan teras kelima (16.42 peratus).
Di sinilah peranan media Malaysia Baharu yang telah dibebaskan daripada belenggu kerajaan kleptokrasi dan 'wahyu Putrajaya' membuat penyiasatan dan pendedahan.
Atau adakah mereka masih takut dan tidak berdaya? Atau menteri PH pun sama juga dengan menteri BN yang tidak toleransi dan manganggap media sebagai orang suruhan?
Saya harap tidak tetapi kalau ada wajib didedahkan. Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/11/sebanyak-101-inisiatif-dalam-buku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Is Failing Reveals Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan Is Failing Reveals Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 239 hits
Lavish living style endemic corruption and greedy tycoons trying to continue today But it is a major challenge and not easy for the present administration and prime minister to dismantle things which have been around for six decades Datuk S...
Pakatan Harapan S Support Is Eroding

Pakatan Harapan S Support Is Eroding

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 263 hits
Backing for Pakatan Harapan in the country s southernmost area seems to be eroding Philip Golingai The Star AT the Tanjung Piai National Park there s a sign where tourists take their photographs to mark that they are standing on the souther...
Guan Eng Admits The Honeymoon For Pakatan Harapan Is Over

Guan Eng Admits The Honeymoon For Pakatan Harapan Is Over

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 323 hits
Guan Eng said the opposite to Pakatan Harapan are Umno and PAS two racist and religious extremist parties Lim Guan Eng has admitted today that there are grouses and unhappiness among DAP s grassroots members amid campaigning for the Tanjung...
Malaysia Can Be Utopia Says Pakatan Harapan

Malaysia Can Be Utopia Says Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 331 hits
Pakatan Harapan Religious Affairs Minister in the prime minister s office Mujahid Yusof said Malaysia can be Utopia an imagined place or state of things in which everything is perfect The Muslim ummah should look for a common ground for Mal...
Peja Azumu Bijak Bermain Api Tanpa Dua Adun Umno Yang Menyokongnya Kerajaan Pakatan Harapan Perak Ranap

Peja Azumu Bijak Bermain Api Tanpa Dua Adun Umno Yang Menyokongnya Kerajaan Pakatan Harapan Perak Ranap

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1058 hits
Setiap kali Pilihanraya Kecil setiap kali itulah kita akan menyaksikan pelbagai kenyataan kenyataan pelik dan kelakar dari pemimpin pemimpin Pakatan Harapan Sama ada kenyataan kenyataan tersebut memang disengajakan atau untuk mengelirukan p...
Free Sim Cards At Harapan Do Mca Cries Foul

Free Sim Cards At Harapan Do Mca Cries Foul

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 234 hits
TG PIAI POLLS MCA has hit out at Pakatan Harapan for distributing free SIM cards at a ceramah last night According to MCA president Wee Ka Siong Celcom prepaid SIM cards were distributed at a ceramah in Tenggayun Is this another planned coi...
Ummi Tak Kuat Chaq Hilang Anak Harapan Ibu Mangsa Rempuhan Bas Redha

Ummi Tak Kuat Chaq Hilang Anak Harapan Ibu Mangsa Rempuhan Bas Redha

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 481 hits
Siapa sangka anak yang selalu membantu dan menjadi harapan keluarga pergi meninggalkan ibu bapa dan keluarga untuk selamanya secara tiba tiba akibat daripada kecuaian orang lain Mangsa kemalangan melibatkan bas di Bayan Lepas semalam Muhamm...
Harapan Lodges Report Against Zahid Over Bicycle Tragedy Remarks

Harapan Lodges Report Against Zahid Over Bicycle Tragedy Remarks

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 271 hits
TG PIAI POLLS Pakatan Harapan has lodged a police report against BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi over on the Johor basikal lajak tragedy court ruling In a statement Johor Harapan Youth chief Taqiuddin Cheman said Zahid questioning the acq...
Maszlee Will Voters Punish Harapan By Voting For Evil

Maszlee Will Voters Punish Harapan By Voting For Evil

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 367 hits
TG PIAI POLLS It is not fair for Tanjung Piai voters to punish a fledgeling Pakatan Harapan government said Education Minister Maszlee Malik Do we want to punish those who are making the country clean of corruption so that is not a kleptocr...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara