Scha Elinnea Pernah Sakit Jiwa Kronik



Scha Elinnea pernah sakit jiwa kronik
BERGELUT dengan masalah kesihatan mental dan didiagnosis sebagai penghidap skizofrenia bukanlah satu hal yang mudah untuk dihadapi pelakon Scha Elinnea.
Satu demi satu simptom yang perlu dihadapinya sebagai pesakit.
Sebut apa sahaja, semua sudah dirasainya sehingga pernah cuba menghilang diri dari ‘radar’ sekeliling untuk satu tempoh sementara.
Sukar tetapi itu yang harus dialami oleh pelakon yang mula dikenali menerusi naskhah Perempuan Tanpa Dosa itu.
Pucuk muda yang mesra disapa sebagai Scha itu mengakui hatinya semakin terbuka berkongsi perihal penyakit yang dihidapi sejak dibangku sekolah.
Akui pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, sebenarnya dia pernah takut berkongsi masalah kejiwaan yang dialami, bimbang menjadi satu bebanan kepada orang lain.

TIDAK mahu terus bergelut seorang diri, Scha mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri bagi membantu memulihkan masalah mental yang dihidapinya.
Teruk tetapi terkawal
“Dahulu saya akui memang takut untuk bercerita tentang kemurungan dan tekanan yang dihadapi tetapi hari demi hari, saya rasakan orang lain perlu mengetahuinya memandangkan penyakit saya juga semakin teruk.
“Kemurungan saya agak teruk berbanding dahulu ditambah pula sudah bergelar selebriti dan di situ bertambah lagi dengan lebih banyak tekanan, namun ini jalan yang saya pilih, hadap sajalah,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Sebagai rutin rawatan, pemilik nama penuh Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen bertemu dengan pakar psikiatri secara berkala setiap bulan.
Tambah anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, gangguan mental kronik memaksanya mendapatkan bantuan pakar sakit jiwa.
“Jika diikutkan, sudah lama saya berdepan dengan penyakit ini. Mungkin ditambah dengan situasi semasa pandemik Covid-19 membuatkan saya banyak berfikir bukan-bukan.
“Selama ini, keadaan agak terkawal, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu semakin teruk sehingga pernah dimasukkan ke hospital.
“Saya tidak boleh tidur dan takut untuk tinggal di rumah seorang diri. Semua itu membuatkan saya cepat rasa cemas dan gelisah sehingga boleh menangis seorang diri.
Mungkin orang yang alami sahaja faham situasi saya,” tuturnya lagi.
Bukan kerana takut perkara mistik, Scha menjelaskan semua simptom tersebut ‘menyerangnya’ secara tiba-tiba sehingga memerlukan seseorang untuk sentiasa ada di sisi bagi menenangkan dirinya, terutama pada waktu malam.
“Saya tidak kisah orang cakap saya mengada-ngada kerana memerlukan teman tidur kerana mereka tidak memahami apa yang saya rasakan.
“Bila ada yang datang menemani seperti kawan baik atau pengurus, rasa lega dan sekurang-kurangnya mereka boleh pantau dan bantu ketika tahap kemurungan sedang teruk,” tuturnya.
Bagi mengurangkan kegelisahan dan kemurungan yang dilaluinya, dia cuba mengelak daripada membaca komen-komen negatif netizen dalam media sosial.
Ujarnya, tindakan tersebut mengundang rasa murung sehingga membuatkan dirinya terlalu banyak berfikir perkara negatif mengenai diri sendiri.
“Sebelum ini memang akan rasa tertekan dan murung bila baca komen-komen netizen. Nampak sahaja saya begini tetapi kadang-kadang ingin tahu juga apa yang netizen tulis.
“Kini, memang saya akan elak perkara-perkara sebegitu demi menjaga kesihatan mental saya,” katanya yang kini perlu mengambil lima jenis ubat bagi membantu mengawal penyakitnya.

Mahu sebar kesedaran
Dalam pada itu, teraju utama drama SiTikTok itu juga berharap perkongsiannya mengenai isu kesihatan mental dapat membuka mata ramai pihak mengenai keseriusan masalah berkenan dalam kalangan masyarakat hari ini.
Katanya, isu kesihatan mental sering dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak terutama yang tidak pernah mengalaminya.
“Ramai lagi yang masih belum sedar tentang impak penyakit ini sebab mereka tidak mengalaminya sendiri.
“Jadi, sebagai salah seorang pesakit, ini tanggungjawab saya untuk menyebarkan kesedaran mengenai penyakit yang semakin hari semakin membiak dalam kalangan masyarakat.
“Jangan pandang remeh atau sisihkan mereka yang mengalami masalah mental, sentiasa ada dan bantulah semampu mungkin walaupun hanya meminjamkan bahu atau telinga,” ujarnya lagi.

Kahwin atau kerja
Sempat ditanya, mungkin sudah sampai waktu Scha perlu mendirikan rumah tangga agar sentiasa ada insan tersayang di sisi, pelakon 23 tahun itu mengakui belum bersedia melangkah ke fasa itu.
Biarpun memerlukan teman tidur, dia belum terfikir untuk berkahwin hanya disebabkan perkara sebegitu.
“Kahwin? Tak terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga. Kalau tentang teman tidur, rasanya kawan baik saya masih ada untuk temankan.
“Ketika ini saya mahu fokus kerja dan bisnes yang diusahakan,” tuturnya yang juga salah seorang pengacara dalam program Master In The House Malaysia. K Online
Scha Elinnea pernah sakit jiwa kronik
Baca Artikel Menarik :
Di Mana-Mana Babi Hutan Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’ Nabila Huda dah patut mati lama dahulu Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15 Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA Layari Laman Facebook MYKMU</a
Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

The post Scha Elinnea pernah sakit jiwa kronik appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/11/scha-elinnea-pernah-sakit-jiwa-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skizofernia Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

Skizofernia Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 160 hits
Skizofernia Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman Pelakon jelita Scha Ellinea memaklumkan bahawa dia menghidap penyakit skizofernia dan insomnia yang teruk sekaligus menjadikan dia sukar untuk tidur pada malam hari Malah lebih membimbangkan apa...
Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 252 hits
Seorang kanak kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Kota Bharu Kelantan Kejadian pada pukul 12 30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa ...
Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis

Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 268 hits
Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula mula bangun dari tidur Sakitnya kadang kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit Makan panadol pun tak jalan Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit sakit tu hila...
Kurangkan Makan Gluten Bantu Atasi Sakit Senggugut Mama Ini Penjelasannya

Kurangkan Makan Gluten Bantu Atasi Sakit Senggugut Mama Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 315 hits
Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu tetapi adakah ia benar berkesan Mencari cara hilangkan sakit senggugut Lebih 80 wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20 darip...
Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 191 hits
Sebut sahaja ekzema pasti ibu yang pernah mengalami anak anak dengan masalah ekzema mengakui akan kepayahannya Semuanya terpaksa diambil kira bukan hanya pemakanan sahaja bahkan aspek lain pemakaian fabrik dan sebagainya perlu diambil kira ...
Makin Ramai Orang Muda Sakit Jantung

Makin Ramai Orang Muda Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 149 hits
GAMBAR HIASAN Kuala Lumpur Sejak sekian lama penyakit berkaitan kardiovaskular kekal sebagai penyebab utama kematian di negara ini dan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah d...
Nak Beli Ubat Untuk Atuk Sakit Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Mohon Maaf

Nak Beli Ubat Untuk Atuk Sakit Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 274 hits
Tular di media sosial tentang kes seorang remaja yang berusia 19 tahun dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid kerana mengaku bersalah cuba mencuri tabung masjid dan sorokkan ke bilik mandi jenazah Menerusi laporan dari Bernama remaja...
Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki Dr Jelaskan Itu Simptom Growing Pains

Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki Dr Jelaskan Itu Simptom Growing Pains

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 171 hits
Bila anak mengadu sakit kaki ibu ayah mungkin pelik kerana simptomnya seperti orang tua pula Bukannya sebab jatuh atau berjalan terlalu lama Tapi tanpa sebab tertentu asyik mengadu sakit kaki terutamanya pada waktu malam Jika ini yang sedan...
Mantan Jaksa Agung Adnan Buyung Tak Pernah Takut Bela Rakyat Kecil

Mantan Jaksa Agung Adnan Buyung Tak Pernah Takut Bela Rakyat Kecil

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 205 hits
Bahkan Adnan Buyung yang terkenal dengan kebiasaan perlente tersebut rela berkorban dari segi materiil maupun moril dalam memperjuangkan sebuah kebenaran
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil