Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki Dr Jelaskan Itu Simptom Growing Pains


Bila anak mengadu sakit kaki, ibu ayah mungkin pelik kerana simptomnya seperti orang tua pula. Bukannya sebab jatuh atau berjalan terlalu lama. Tapi tanpa sebab tertentu, asyik mengadu sakit kaki, terutamanya pada waktu malam.
Jika ini yang sedang berlaku pada anda, kemungkinan besar anak anda sedang dalam fasa tumbesaran. Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka akan mengalami simptom yang dikenali sebagai ‘growing pains’.

5 PERKARA IBU AYAH KENA TAHU TENTANG ‘GROWING PAINS’
1. IA ADALAH NORMAL
Menurut KidsHealth.com, ‘growing pains’ ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak perlu dirisaukan. Lazimnya simptom ini berlaku pada anak berusia antara 3 tahun hingga 12 tahun.
‘Growing pains’ ini boleh membuatkan anak berasa sakit pada kaki, lebih-lebih lagi pada bahagian depan paha, betis, belakang lutut dan keting. Ia juga biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki.
2. PUNCA
Punca kesakitan ini masih tidak diketahui secara tepat. Namun menurut NHS Choices, tiada bukti saintifik yang menunjukkan proses tumbesaran menyebabkan kesakitan. Sebab itulah ada doktor yang lebih selesa menggunakan istilah ‘recurrent nocturnal limb pain in children’.
‘Growing pains’ juga lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang aktif serta kanak-kanak dengan sendi yang longgar dan fleksibel (joint hypermobility). Ia juga biasanya diwarisi daripada keluarga.
3. BAGAIMANAKAH RASA SAKIT YANG DIALAMI OLEH ANAK?
Kesakitan yang dirasakan adalah seperti cramp pada otot. Namun, ia tidak menunjukkan sebarang tanda lain yang boleh dilihat seperti lebam, kemerahan atau infeksi. Kesakitan ini juga sepatutnya tidak mempengaruhi cara anak berjalan.
‘Growing pains’ biasanya bermula sebelum waktu tidur. Walaupun kadangkala anak boleh masuk tidur tanpa sebarang masalah, tapi kesakitan juga boleh berlaku ketika mereka tidur hingga menyebabkan anak terjaga.

4. BILAKAH ‘GROWING PAINS’ AKAN BERHENTI?
Pakar mendapati bahawa kesakitan ini akan berhenti apabila kanak-kanak tidak lagi mengalami ‘growth spurt’. Ini bermaksud simptom ini tidak lagi berlaku apabila anak mencecah usia remaja iaitu sekitar usia 13 tahun.
5. CARA MEMBANTU ANAK MENGURANGI RASA SAKIT
Cara yang paling berkesan adalah dengan memberikan urutan dan menyapukan minyak yang sesuai untuk anak.
Lakukan sedikit regangan seperti meluruskan kaki anak atau melipatkannya agar otot dapat meregang dan menegang.
Selain itu, boleh juga membuat tuaman panas dengan menggunakan ‘heating pad’ pada bahagian yang sakit. Kedua-dua cara ini dapat melegakan rasa sakit yang dialami akibat ‘growing pains’.
PATUTKAH BERJUMPA DOKTOR?
Kebiasaannya keadaan ini bukanlah suatu keadaan serius. Namun, anda boleh mendapatkan pandangan doktor sekiranya rasa sakit kaki yang dialami oleh anak disertai dengan beberapa keadaan lain seperti:
1. Sakit kaki yang terlalu kerap – berlaku setiap malam dan turut berlaku pada waktu siang
2. Sakit pada sebelah kaki sahaja
3. Bengkak, kemerahan atau lebam
4. Demam
5. Kurang selera makan
6. Berjalan tempang / terhincut-hincut
7. Enggan berjalan

Semua simptom ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ia mungkin berkait dengan penyakit lain yang lebih serius. Jadi, ibu ayah perlulah peka dan ambil tahu tentang ‘growing pains’ yang berlaku pada anak-anak.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki, Dr Jelaskan Itu Simptom ‘Growing Pains’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/waktu-malam-anak-mengadu-sakit-kaki-dr-jelaskan-itu-simptom-growing-pains/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena Tak Meragam Betul Ke

Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena Tak Meragam Betul Ke

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 221 hits
Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu ...
Anak Umur Setahun Tak Boleh Jalan Lagi Dr Jelaskan Mungkin Ini Faktornya

Anak Umur Setahun Tak Boleh Jalan Lagi Dr Jelaskan Mungkin Ini Faktornya

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 189 hits
Doktor anak saya dah umur setahun tapi masih belum boleh berjalan Normal tak Kebanyakan kanak kanak sudah mampu berjalan pada sekitar umur antara 12 14 bulan Kanak kanak dikategorikan sebagai kanak kanak yang lewat berjalan sekiranya belum ...
Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay

Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 173 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Diantara umur 12 24 Bulan beberapa perkara yang perlu di beri perhatian ...
Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya

Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 208 hits
Kebelakangan ini anak kerap kencing malam Ibu ayah jangan ambil mudah Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu Anak kerap kencing malam Bed wetting atau enuresis nokturnal adalah masalah kencing tanpa disengajakan semasa tidur ...
Terjah Outlet Baru Sunfeet International Rehabilitation Petaling Jaya Bila Sakit Pinggang Dan Sakit Kaki

Terjah Outlet Baru Sunfeet International Rehabilitation Petaling Jaya Bila Sakit Pinggang Dan Sakit Kaki

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 209 hits
TERJAH OUTLET BARU SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION PETALING JAYA BILA SAKIT PINGGANG DAN SAKIT KAKI Bila dah berumur ini kan jalan sket pun dah sakit kaki Apatah lagi bila berjalan banyak Terus tangkap sakit pinggang huhuhu Tak mahu ce...
Tiap Kali Marah Cakap Degil Nakal Itu Satu Doa Penyebab Anak Keras Kepala

Tiap Kali Marah Cakap Degil Nakal Itu Satu Doa Penyebab Anak Keras Kepala

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 194 hits
Kenapa mama cakap tak dengar ni Situasi begini pastinya sinonim dengan anak kecil Kadang makin dilarang makin anak buat Sampai satu masa ibu bapa terpaksa guna cara kekerasan untuk bagi anak patuh Mengapa anak jadi sedemikian Menurut Dr Tau...
Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 190 hits
Sebut sahaja ekzema pasti ibu yang pernah mengalami anak anak dengan masalah ekzema mengakui akan kepayahannya Semuanya terpaksa diambil kira bukan hanya pemakanan sahaja bahkan aspek lain pemakaian fabrik dan sebagainya perlu diambil kira ...
Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 226 hits
Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit Pastinya tiada bukan Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat Cara mencegah penyakit Pencegahan penyakit adalah bahagian penting...
Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 251 hits
Seorang kanak kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Kota Bharu Kelantan Kejadian pada pukul 12 30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik