Makin Ramai Orang Muda Sakit Jantung


BERNAMA GAMBAR HIASAN Kuala Lumpur: Sejak sekian lama, penyakit berkaitan kardiovaskular kekal sebagai penyebab utama kematian di negara ini dan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.
Pemerhatian pakar pula mendapati semakin ramai golongan muda yang menghidap penyakit yang mendedahkan mereka kepada serangan jantung itu.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Muhammad Dzafir Ismail, lebih membimbangkan ialah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, kebanyakan rakyat mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
"Sepanjang tempoh itu, majoriti rakyat bekerja dari rumah, bermakna mereka menghabiskan hampir sepanjang masa di rumah yang turut menyebabkan pengambilan makanan tidak seimbang secara berlebihan selain kurang beriadah.
"Ramai juga yang berasa tidak bersemangat dan mengalami stres, sekali gus mendorong peningkatan cara hidup tidak sihat seperti merokok," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, Dr Muhammad Dzafir berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, daripada 23 peratus kematian akibat penyakit kardiovaskular itu, sebanyak 16,325 kes atau 15 peratus disebabkan penyakit arteri koronari (CAD).
Jumlah itu merangkumi 11,330 kes atau 69.4 peratus kematian lelaki dan baki 4,995 kes (31.6 peratus) adalah wanita.
"CAD disebabkan oleh pembuluh darah jantung tersumbat. Proses pengumpulan lemak atau aterosklerosis adalah sebab utama penyumbatan pembuluh darah boleh berlaku, di mana bekalan oksigen yang dibawa oleh darah tidak sampai ke kawasan otot jantung. Situasi ini juga dikenali sebagai iskemia yang menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
"Jika dibiarkan berlarutan tanpa dirawat, pesakit akan mengalami serangan jantung yang disusuli kegagalan jantung dan kematian," jelasnya.
Menurut beliau, CAD yang berlaku dalam jangka masa lama juga boleh diburukkan lagi oleh faktor risiko seperti diabetes, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, gaya hidup tidak aktif dan keturunan.
Pada masa sama, Dr Muhammad Dzafir menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada akan simptom CAD, khususnya pada masa sekarang ketika ahli komuniti masih lagi diancam jangkitan Covid-19 selain bencana bah yang melanda di beberapa kawasan di negara ini.
"Antara gejala yang jelas ialah pesakit sering mengadu sakit dada, rasa seperti dihempap di bahagian tengah atau kiri dada. Rasa sakit ini adakala diiringi dengan kebas di lengan kiri, rahang, leher selain berpeluh, loya dan mungkin juga muntah.
"Bagaimanapun, bagi pesakit yang lebih berusia, penghidap diabetes atau wanita, mereka kadang-kadang tidak mengalami rasa sakit seperti ini, sebaliknya rasa sakit ringan, mengah, pengsan atau lesu melampau," jelasnya.
Katanya, dengan mengenali gejala-gejala tersebut, seseorang dapat menyelamatkan nyawa pesakit dengan membawanya mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Sementara itu, Perunding Pakar Bedah Kardiotoraksik di Mahkota Medical Centre Dr Kenny Cheng berkata, terdapat beberapa pilihan pembedahan CAD yang ditawarkan oleh hospital di negara ini dan yang paling popular ialah cantuman pintasan arteri koronari, iaitu mewujudkan saluran baharu bagi memintas kawasan tersumbat.
Tambah beliau, kaedah itu terbukti sangat berkesan, lebih tahan lama dengan keputusan yang lebih baik serta kos efektif untuk jangka panjang berbanding opsyen rawatan yang lain, khususnya bagi pesakit yang mempunyai lebih daripada dua penyumbatan.
"Kaedah terbaik untuk merawat arteri yang tersumbat ialah memintas bahagian yang tersumbat itu menggunakan pembuluh darah sihat yang diambil daripada tubuh pesakit, mungkin sebahagian daripada vena safenus besar di kaki atau arteri di dada atau lengan. Paling biasa digunakan ialah vena safenus kerana mudah dituai selain kepanjangannya," kata Dr Cheng.
Menjelaskan kaedah CABG menggunakan vena safenus besar, beliau berkata aliran darah dapat memintas kawasan penyumbatan menerusi laluan baharu yang wujud daripada cantuman vena di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, penuaian pembuluh darah secara konvensional pada kaki akan menyebabkan luka yang panjang dari buku lali hingga ke paras paha. Ini mungkin menyebabkan pendarahan ketika atau selepas pembedahan, jangkitan pada luka bedah, rasa sakit serta tempoh berada di hospital yang lebih panjang," katanya.
Dr Cheng berkata, ada prosedur invasif minimum ditawarkan untuk menangani masalah tersebut, iaitu penuaian vena endoskopi (EVH) yang hanya memerlukan insisi sepanjang dua hingga tiga sentimeter bagi penuaian pembuluh darah.
"EVH antara kemajuan teknologi yang menjadi kaedah pilihan dalam menuai vena safenus besar.
"Teknik ini melibatkan insisi kecil di belakang sendi lutut dan vena dikeluarkan dengan bantuan kamera endoskopi. Kaedah ini mengelakkan insisi dilakukan sepanjang kaki," jelasnya.
Tambahan pula kata beliau, EVH tidak meninggalkan parut besar selain kurang rasa sakit, sementara risiko terkena jangkitan atau mengalami komplikasi luka bedah pula rendah.
Jelas Dr Cheng lagi, menerusi EVH, potensi mengalami jangkitan dalam kalangan pesakit berisiko tinggi seperti obes atau penghidap diabetes adalah empat kali lebih rendah berbanding pembedahan penuaian terbuka.
"Berdasarkan satu kajian terkini, jumlah kemasukan semula ke hospital dalam kalangan pesakit CABG kerana mengalami jangkitan pada luka insisi adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit yang memilih prosedur EVH," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/makin-ramai-orang-muda-sakit-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 233 hits
Sejak semalam tular sebuah video sepasang suami isteri tampil secara terbuka dengan menafikan tuduhan bahawa mereka merupakan perakam yang menuduh seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk sehingga merempuh beberapa kenderaan yang dip...
Hiburan Isu Pemandu Lori Sakit Jantung Difitnah Mabuk Suami Isteri Mohon Maaf

Hiburan Isu Pemandu Lori Sakit Jantung Difitnah Mabuk Suami Isteri Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 203 hits
Sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin Lelaki berkenaan berkata dia hanya memuatnaik semula vi...
Scha Elinnea Pernah Sakit Jiwa Kronik

Scha Elinnea Pernah Sakit Jiwa Kronik

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 206 hits
Scha Elinnea pernah sakit jiwa kronik BERGELUT dengan masalah kesihatan mental dan didiagnosis sebagai penghidap skizofrenia bukanlah satu hal yang mudah untuk dihadapi pelakon Scha Elinnea Satu demi satu simptom yang perlu dihadapinya seba...
Orang Umno Kekal Bodoh Rupanya Yb Muda Muda Buat Kerja Dia Pulak Melalak Dengan Memfitnah Adoiiii Pokcik Kelaut Rupenya

Orang Umno Kekal Bodoh Rupanya Yb Muda Muda Buat Kerja Dia Pulak Melalak Dengan Memfitnah Adoiiii Pokcik Kelaut Rupenya

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 164 hits
Ada sahabat camp UMNO tak senang saya posting gambar pemimpin muda berkhidmat ketika banjir Rasanya yang tak senang tu sebab gambar yang disiar semua blok pembangkang Masa saya promote geng UMNO Dira Abu Zahar jadi YB di Melaka mereka ok ja...
Fakta Kejadian Banjir Di Taman Sri Muda

Fakta Kejadian Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 273 hits
HAMZAH RIE NAPada 17 Disember 2021 hingga 19 Disember 2021 Negeri Selangor telah menerima taburan hujan luar biasa di antara 100 mm ke 400 mm secara berterusan dan telah mengakibatkan kejadian banjir di 186 kawasan melibatkan 9 daerah di Ne...
Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis

Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 272 hits
Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula mula bangun dari tidur Sakitnya kadang kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit Makan panadol pun tak jalan Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit sakit tu hila...
Kurangkan Makan Gluten Bantu Atasi Sakit Senggugut Mama Ini Penjelasannya

Kurangkan Makan Gluten Bantu Atasi Sakit Senggugut Mama Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 317 hits
Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu tetapi adakah ia benar berkesan Mencari cara hilangkan sakit senggugut Lebih 80 wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20 darip...
Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 193 hits
Sebut sahaja ekzema pasti ibu yang pernah mengalami anak anak dengan masalah ekzema mengakui akan kepayahannya Semuanya terpaksa diambil kira bukan hanya pemakanan sahaja bahkan aspek lain pemakaian fabrik dan sebagainya perlu diambil kira ...
Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED SHAH ALAM Seramai 3 794 mangsa banjir Taman Sei Muda Seksyen 25 masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara di sekitar bandar raya di sini setakat ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharud...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks