Sayyidatina Fatimah Az Zahra Puteri Bongsu Rasulullah




KISAH mengenai ‘Jantung Hati Rasulullah ﷺ’. Dalam sebuah hadith Baginda, Nabi ﷺ menyatakan “Imam Mahdi itu adalah daripada keturunanku dan ia dilahirkan daripada zuriat Fatimah Az-Zahra"

Kisah kehidupan Fatimah Az-Zahra merupakan anugerah yang sangat besar daripada Allah ﷻ buat umat ini untuk sirah kehidupan Baginda Nabi SAW. Ia juga lambang gambaran betapa berjayanya Rasulullah ﷺ mengasuh dan mendidik puterinya. Fatimah Az-Zahra dilahirkan pada tahun pembinaan Kaabah, saat Rasulullah SAW berusia 35 tahun. Beliau lahir 5 tahun sebelum kenabian Rasulullah ﷺ iaitu pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir

Kata Sayyidatina ‘Aisyah “Fatimah Az-Zahra merupakan perempuan yang sangat mirip dengan Rasulullah ﷺ dari segi perlakuan serta tutur katanya. Beliau merupakan orang kesayangan Rasulullah ﷺ dan anak yang membesar di hadapan Baginda. Walaupun beliau dibesarkan dengan penuh kecintaan oleh kedua orang tuanya, namun ia tidak menjadikan Fatimah seorang yang degil dan bongkak bahkan menjadi anak yang sangat taat kepada orang tuanya. Diriwayatkan beliau hidup sangat berdikari. Beliau juga banyak menguruskan rumahtangganya sendirian tatkala suaminya, Saidina Ali keluar berjuang dan berjihad. Beliau juga turut serta besama ayahandanya dalam perjuangan-perjuangan jihad. Diriwayatkan bahawa beliaulah orang yang telah merawat luka Rasulullah ﷺ ketika Baginda mengalami luka di dalam peperangan Uhud

Saat Fatimah az-Zahra meningkat dewasa dan menjadi seorang wanita yang sangat cantik dan indah dipandang. Maka, ramailah para sahabat di kalangan bangsawan dan sahabat-sahabat terkemuka menyatakan hasrat untuk meminangnya. Antara mereka ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Pada tahun ke-8 hijrah Rasulullah ﷺ, Saidina Ali telah menyatakan hasratnya ingin meminang Fatimah Az-Zahra. Maka dengan segera Rasulullah ﷺ bersetuju. Bergembiralah Saidina Ali lantas beliau melakukan sujud syukur. Tatkala Saidina Ali mengangkatkan kepalanya daripada sujud, Rasulullah ﷺ berkata kepadanya “Mudah-mudahan Allah ﷻ memberkati kalian berdua. Untuk kalian dan ke atas kalian. Mudah-mudahan Allah menggembirakan moyang-moyang kalian degan kalian berdua. Mudah-mudahan Allah ﷻ akan mendatangkan zuriat yang banyak yang sangat baik.”
Saat orang ramai termasuk para sahabat telah hadir memenuhi majlis perkahwinan Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali, Rasulullah ﷺ telah menyampaikan khutbah “Segala puji bagi Allah ﷻ yang Maha Terpuji dengan nikmat-nikmat-Nya yang banyak. Tuhan yang telah disembah dan dengan kudrah-Nya telah menjadikan kepada kita perkahwinan merupakan salah satu daripada sebab bersambungnya nasab umat manusia. Bahkan Allah ﷻ yang memerintahkan kita untuk berkahwin untuk meneruskan nasab dan menghubungkan hubungan silaturrahim. Allah ﷻ juga menjadikan perkahwinan itu satu kewajipan yang dituntut kepada hamba-hamba-Nya. Aku bersaksi kepada kalian semua sesungguhnya aku mengahwinkan Fatimah kepada Ali dengan mas kahwinnya sebanyak 400 Misqal Perak.” Lalu dinikahkan Fatimah dan Ali serta dihantar Fatimah ke rumah Saidina Ali pada bulan Ramadan

Beliau dihantar ke rumah suaminya yang hidup dalam keadaan sederhana sehinggakan alas tidur mereka daripada kulit yang dipadati dengan sesabut. Begitu juga segala perkakas-perkakas mereka daripada kulit. Rasulullah ﷺ tidak mampu menahan kerinduan kepada puterinya itu setelah dihantar ke rumah Saidina Ali sehinggakan kerinduan itu membuatkan para sahabat nampak resah dan bimbangnya Rasulullah ﷺ. Pada ketika itu, Rasulullah ﷺ berhasrat membina rumah Fatimah Az-Zahra berdekatan dengan rumah Baginda supaya Baginda dapat sering melihat puteri kecintaan Baginda. Pada ketika itu, rumah yang paling hampir dengan rumah Baginda ialah rumah Harithah bin Nukman daripada Bani Najjar. Apabila Harithah melihat keresahan Baginda ﷺ dan para sahabat bercakap-cakap akan kerinduan Baginda Nabi kepada Fatimah Az-Zahra, maka datanglah Harithah bin Nukman dengan gembira menawarkan rumahnya untuk diberikan kepada Rasulullah ﷺ buat puteri tercintanya itu. Kata Harithah “sesungguhnya hartaku dan kekayaanku yang diambil oleh Baginda Nabi ﷺ lebih aku sukai daripada hartaku dan kekayaanku yang tidak diterima oleh Baginda.”
Baginda ﷺ setiap pagi, sebelum Baginda keluar ke masjid, Baginda akan berada berdekatan dengan pintu rumah puterinya itu dan mendoakan “Salam sejahtera ke atas kalian wahai ahli rumah dan mudah-mudahan Allah ﷻ membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya daripada segala dosa dan noda.” Begitulah sayangnya baginda buat Sayyidatina Fatimah Az-Zahra

Kisah Keperibadian
Suatu ketika Rasulullah sedang duduk di masjid bersama dengan para sahabat, tiba-tiba datang seorang musafir yang kehabisan bekalan. Si musafir berkata kepada Rasul. "Ya Rasulullah, saya lapar sekali, berilah saya makanan. Saya tak punya pakaian kecuali yang saya kenakan, saya tak punya wang untuk bekal pulang. Tolong saya ya Rasul"

Rasulullah ﷺ lalu menjawab "Sayang aku sedang tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepadamu, tetapi orang yang menunjukan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukannya."
Rasulullah ﷺ lalu menyuruh si musafir untuk ke rumah puterinya, Fatimah Az Zahra. "Pergilah ke tempat orang yang dicintai Allah dan Rasulnya, dia lebih mengutamakan Allah dari pada dirinya sendiri, itulah Fatimah puteriku." 
Kemudian Rasulullah ﷺ meminta sahabatnya untuk menghantar musafir ke rumah Fatimah. Ketika di rumah Fatimah, ternyata tidak ada sesuatu yang boleh dimakan, Fatimah juga tidak punya wang untuk diberikan. Fatimah kemudian teringat kalung hadiah pernikahannya dengan Ali. Dengan hati ikhlas Fatimah lalu memberikan satu-satunya harta yang dimilikinya kepada si musafir. "Juallah kalung ini, mudah-mudahan harganya cukup untuk memenuhi keperluanmu," kata Fatimah

Musafir itu lalu kembali ke tempat Rasulullah ﷺ  yang sedang berkumpul dengan sahabatnya dan memperlihatkan kalung yang diberikan Fatimah kepadanya. Rasulullah ﷺ begitu terharu dan tak berkuasa menahan tangis, puteri tercintanya rela memberikan satu-satunya harta yang dimiliki untuk membantu si musafir itu

Salah seorang sahabat bernama Ammar bin Yasir mengajukan diri untuk membeli kalung itu. "Berapa hendak kau jual kalung itu?" tanya Ammar bin yasir kepada si musafir

"Aku akan menjualnya dengan roti dan daging yang bisa mengenyangkan perutku, sebuah baju penutup tubuhku dan wang 10 dinar untuk bekalku pulang". Ammar lalu membeli kalung itu dengan harga 20 dinar emas, ditambah sebuah baju, serta seekor unta untuk tunggangan si musafir

Setelah itu Ammar berkata kepada budaknya yang bernama, Asham. "Wahai Asham, pergilah menghadap Rasulullah ﷺ dan katakan aku menghadiahkan kalung ini dan juga engkau kepadanya. Jadi mulai hari ini kamu bukan budakku lagi tetapi budak Rasulullah ﷺ."
Rasulullah ﷺ yang menerima pesan Ammar tersenyum dan melakukan hal yang sama. Fatimah begitu berbahagia menerima hadiah kalung dari ayahandanya, meskipun dia tahu kalung itu adalah kalung miliknya yang diberikan kepada musafir. Dia juga mendapat hadiah seorang budak

Fatimah yang berhati lembut bukan berbahagia mendapatkan budak, dia justru membebaskan Asham dan menjadikan Asham manusia merdeka. Asham begitu gembira kerana dirinya tidak lagi menjadi budak suruhan. Dia tersenyum dan tertawa hingga membuat Fatimah bingung. Asham lalu berkata

"Aku tertawa kerana kagum dan takjub akan berkah kalung itu. Kalung itu telah mengenyangkan orang yang lapar, telah menutup tubuh orang yang telanjang, telah memenuhi hajat seorang yang fakir dan akhirnya telah membebaskan seorang budak," jawab Asham

Wallahu A'lam
HANYA KONGSISemoga Ianya Bermanfaat
FB Hanya Kongsi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/08/sayyidatina-fatimah-az-zahra-puteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Wasiat Rasulullah Kepada Anaknya Fatimah

10 Wasiat Rasulullah Kepada Anaknya Fatimah

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 705 hits
10 Wasiat Rasulullah Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra Rasulullah memiliki empat orang puteri iaitu Zainab Ruqayah Umu Kalsum dan Fatimah Fatimah az Zahra merupakan puteri bongsu dan memang anak kesayangan Rasulullah s a w sebagaimana yang ...
Tiap Malam Tidur Bersama Anak Bongsu Meraung Kucing Kesayangan Dilanggar Depan Rumah

Tiap Malam Tidur Bersama Anak Bongsu Meraung Kucing Kesayangan Dilanggar Depan Rumah

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 401 hits
MERAUNG kami dua beranak luah seorang wanita mengenai kisah duka dia dan anaknya kehilangan haiwan kesayangan mereka pada Jumaat lalu Kisah itu bertambah pilu apabila Rohainor Muzamir 30 memuat naik foto anak bongsunya Sayangku Qaisara Muha...
Foto Wajah Terkini Anak Anak Pasangan Beckham Yang Bongsu Paling Cute

Foto Wajah Terkini Anak Anak Pasangan Beckham Yang Bongsu Paling Cute

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 297 hits
Siapa yang tidak mengenali lagenda bola sepak antarabangsa dari England bernama David Beckham Bukan sahaja terkenal dengan menyarungkan jersi bernombor 7 setiap kali perlawanan David juga amat dikenali dengan mempunyai keluarga yang sangat ...
Iskandar Puteri Food Fiest

Iskandar Puteri Food Fiest

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 400 hits
ISKANDAR PUTERI FOOD FIESTA Date 30 August 2019 Time 5pm 12am Venue Puteri Harbour Firework Performances Bazaar Food Trucks Food Stalls Merdeka 62nd Countdown FREE Admission IPFOODFiESTA 5 total views 5 views today
Beli Barangan Muslim Zaman Rasulullah Yang Memecah Monopoli Yahudi

Beli Barangan Muslim Zaman Rasulullah Yang Memecah Monopoli Yahudi

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 595 hits
Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka Sebaliknya mereka hanya bersehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru Suasana ekonomi di Madinah pada ketika i...
Tahun Baru Islam 1 Muharram 1441 H Jatuh Tanggal 1 September 2019 Simak Amalan Yang Dianjurkan Rasulullah

Tahun Baru Islam 1 Muharram 1441 H Jatuh Tanggal 1 September 2019 Simak Amalan Yang Dianjurkan Rasulullah

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 416 hits
Tak lama lagi penanggalan Islam membuka lembaran baru Tahun Baru Islam 1441 Hijriyah atau 1 Muharram 1441 H segera tiba 1 Muharram 1441 H akan jatuh pada hari Minggu 1 September 2019 Satu Muharram juga selalu dibarengi dengan peringatan 1 S...
Biodata Rasulullah Saw

Biodata Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 351 hits
Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim Nama ib...
Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 719 hits
Gambar Hiasan1 RASULULLAH pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekana...
Mimpi Dicium Rasulullah Saw Karena Banyak Bersholawat

Mimpi Dicium Rasulullah Saw Karena Banyak Bersholawat

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 275 hits
Al Imam Ass Syadzili suatu hari bermimpi dicium bibirnya oleh Rasulullah SAW Maka beliau berkata Wahai Rasulullah SAW Kenapa kau mencium bibirku padahal ia banyak dosa Maka Rasulullah SAW menjawab Aku tidak mencium bibir seseorang kecuali i...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game