Tiap Malam Tidur Bersama Anak Bongsu Meraung Kucing Kesayangan Dilanggar Depan Rumah
“MERAUNG kami dua beranak,” luah seorang wanita
mengenai kisah duka dia dan anaknya kehilangan haiwan kesayangan mereka
pada Jumaat lalu.
Kisah itu bertambah pilu apabila Rohainor Muzamir, 30, memuat naik
foto anak bongsunya, Sayangku Qaisara Muhammad Nazaruddin, 4, yang
sedang memangku bangkai haiwan berkenaan sambil menangis.
Bercerita kepada mStar, Rohainor mengakui dia sekeluarga cukup terkesan dengan pemergian kucing yang diberi nama Tuah itu.
“Seminggu sebelum kematian, kami bawa Tuah operate buang mata kanan. Mata dia rosak sebab kena langgar.
Keakraban Qaisara dengan Tuah.
“Patutnya hari Jumaat tu nak pergi buka jahitan, tapi pagi tu juga
dia kena langgar sekali lagi kat depan rumah. Mati depan mata saya,”
ujarnya sewaktu dihubungi.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Qaisara sememangnya rapat dengan Tuah sejak ia dibela sekitar penghujung tahun lepas.
Malah, dia menyifatkan haiwan itu sebagai penyeri keluarganya dan tidak pernah membawa sebarang masalah untuk mereka.
Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah.
ROHAINOR MUZAMIR
“Setiap petang mereka naik basikal berdua, Qaisara akan bawa Tuah dalam bakul, jalan-jalan.
“Tidur sekali, berdua. Setiap malam mereka tidur bersama. Bila tengok dia menangis pangku Tuah masa nak tanam, saya pun memangis. Meraung kami dua beranak.
Rohainor sekeluarga.
“Kami tanam kat kawasan depan rumah. Nak tanam pun dia macam tak bagi. Dia tanya, bila Tuah nak bangun?
“Setiap hari anak saya pergi tengok kubur Tuah, siram air,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penularan kisah sedih Qaisara yang kehilangan kucing kesayangannya turut menarik perhatian ramai netizen.
Aksi comel Qaisara bersama Tuah.
Malah, beberapa individu turut menghubungi Rohainor untuk memberi kucing secara percuma sebagai ganti kepada Tuah.
“Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah.
“Tapi anak saya tetap nak Tuah, dia kata rindu Tuah. Kucing kami memang baik. Dia selalu teman saya buat roti.
Kata Rohainor, Tuah sering menemaninya bersengkang mata dalam menyiapkan kuih-muih jualannya.
“Malam-malam kalau saya tak tidur buat roti, dia pun tak tidur juga,” jelasnya lagi.
Rozainor merupakan pengusaha makanan. Selain roti, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor turut menghasilkan pelbagai jenis kuih termasuklah pau sambal yang laris menerima sekitar 500 biji tempahan setiap hari.
MSTAR
The post Tiap malam tidur bersama, anak bongsu meraung kucing kesayangan dilanggar depan rumah appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/tiap-malam-tidur-bersama-anak-bongsu-meraung-kucing-kesayangan-dilanggar-depan-rumah/