10 Wasiat Rasulullah Kepada Anaknya Fatimah
10 Wasiat Rasulullah Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra - Rasulullah memiliki empat orang puteri iaitu Zainab, Ruqayah, Umu Kalsum dan Fatimah. Fatimah az-Zahra merupakan puteri bongsu dan memang anak kesayangan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam hadith Shahih: “Fatimah adalah sepotong dariku. Aku merasakan apa yang dirasakannya dan aku juga membenci apa yang dibencinya.” Bahkan dalam senarai 4 wanita terbaik dan salah seorang mereka adalah Fatimah. Tiga yang lainnya adalah Maryam, Aisyah dan Khadijah sebagaimana disebutkan dalam kitab Fadhail Muslim, Thabaqat Ibnu Saad, Isti’ab serta dalam Ishabah.
Mana ada ayah yang tak sayang anak. Ya tak? Hinggakan Allah letakkan di tempat yang istimewa bagi seorang ayah yang menyayangi dan mengasihi anak-anak perempuannya. Maka setiap ayah mesti kena rebut keistimewaan itu. Jangan abaikan anak-anak perempuan anda.
10 Wasiat Rasulullah Kepada Anaknya Fatimah Az Zahra
Mari renungkan nasihat dan wasiat Rasulullah kepada puteri bongsunya, Fatimah Az Zahra. Agar ia menjadi panduan kepada kita yang bergelar wanita
1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang
4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti
5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah
6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat
7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah
8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih
9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini
Selamat membaca, segala yang baik kita sebarkan untuk menjadikan kita wanita yang berilmu..., kerana 10 wasiat rasulullah kepada anaknya Fatimah Az Zahra umpama titipan nasihat kepada kita juga untuk mengharungi kehidupan berkeluarga ini
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/08/10-wasiat-rasulullah-kepada-anaknya.html