Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun


Tercekik makanan adalah perkara berisiko untuk terjadi kepada anak kecil, terutamanya di bawah usia 4 tahun. Tetapi adakah anda tahu untuk mengenal pasti jenis makanan yang harus dielakkan?

Potensi anak tercekik makanan
Biasanya anak mungkin bersedia untuk menerima makanan seperti puri, yang tidak memerlukan kunyahan apabila mereka sudah mampu untuk menyeimbangkan kepala dan dapat duduk dengan sokongan.
Si manja berusia 6 hingga 12 bulan masih belajar cara untuk mengunyah dan menelan makanan. Ini bermakna mereka berisiko untuk tersedak.
Disebabkan itu, adalah penting untuk anda memerhatikan apa yang anak makan dan masukkan ke dalam mulutnya.
Cara penyediaan dan jenis makanan yang diberikan boleh meningkatkan risiko untuk anak tercekik makanan.
Sesetengah makanan yang dihidangkan adakalanya tidak dimasak, dihidangkan dalam potongan besar dan bentuk tertentu menjadikan masalah tersedak makanan dalam kalangan kanak-kanak lebih cenderung terjadi.
Memotong makanan dalam potongan lebih kecil pastinya dapat mencegah masalah tersedak dan tercekik.
Saluran pernafasan tersumbat
Sebagai ibu bapa, memikirkan tentang risiko tercekik makanan, sudah tentu akan menyebabkan anda berasa risau, kan?
Usah bimbang, di sini Hello Doktor senaraikan 9 jenis makanan berisiko tercekik dan tersedak yang harus dielakkan, khususnya jika si manja berusia kurang daripada 4 tahun.
Sosej
Ia antara makanan yang paling suka diberikan kepada anak. Namun ia amat berisiko menyebabkan tercekik kerana bentuknya seperti tiub dan mampat isinya.
Jika anda masih ingin berikan sosej, apa kata anda potong makanan tersebut secara memanjang dan kecil.
Potongan daging
Pastikan daging diberikan dalam saiz gigitan yang kecil dan mudah dikendalikan oleh bayi atau anak kecil.
Sebaiknya elakkan daripada kepingan besar kerana anak cenderung mengigit pada kadar yang tidak sepatutnya. Ia boleh menyukarkan mereka untuk mengunyah atau menelan.
Buah anggur
Umumnya, buah ini memang baik untuk bayi selagi ia disediakan dengan cara yang betul. Bagaimana?
Jika anda selalu memberikan si manja sebiji anggur secara keseluruhan, ia SALAH. Sepatutnya anggur perlu dipotong memanjang dan kecil.
Kulit anggur juga boleh menyebabkan anak mengalami masalah tercekik makanan, jadi sebaiknya kupaskan kulitnya terlebih dahulu.
Gula-gula
Kebanyakan gula-gula dihasilkan dalam tekstur yang keras. Jenis makanan seperti itu membuatkan anak berisiko tercekik apabila ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Gula-gula getah
Jangan terkejut, ada ibu bapa yang memberikan si kecil chewing gum.
Sudah tentu makanan sebegitu berbahaya kerana boleh menyekat saluran udara kanak-kanak serta mengakibatkan tersedak dan tercekik.
Kekacang & bijian
Tidak dinafikan ia jenis makanan yang sihat dan baik.
Pun begitu, ia adalah makanan yang cenderung menjadi punca anak tercekik kerana si kecil tidak mampu mengunyahnya dengan baik.
Anda harus sedar bahawa gigi geraham bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun mungkin belum tumbuh lagi, malahan mereka masih belajar untuk mengunyah. Jadi elakkan, okay?
Bertih jagung
Siapa yang tidak sukakan popcorn? Rasanya yang manis pasti boleh menambat hati anak kecil.
Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai diberikan kerana ketidakupayaan mereka untuk mengunyah.
Apa kata anda tunggu sehingga si manja berusia 4 tahun dan ke atas sebelum memberikannya kepada mereka?
Mentega kacang
Tekstur jenis makanan ini boleh menyebabkan anak berdepan masalah tercekik makanan seperti memakan gula-gula keras atau chewing gum.
Ia boleh menyekat saluran pernafasan mereka.
Sayuran mentah
Bagus jika anak suka memakan sayuran.
Tetapi pemberian sayuran mentah dalam potongan boleh mengakibatkan anak tersedak. Jadi berikan dalam saiz potongan yang lebih bersesuaian.
Kebanyakan anak suka makan sambil berjalan atau bergerak tetapi dengan 10 jenis makanan disenaraikan di atas, ia boleh meningkatkan risiko untuk mereka mengalami masalah tercekik makanan.
Pastikan anda duduk dengan baik dan elakkan daripada menjadi terlalu aktif semasa makan. Risiko akan meningkat sekiranya mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika makan.
Aktiviti berintensiti tinggi seperti berjalan, berlari mahupun bercakap haruslah dielakkan.
Mencegah risiko tercekik makanan
Cara paling baik untuk menghindari daripada tercekik atau tersedak makanan adalah untuk menunggu sehingga si manja dapat duduk di kerusi dengan betul sebelum memperkenalkan makanan pejal.
Elakkan jenis makanan berisiko dan pastikan setiap makanan besar dipotong kepada saiz yang lebih kecil.
Sentiasa awasi anak anda ketika makan. Jangan asyik leka menghadap phone pula, ya?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sayur-mentah-antara-makanan-yang-mudah-tercekik-untuk-anak-bawah-4-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 471 hits
Mommy cakap tak baik baling barang Marah si ibu pada anaknya yang berusia 11 bulan Baginya perbuatan membaling barang adalah sesuatu yang tidak patut dan biadap Tetapi sebenarnya ada perkara yang menyebabkan si kecil tersebut membaling bara...
Anak Muda Punk Di Ipoh Beri Makanan Percuma Untuk Gelandangan

Anak Muda Punk Di Ipoh Beri Makanan Percuma Untuk Gelandangan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 384 hits
Segelintir masyarakat masih ada yang memandang sinis terhadap golongan muda yang berpakaian punk Berpakaian serba hitam pengikut sub budaya itu kali ini turun ke bandar Ipoh membawa beberapa beg plastik mengandungi bungkusan makanan untuk d...
Jangan Biarkan Anak 5 Tahun Pakai Singlet Pakai Tudung Keluar Rumah Betulkan Yang Salah

Jangan Biarkan Anak 5 Tahun Pakai Singlet Pakai Tudung Keluar Rumah Betulkan Yang Salah

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 441 hits
Hal menguruskan diri sangat penting diajar kepada anak anak Walaupun mereka sedaya upaya ingin memilih sendiri pakaian untuk dipakai namun kita sebagai ibu bapa harus membetulkan perkara yang salah Di fasa kanak kanak mereka masih keliru un...
Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 471 hits
Anak anugerah terbesar buat kita menjadi seorang ibu bapa Waktu usia anak 0 6 tahun raikanlah mereka dengan penuh gembira Manfaatkan masa dengan mereka kerana waktu kecilnya hanya sekali saja Bila dah berlalu fasa usianya 6 tahun anda akan ...
Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 380 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
Bila Masuk Umur 2 Tahun Anak Akan Rasa Dia Juga Boleh Buat Pilihan Bukan Dia Degil

Bila Masuk Umur 2 Tahun Anak Akan Rasa Dia Juga Boleh Buat Pilihan Bukan Dia Degil

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 476 hits
Sebagai ibu bapa terkadang kita selalu menyangka anak kita akan sentiasa mendengar kata dan mudah untuk dikawal Tahukah anda bahawa anak anak juga mempunyai fasa fasanya yang tertentu dan mereka dalam proses untuk membentuk diri mereka send...
2 Deria Ni Punca Anak Memilih Makanan Mak Ayah Perlu Kenal Pasti

2 Deria Ni Punca Anak Memilih Makanan Mak Ayah Perlu Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 400 hits
Pening kepala dibuatnya bila semua makanan yang disediakan ditolak mentah mentah oleh anak Puas mama berkreatif mencuba segala resipi dan mempersembahkan mengikut kreativiti penuh warna namun hasilnya anak masih tetap tidak mahu makan Malah...
Selamat Dilahirkan 10 10 20 Shah Iskandar Timang Anak Sulung Selepas 4 Tahun

Selamat Dilahirkan 10 10 20 Shah Iskandar Timang Anak Sulung Selepas 4 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 286 hits
Nikmat yang cukup membahagiakan Selepas empat tahun berkahwin dan menanti zuriat kehadiran Yusuf menjadi pelengkap bahagia kami Hadirnya menyuntik rasa cinta yang penuh nikmat ketika kita semua berdepan dengan ujian pandemik COVID 19 Insya ...
Pes Tomato Penyedap Makanan Sesuai Masak Menu Special Anak 6 Bulan Ke Atas

Pes Tomato Penyedap Makanan Sesuai Masak Menu Special Anak 6 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 411 hits
Mommy yang ada anak usia 6 bulan dan mula makan pasti dah macam macam senarai makanan nak bagi pada anak kan Cumanya cara penyediaan untuk setiap menu tu perlu juga ada kreativiti untuk pastikan anak bosan makanan yang sama Bagi yang baru p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba