Jangan Biarkan Anak 5 Tahun Pakai Singlet Pakai Tudung Keluar Rumah Betulkan Yang Salah


Hal menguruskan diri sangat penting diajar kepada anak-anak. Walaupun mereka sedaya upaya ingin memilih sendiri pakaian untuk dipakai, namun kita sebagai ibu bapa harus membetulkan perkara yang salah. Di fasa kanak-kanak, mereka masih keliru untuk membuat keputusan.
Jika dibiarkan kanak-kanak membuat keputusan tanpa di pantau, kelak mereka akan membesar dan tetap merasa perkara salah itu betul. Jadi adakah kita ingin biarkan anak kita melakukan kesilapan atau kita sendiri yang mendidik anak untuk memperbaiki kesilapan? Ikuti perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi,  Pediatric Occupational Therapist.

BIARKAN ATAU BETULKAN?
Anak umur bawah 2 tahun pakai seluar pendek + singlet + tudung DI DALAM rumah = Mummy tutup mata
Anak umur atas 3 tahun pakai seluar dalam di luar + singlet + kopiah pergi rumah saudara =
Anak umur 5 tahun pilih pakai baju tidur pergi ke kenduri kahwin =
Meh saya nak cerita tentang perkembangan urus diri anak dari sudut skil memakai baju (dressing skill) memandangkan baru-baru ini tular tentang isu memberi kebebasan anak memilih pakaian baju walaupun tak bersesuaian atas sebab meningkatkan keyakinan diri.
Saya tidak mahu komen lebih lanjut sebab setiap profession mempunyai pandangan dan cara yang berbeza dan saya raikan perbezaan pendapat.
Tetapi sebagai Terapis Cara Kerja, skil urus diri adalah menjadi keutamaan kami tak kiralah semasa mengendalikan terapi kes kelewatan perkembangan kanak-kanak mahupun kes pesakit stroke dewasa.
Seperti biasa, setiap skil perkembangan anak ada tahapnya mengikut umur anak. Sepatutnya normal anak yang berumur 6 tahun dan ke atas sudah boleh memilih pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti. Jadi, pembelajaran skil memakai pakaian adalah dari 1 – 6 tahun.
Jom kenalpasti umur dan tahap perkembangan yang perlu anak capai!
SKILL MEMAKAI DAN MEMBUKA PAKAIAN 1-6 TAHUN
1 – 2 TAHUN
– Beri kerjasama semasa memakai atau membuka pakaian.
– Buka pakaian yang longgar (topi, stokin dll).
– Memakai topi.
– Membantu menolak tangan semasa memakai baju.
2 – 3 TAHUN
– Membuka jaket, kasut dan seluar jenis elastik.
– Membantu semasa memakai stokin.
– Membuka butang jenis besar.
3 – 4 TAHUN
– Memakai dan membuka kasut jenis sarung.
– Memakai stokin walaupun terbalik.
– Memakai dan membuka zip.
– Memakai baju sendiri tetapi perlukan pantauan untuk kenalpasti depan dan belakang baju.
– Anggaran anak boleh buat 50% skil pakai dan buka pakaian.
4 – 5 TAHUN
– 100% boleh memakai dan membuka pakaian (seluar dan baju)
– Memakai stokin dengan betul
– Boleh kenalpasti depan dan belakang baju.
– Memakai tali pinggang.
🧍‍ 5 – 6 TAHUN 🧍‍
– Memakai butang jenis besar di belakang baju.
– Membuat ikatan simpul.
– Memakai zip di bahagian belakang baju.
– Memilih pakaian yang bersesuaian mengikut cuaca, aktiviti dan keadaan.

Walaupun 90% perkembangan otak anak adalah semasa 5 tahun ke bawah dan ini adalah fasa emas untuk anak belajar, tetapi membetulkan anak bila salah tidak semestinya akan buat pemikiran daya kreatif dan keyakinan anak runtuh jika cara mengajar itu sendiri betul.
Bahagian ini mak ayah kena betul-betul faham sebab saya risau mak ayah tersalah tafsir.
Anak yang berumur 6 tahun ke bawah memang normal akan selalu buat salah.
-Pakai kasut terbalik. 🩴
-Pakai baju terbalik.
-Salah pilih baju.
-Tak tahu adab.
-Salah penggunaan bahasa.
-Pelat.
Tetapi itulah tugas kita sebagai mak ayah iaitu mengajar dan didik anak apa yang perlu diperbetulkan sebab kena ingat yang adab juga perlu diajar sewaktu dalam fasa ini, cuma jangan melebih-lebih semasa menghukum anak bila buat silap.
Contohnya, dari segi pemilihan pakaian. Tak salah anak pakai baju berlapis-lapis mahupun seluar dalam di luar seluar pun tak mengapa asalkan dia tahu limit berkreatif pakai pelik-pelik hanya di dalam rumah bersama keluarga bukan ke kenduri kahwin.
Dalam memberi kebebasan pada anak, penting juga ajar anak limit dalam berpakaian, bergurau, berkreatif dan bermain. Tak patut biarkan sekiranya anak dah melangkaui batas, contohnya;
-Pijak atau langkah makanan,
-Pukul atau buli kawan,
-Gurau baling barang dekat muka mak ayah,
Ada banyak cara lain lagi untuk merangsang “executive function” yang kita boleh buat. Jangan risau
Jadi, tips saya untuk mak ayah membantu anak dalam skil pakai dan buka pakaian:
1. Tarik minat anak untuk belajar dan buka pakaian sejak anak sudah pandai duduk (kebiasaannya 6 bulan ke atas).
2. Jadikan aktiviti rutin pakai dan buka baju sesuatu yang seronok. (Boleh tingkatkan kosakata anak dan bonding dengan anak semasa ini).
3. Beri anak MASA untuk belajar.
– Bahagian ini paling penting dan mencabar sebab biasanya setiap kali nak keluar mesti kita mak ayah nak cepat-cepat siap.
– Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk tunggu anak siap. Pengalaman sendiri, biasanya saya akan minta anak mandi dan pakai baju sendiri dahulu sambil buat perkara lain, anak dah siap baru saya siap.
4. Ajar anak “step by step” mengikut tahap umur anak.
5. Beri anak kebebasan untuk memilih baju yang dia suka beli atau pakai.
– Kalau saya, kasut tinggi untuk anak perempuan umur 6 tahun ke bawah “big no no” sebab boleh menyebabkan risiko masalah postur tubuh dan sakit tulang belakang di masa akan datang.
– Bila anak dah umur 4 tahun, boleh sikit-sikit mula ajar anak etika pemakaian yang sopan sebab risau dengan isu pedofilia dan ajar juga perasaan malu untuk mendedahkan bahagian anggota badan pada orang lain walaupun ahli keluarga sendiri.
– Penting juga ajar anak bezakan pemakaian mengikut jantina lelaki dan perempuan.
Inilah sebab kenapa artikel saya biasanya panjang sebab saya tidak mahu pembaca salah tafsir info, lagi-lagi berkaitan isu parenting.
Bila dah habis baca, mak ayah rasa patut betulkan atau biarkan?
Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat untuk mak ayah lain.
Kredit:Maryam Jamadi|Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Biarkan Anak 5 Tahun Pakai Singlet & Pakai Tudung Keluar Rumah. Betulkan Yang Salah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-biarkan-anak-5-tahun-pakai-singlet-pakai-tudung-keluar-rumah-betulkan-yang-salah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 397 hits
BUAI ANAK DIRUMAH SAJA JANGAN DI KERETACredit photo Assalamualaikum Just a very quick post for today Mamy nak pesan sikit kat moms and dads out there yang berhajat nak guna pakai this hacks yang mana mak terlebih kreatif memasanga endoi ata...
Pergi Rumah Orang Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik Jangan Terus Buang

Pergi Rumah Orang Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik Jangan Terus Buang

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 589 hits
Adab berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil tak boleh diambil ringan Sebagai ibu bapa kena peka hal ini Lagi lagi jika anak kita dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunj...
Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 299 hits
Dua tiga hari lepas aku ada terbaca status Rakan Blogger Safura berkongsi tentang nasihat doktor yang tidak menggalakkan penggunaan smartphone dengan kerap oleh anak anak Sebab
Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 394 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam

Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 268 hits
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama Apa bezanya Susu ...
Marah Anak Jangan Berlebih Emosi Anak Terkesan Pakar Otak Kongsikan Caranya

Marah Anak Jangan Berlebih Emosi Anak Terkesan Pakar Otak Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 288 hits
Kita akui sebagai ibu bapa ada waktunya kesabaran kita terduga Ada waktunya kita tidak mampu menahan sabar untuk memarahi anak anak Jangan biarkan emosi sebegini terus menjerat diri kita Kegagalan kita mengawal kemarahan ini akan memburukka...
Hati Hati Buibu Jangan Pernah Curhat Masalah Rumah Tangga Ke 5 Orang Ini Bahaya

Hati Hati Buibu Jangan Pernah Curhat Masalah Rumah Tangga Ke 5 Orang Ini Bahaya

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 326 hits
Dear Pakbapak Buibu bukannya bikin lega curhat sama orang orang ini justru berpotensi membawa petaka
Hiburan Mak Pernah Cakap Kalau Dia Mati Jangan Datang Kubur Penyanyi Zynakal Akui Dirinya Bukan Anak Yang Baik

Hiburan Mak Pernah Cakap Kalau Dia Mati Jangan Datang Kubur Penyanyi Zynakal Akui Dirinya Bukan Anak Yang Baik

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 598 hits
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dihadapi tambah tambah jika ianya melibatkan ibu bapa Penyanyi dan komposer muda Zynakal yang baru saja kehilangan ibunya tersayang Allahyarham Zuridah Ibrahim ternyata tela...
Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 471 hits
Mommy cakap tak baik baling barang Marah si ibu pada anaknya yang berusia 11 bulan Baginya perbuatan membaling barang adalah sesuatu yang tidak patut dan biadap Tetapi sebenarnya ada perkara yang menyebabkan si kecil tersebut membaling bara...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti