Anak Muda Punk Di Ipoh Beri Makanan Percuma Untuk Gelandangan




Segelintir masyarakat masih ada yang memandang sinis terhadap golongan muda yang berpakaian punk.
Berpakaian serba hitam, pengikut sub-budaya itu kali ini turun ke bandar Ipoh membawa beberapa beg plastik mengandungi bungkusan makanan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Jurucakapnya Rozaiman Salahuddin berkata, mereka merupakan sebahagian ahli Food Not Bombs, kumpulan yang memberi makanan berasaskan sayur-sayuran dan tidak berdaging.
Katanya pertama kali mengedarkan makanan pada 2 Jun lalu apabila mereka menyiapkan 20 peket bihun.
“Pada mulanya kami mahu mencuba, bermula di sekitar Medan Selera Dato Tahwil Azar kira-kira pukul 8 malam.


“Namun setibanya kami di kawasan tempat parkir kereta, kami gagal menemui gelandangan,” katanya kepada Malay Mail.
Tidak berputus asa, pemuda berusia 35 tahun itu berkata beliau dan rakan-rakan memandu sekitar bandar pada malam itu untuk mencari gelandangan.
“Kami akhirnya berjaya jumpa tiga orang, mereka tidur di depan bank Jalan Sultan Idris Shah dan memberi mereka bungkusan makanan serta minuman,” katanya.
Bermula dengan 20 peket, kini kumpulan punk di Ipoh mengedarkan 80 peket makanan kepada golongan yang memerlukan.
Bermula dengan 20 peket, kini kumpulan punk di Ipoh mengedarkan 80 peket makanan kepada golongan yang memerlukan.
Kini, mereka menjadikan Jalan Datuk Onn Jaafar sebagai tapak agihan makanan, namun tidak mempunyai masa yang tetap.
“Kumpulan kami termasuk isteri saya adalah pekerja makan gaji. Kami perlu memastikan kerja kami selesai sebelum menjalankan program bantuan makanan,” kata Rozaiman yang berkerja sebagai tukang kimpal di sebuah kilang di Chemor.
Namun beliau berharap kekangan itu dapat diatasi memandangkan semakin ramai pihak yang tampil mahu membantu mereka mengagihkan makanan.
Ditanya tujuan mereka melakukan kerja-kerja amal itu, Rozaiman berkata mereka mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa golongan punk seperti mereka juga mempunyai perasaan.
“Kami bukan semata-mata melawan,” kata bapa kepada anak lelaki berusia lapan tahun.
Katanya mereka banyak menerima komen negatif, salah satunya daripada seorang wanita yang menyuruh mereka “berpakaian elok” dan bukannya serba hitam jika mahu melakukan amal kebaikan.
Kumpulan itu mengalu-alukan sumbangan dana untuk meneruskan program itu. Beliau boleh dihubungi melalui https://www.facebook.com/je.man2.
Kumpulan itu juga menjual baju T untuk mengumpul dana program.
“Sehelai baju dijual pada harga RM23, RM3 daripadanya akan disalurkan ke program itu,” katanya.
SUMBER


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/anak-muda-punk-di-ipoh-beri-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun

Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 270 hits
Tercekik makanan adalah perkara berisiko untuk terjadi kepada anak kecil terutamanya di bawah usia 4 tahun Tetapi adakah anda tahu untuk mengenal pasti jenis makanan yang harus dielakkan Potensi anak tercekik makanan Biasanya anak mungkin b...
Pusat Asuhan Percuma Anak Frontliners

Pusat Asuhan Percuma Anak Frontliners

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 178 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Dr Aliakbar bercadang menyediakan pusat asuhan khas untuk anak petugas barisan hadapan secara percuma bagi membantu mereka kerana sedang berusaha memerangi wabak koronavirus di Sabah Bagaimanapun Aliakbar berkata ...
Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 449 hits
Nak menyimpan dalam jumlah yang banyak sehingga 5 angka bukanlah perkara senang terutama bagi mereka yang berpendapatan biasa biasa Tapi ianya tidak mustahil Kami kongsikan perkongsian
Wahai Anak Muda Peka Lah Pada Isu Politik

Wahai Anak Muda Peka Lah Pada Isu Politik

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 244 hits
Kalau kita tak peduli akan politik apa berlaku kita tak peduli Tampuk tampuk pemerintahan akan dipenuhi oleh orang orang jahat Kalau takde pejuang pejuang reformasi dalam negara kita Hari ni pastinya rakyat Malaysia terpaksa hadap kos kos c...
Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 345 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
Makanan B I T Bantu Jadikan Otak Anak Bijak Mudah Belajar Kuat Ingatan

Makanan B I T Bantu Jadikan Otak Anak Bijak Mudah Belajar Kuat Ingatan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 323 hits
Anak bijak IQ adakah disebabkan oleh faktor pemakanan ataupun genetik semata mata Sebenarnya pertumbuhan otak anak ada kaitanya dengan pemakanan anak anak Otak yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat Ikuti perkongsian daripada Ke...
Resahkan Warga 46 Preman Hingga Anak Punk Diamankan Polisi

Resahkan Warga 46 Preman Hingga Anak Punk Diamankan Polisi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 203 hits
Diantara lokasi yang disasar adalah Pasar 16 Ilir Pasar Kuto KM 12 dan Simpang Macan Lindungan yang kerap terjadi pemalakan terhadap sopir truk Petugas juga menemukan beragam jenis minuman keras dan lem aibon yang biasa dipakai anak anak ja...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat