Saya Yakin Melayu Yang Akan Bebaskan Baitulmaqdis Syeikh Nawaf Takruri


KUALA LUMPUR: Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Perkara ini akan berlaku, Insya Allah,” kata Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin, Sheikh Dr Nawaf Takruri.
Sheikh Nawaf berkata, Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi.
Katanya, beliau yakin Malaysia akan mara sebagai mujah idin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis yang diiktiraf Presiden Amerika Syarikat sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah itu.

“Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis.
“Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa,” katanya.
Beliau menjawab soalan mengenai saluran untuk berjihad ketika menjadi panel Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, pada 2017.
Panel lain ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin At-Takiri, dan Ketua Unit Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara, Salahudin Datuk Hidayat Shariff.

Sesi berkenaan dihoskan Felo MyAqsa, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa.
Ketika ditanya hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara-negara Arab, Sheikh Nawaf berkata Malaysia perlu berpegang teguh kepada pendirian membebaskan Baitulmaqdis dan mengutamakan masa depan Islam walau berdepan pelbagai cabaran.
“Pemimpin Arab hari ini lebih menjaga kepentingan dan kedudukan masing-masing, bukannya kemaslahatan dan kesucian umat Islam,” katanya.
Sementara itu, Khairuddin berkata rakyat Malaysia perlu menyatakan solidariti membebaskan Baitulmaqdis melalui doa, bantuan kewangan dalam pelbagai cara termasuk ketenteraan dan ekonomi sehingga musibah itu berakhir.

“Kita tidak ajak rakyat kita ke Palestin tetapi wajib buat dengan doa, bantuan kewangan dan prihatin dalam isu ini. Kalau orang protes, orang bising, kita tidak ambil perhatian, maksudnya kita tidak prihatin nasib saudara kita.
“Bangkit bermusim sudah jadi adat rakyat kita, tetapi kesedaran kena sentiasa ada. Waktu sedar kita kena bangkit berpanjangan, bukan bangkit sehari diam setahun. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta bangkitkan isu ini sehingga berakhir,” katanya.
Sementara itu, Khairuddin mahu Malaysia menggunakan pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mencabar Perjanjian Balfour yang dilihat sebagai retorik politik kuasa-kuasa besar.
“Sampai sekarang Malaysia, satu-satunya negara yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Jadi cara terbaik adalah OIC mencabar Perjanjian Balfour di mahkamah antarabangsa atau negara Islam bergabung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perjuangkan isu ini. Itu lebih baik,” katanya. – Berita Harian
The post Saya Yakin, Melayu Yang Akan Bebaskan Baitulmaqdis : Syeikh Nawaf Takruri appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/saya-yakin-melayu-yang-akan-bebaskan-baitulmaqdis-syeikh-nawaf-takruri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok Lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam Un Kedai Serbaneka

Video Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok Lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam Un Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 851 hits
VIDEO Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam un kedai serbaneka Dua penjenayah berbaju Melayu dengan bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17 pada Sabtu Ketua Polis Daerah...
3 Wasiat Untuk Umat Melayu Islam Bangkit Semula

3 Wasiat Untuk Umat Melayu Islam Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 477 hits
Sekitar 95 tahun silam Khalifah Utsmani resmi dinyatakan runtuh Kepemimpan Islam yang pernah jaya dan menguasai dua pertiga dunia dihapuskan dalam tata dunia pada 3 March 1924 Sejak itu umat Islam tidak lagi di bawah naungan seorang pimimpi...
Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 473 hits
Dengan kekuatan ketekunan dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat soko...
Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 490 hits
Diterbitkan Hari ini 8 58 malam Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pensyarah Universiti...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 557 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 631 hits
Bekas ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar bersama pengerusi acara Yoke Ling Chee di wacana sejarah dan kesan buruh kontrak di Malaysia di Brickfields hari ini KUALA LUMPUR Seorang bekas ahli Parlimen berkata masyarakat Melayu da...
Informasi Ini Gambar Melayu Bukan Palestin Mana Ham Ambiga Marina Eric Paulsen

Informasi Ini Gambar Melayu Bukan Palestin Mana Ham Ambiga Marina Eric Paulsen

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 546 hits
Mana Ambiga Marina dan Eric Paulsen Posted by SnapShot at 3 09 2019Hak Asasi Manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang di buat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948 Perisytiharan ini yang d...
Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara

Kenapa Wanita Perlu Faham Konsep Nafkah

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Mid Week Pantyhose Queen Poll Update

Kelebihan Chia Seed Cara Penggunaan

Easy Corned Beef Recipe With Potatoes And Carrots

Blog Performance

Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

Bahaya Matcha Fakta Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Tentang Pengambilannya