Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15



"Dengan kekuatan, ketekunan, dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu, tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat sokongan yang lebih besar daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, termasuk meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu ke tahap majoriti."

Itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam satu kenyataan media menerusi portal Roketkini mengenai isu kerjasama UMNO dan Pas yang didakwa akan menggugat keutuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Kit Siang lagi, PH harus menentang serangan terbaru pembangkang itu dengan 'senjata' yang mereka gunakan sewaktu memenangi Pilihanraya Umum ke 14 lalu.

"Pakatan Harapan perlu menggunakan formula yang telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi melawan serangan terbaharu UMNO-PAS yang memainkan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan.

"Jika Pakatan Harapan dapat menewaskan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dimainkan Barisan Nasional dan PAS, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh sekali lagi digunakan untuk menyerang balas kempen pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dibawa UMNO-PAS," tegas beliau.

Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu turut menempelak UMNO yang dikatakan hanya tahu menggunakan kempen kebencian serta ketakutan untuk meraih sokongan pengundi khususnya pengundi-pengundi melayu.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO mendabik dada bahawa mereka akan memperolehi kemenangan ekoran yakin dengan kempen pembohongan, berita palsu, kebencian dan ketakutan yang dimainkan mereka.

"Namun pembohongan, fitnah dan berita palsu ini tidak mampu menahan kemaraan Pakatan Harapan dalam meraih sokongan satu pertiga pengundi Melayu bagi menumbangkan Barisan Nasional dan membetulkan semula 60 tahun dasar pembinaan negara," ujarnya.

Selain itu, veteran DAP berkenaan juga yakin kerajaan PH akan mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara baru yang bebas dari rasuah serta berintegriti sepertimana didalam manifesto mereka terdahulu.

"Harapan untuk melihat sebuah Malaysia Baharu seperti yang termaktub dalam manifesto pilihan raya adalah kunci yang telah membawa Pakatan Harapan ke Putrajaya, bagi mentrasformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang berintegriti," tambah beliau.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar tetap kekal percaya dan memberi ruang kepada Kerajaan PH untuk membina semula negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Kit Siang turut yakin bahawa Malaysia Baru akan lebih gemilang serta mendapat sokongan rakyat didalam tempoh empat tahun mendatang.

"Sepanjang 10 bulan lalu, rakyat Malaysia sudah mula tertanya-tanya sama ada mereka telah meletakkan harapan palsu kepada Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, malah semua masyarakat dan kumpulan di Malaysia.

"Jika dalam tempoh empat tahun akan datang, Pakatan Harapan menggunakan formula yang telah membawa kemenangan bersejarah dan keputusan 9 Mei 2018 bagi membina sebuah Malaysia Baharu dan tidak terkeluar daripada landasannya akibat daripada serangan bertali arus dalam bentuk pembohongan tidak berasas, kebencian dan ketakutan yang dimainkan UMNO dan PAS, sokongan popular untuk Malaysia Baharu akan meningkat," kata Kit Siang lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/03/tak-mustahil-kerajaan-ph-akan-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Tanpa Syarat Pas Perlis Terhadap Kerajaan Negeri Bn

Sokongan Tanpa Syarat Pas Perlis Terhadap Kerajaan Negeri Bn

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 349 hits
MalaysiaGazette Dua orang lelaki membetulkan bendera PAS pada Ceramah Umum Bersama Calon PAS sempena Pilihan Raya Kecil P 132 Port Dickson di Padang Koboi Teluk Kemang Port Dickson Negeri Sembilan foto SYAFIQ AMBAK KANGAR Pas Perlis akan me...
Pengundi Semenyih Wajib Tolak Kerajaan Yang Menghalalkan Perbuatan Menghina Rasulullah Saw

Pengundi Semenyih Wajib Tolak Kerajaan Yang Menghalalkan Perbuatan Menghina Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 599 hits
Menghina Rasulullah SAW Bukan Kebebasan Bersuara Dan Tindakan Tegas Mesti Di AmbilMahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg memutuskan pada hari Kamis bahwa menghina Nabi Muhammad saw tidak boleh di anggap sebagai kebebasan bersuara E...
Bantuan Rm100 Bsh Mampu Tarik 60 Peratus Pengundi Muda Di Prk Semenyih

Bantuan Rm100 Bsh Mampu Tarik 60 Peratus Pengundi Muda Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 349 hits
Prestasi cemerlang kerajaan PKR di Selangor serta bantuan RM100 melalui pemberian Bantuan Sara Hidup kepada golongan bujang dianggap sebagai punca sokongan 60 peratus pengundi muda di Prk Semenyih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Pengarah Pi...
Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 413 hits
Diterbitkan Hari ini 8 58 malam Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pensyarah Universiti...
Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 549 hits
ARIF ATAN Pengundi Semenyih sudah pun bersuara semalam Pakatan Harapan gagal mempertahankan kerusi N 24 apabila calonnya Muhammad Aiman Zainali mendapat 17 866 undi berbanding calon BN Zakaria Hanafi dengan meraih 19 780 undi Majoriti seban...
Kerajaan Ph Tak Akan Abaikan Golongan Pengundi Muda Syed Saddiq

Kerajaan Ph Tak Akan Abaikan Golongan Pengundi Muda Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 276 hits
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyedari bahawa golongan pengundi muda di negara ini lebih bijak menilai prestasi sesebuah kerajaan dan tidak terlampau taksub dengan mana mana parti politik Oleh kerana itu beliau...
Perubahan Kerajaan Malapetaka Dahsyat Buat Bangsa Melayu

Perubahan Kerajaan Malapetaka Dahsyat Buat Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 339 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tak pernah berlaku dalam negara majoriti umat Islam tapi pemerintahannya dikuasai orang bukan Islam Presiden Isma PUTRAJAYA Perubahan pemerintahan Malaysia selepas Pakatan Harapan yang didominasi DAP merampas tampuk ...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin