Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu Satu Dalam Sejuta Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami


“Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu..” – Satu Dalam Sejuta, Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami! Poligami sering kali menjadi topik perbincangan yang sangat menarik buat kaum lelaki tetapi sebaliknya tidak bagi kebanyakan wanita. Namun, masih ada juga dalam kalangan wanita yang menerima baik kehidupan berpoligami ini, kerana mereka yakin akan manfaat dan kelebihan kehidupan berpoligami.
BACA: Ajaibnya Kuasa Doa, Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik!
Menerusi Facebook Khazatul Atiqah, wanita ini kongsi detik pertemuannya dengan bakal madu dan bagaimana dia menerima kehidupan berpoligami.
Keluarga poligami yang harmoni
KISAH DI SEBALIK GAMBAR (Rujuk gambar di bawah)WARNING : Penulisan ini agak panjang tapi inshaAllah berbaloi bagi yang…
Posted by TiQa Ummimerahjambu on Selasa, 16 Julai 2019
Sesungguhnya cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mertua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama. Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mertua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.
Saya sudah berniat cuma belum ketemu calonnya. Misi pencarian juga kurang serius dan dalam masa sama, sibuk dengan urusan mendatang dan hal perniagaan. Sehinggalah Allah mengetuk hati saya, di mana saat kandungan anak ke-5 memasuki 4 bulan (April 2019) saya mengalami kesakitan seperti kontraksi bersalin dan sakit nyeri-nyeri sekitar tulang punggung dan peha sehinggakan sakit untuk bergerak dan sukar berjalan mahupun berdiri lama.
Saya Terus Melamar, Terkenangkan suami dan anak-anak
Keadaan makin teruk sampaikan saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Semakin hari semakin sakit dan saya hampir kemurungan. Saya terkenangkan apa akan jadi pada suami dan anak-anak saya kiranya sesuatu yang buruk menimpa saya. Sungguh hati saya sedih dan diruntun pilu. Di sini timbul perasaan, saya kena usahakan untuk mencari seseorang yang boleh menjaga keluarga saya kiranya apa-apa yang tidak diingini terjadi pada saya. Ya, poligami adalah antara jalan terbaik.
Lagi-lagi melihat tuan suami yang tidak jemu melayan saya ketika saya sakit, tanpa rungutan, sentiasa dengan senyuman manisnya menguruskan saya, anak-anak, rumahtangga dan juga perniagaan kami. Pejabat kami yang terletak di tingkat 3 dan suami kebanyakkannya mendukung saya naik dan turun berulang-alik mengikut beliau ke pejabat semata tidak mahu saya kemurungan tinggal di rumah seorang diri.
Saya Terus Melamar, Mencuba jadi isteri yang terbaik
Mempunyai seorang suami yang sangat baik hatinya, penyayang dan sangat mengambil berat sememangnya anugerah buat saya. Saya berusaha dan sangat mencuba untuk menjadi isteri terbaik yang sentiasa dapat memberikan tip top service dari semua segi kepada suami namun ya, saya juga perempuan biasa yang mudah kalah dengan nafsu dan terdorong ikut emosi sendiri. Kasihan pada suami yang sangat baik pada kita, tapi kadang kala kita buat acuh tak acuh, layan suami ikut mood, tarik muka mencuka jika ada yang tak kena, belum lagi dengan layanan yang serba serbi kurang tapi diri kita pula merasakan yaaa aku dah bagi terbaik dan cukup dah sebab suami memang kita punya pun.
Sedangkan Allah cipta suami sebagai jambatan menuju akhirat. Suami Allah letakkan martabatnya tinggi hingga Nabi bersabda, jika ada manusia selain Allah yang patut disembah, ia adalah isteri menyembah suaminya. Lalu mana hak isteri untuk memperlekeh suami? Sedangkan berkat dan redha suami sangat penting buat seorang isteri. Jika diri sudah mengenali hakikat nafsu, kenapalah nafsu itu mahu disubur dan diberi muka lagi?
Sentiasa sedar diri
Bagi diri saya pula? Poligami adalah ubat untuk nafsu wanita sememangnya. Kita akan jadi sentiasa sedar diri, sentiasa mahu berikan yang terbaik, lebih bergantung banyak pada Allah dan banyak lagi. Belum pula manfaat kita boleh bergilir-gilir dengan madu untuk sentiasa beri yang terbaik pada suami, anak-anak akan dapat kasih sayang yang lebih banyak disebabkan bilangan ibu yang bertambah, urusan rumahtangga juga lebih mudah inshaAllah.
Saya mengenali madu saya Nur Fathonah Abdul Rahim di antara circle kawan-kawan sekolah dan beliau mempunyai bisnes mobile Spa dan saya secara tak langsung mengenalinya melalui komen-komen di Facebook di kalangan circle kawan-kawan yang sama dan kami mula menjadi sahabat alam maya lebih kurang dua-tiga tahun lepas. Kami kemudiannya berjumpa di satu majlis makan-makan pada tahun lepas dan itu kali pertama saya melihatnya secara peribadi dan hati tidak habis memuji kecantikannya.
Single mom yang bekerja keras
Kami kemudiannya mula berhubung melalui WhatsApp kerana saya berniat untuk mengambil perkhidmatan mobile Spa beliau tapi belum berkesempatan. Sehinggalah pada satu hari saya menjemput beliau ke perjumpaan BNI (Business Networking International) yang menghubungkan usahawan-usahawan untuk membantu sesama mereka dalam berkongsi rezeki perniagaan. Di hari itu juga saya dikejutkan dengan keadaan sebenar yang rupanya beliau adalah single mom yang bekerja keras menguruskan 2 orang anaknya.
Tapi beliau berpesan untuk tidak memberi tahu sesiapa kerana sangat sedikit yang mengetahui status sebenar beliau dan sebolehnya beliau sorokkan dan tidak war-warkan kerna bimbang ada yang mengambil kesempatan. Saya pula saat mendengar statusnya terus terpacul di mulut saya, Jom jadi madu saya! tapi dalam hati saya di waktu itu eh eh biar betul aku ni! Yang kelakarnya, beliau juga terkejut dengan dirinya yang tiba-tiba mahu mendedahkan statusnya pada saya sedangkan beliau seorang yang sangat sensitif dan sangat merahsiakan statusnya daripada diketahui orang. Kami kemudiannya berpisah pada hari tersebut dengan masing-masing pelik dengan diri masing-masing.
Saat jatuh sakit
Kami terus berhubung melalui WhatsApp bertanya khabar sedikit sebanyak walaupun nampak beliau sepertinya mengelak dari saya atas sebab ajakan menjadi madu. Saya pula saat itu belum benar-benar serius memikirkan poligami atas sebab kesibukan kerja dan perniagaan. Saat saya jatuh sakit merupakan saat yang saya benar-benar memikirkan hal poligami lalu bila tibanya Ramadhan tahun ini, atas keberkatan bulan tersebut saya seperti diberí satu kekuatan luar biasa dan alhamdulillah kesihatan saya pulih sedia kala.
Ada 2 orang calon yang saya approach dan kedua-duanya menolak dan hati saya juga berasa tidak kena dari beberapa segi. Hingga satu saat saya merintih-rintih meminta pada Tuhan agar dijentik hati saya pada orang yang saya cari lalu saya teringatkan Nur Fathonah.
Saya segera menghantar WhatsApp mahu berjumpa keesokan harinya. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk berjumpa walaupun saya memberi hint mengenai availability beliau kerana saya masih mencari calon madu. Saat berjumpa merupakan saat saya menceritakan pandangan saya mengenai poligami sambil meluahkan impian dan hasrat saya dan saya terus melamar beliau menjadi madu dan memohon beliau untuk jangan terus menolak, ambil masa untuk fikirkan terlebih dahulu dan mohon panduan dan petunjuk dariNya melalui solat istikharah.
Bukan perkara main-main
Saya kemudiannya menyatakan hasrat saya pada suami dan bercerita tentang calon yang saya rasakan, inilah orangnya! Sebelum ini suami juga tahu keinginan saya dan kami banyak kali berbincang mengenai corak poligami bagaimana yang dirasakan sesuai dengan pimpinan dan hasrat hati suami.
Menurut tuan suami, perkara ini perkara besar dan bukan main-main, kerana bebanan tanggungan jatuh ke atasnya dan beliau yang akan disoal di depan Tuhan kelak. Tuan suami juga meminta saya berdoa dan memohon panduan dari Tuhan.
Saya juga menghantar nama penuh madu saya (bakal calon di saat itu) kepada dua orang sahabat saya yang berada di Mekah dan minta didoakan namanya di depan Kaabah dan saya menghantar hasrat agar diberikan jawapan kepada persoalan saya.
Hari demi hari kami berhubung dan makin intim, sedangkan suami hanya mengetahui update dari saya dan setiap hari saya minta didoakan dan moga Allah pandu semua tindakan saya. Dipendekkan cerita, dengan kuasa Tuhan, alhamdulillah beliau bersetuju menerima lamaran saya. Itu juga setelah berbagai ujian yang kami hadapi dalam proses persetujuan dari pihak beliau.
Saya gembira dan bersyukur
Bagi saya, niat yang baik inshAllah Allah akan bantu permudahkan dan akan diakhiri dengan perkara yang baik.
Alhamdulillah suami saya telah selamat diijabkabulkan dengan madu saya dan saya sangat gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya. Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan aibnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indah bukan!
Tujuan saya bercerita, bukanlah untuk menunjuk jauh sekali berbangga. Tapi bagi menjawab persoalan dan mengelak fitnah atas sebab suami saya upload gambar kami bertiga kelmarin atas sebab-sebab tertentu.
Diharapkan kisah kami menjawab persoalan dan spekulasi ramai terutama kaum keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai yang kami kasihi. Mohon doakan kami sekeluarga yang baik-baik belaka semoga kami sentiasa dalam panduan Allah swt dalam mengamalkan sunnah Rasul dan moga kami kekal sebagai keluarga hingga ke Jannah. Amiinn Ya Rabbalalamiinn.
Sumber: Khazatul Atiqah
The post “Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu..” – Satu Dalam Sejuta, Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-terus-melamar-beliau-menjadi-madu-satu-dalam-sejuta-wanita-ini-kongsi-kisah-manisnya-berpoligami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembaga Hitam Ini Cuba Ganggu Jemaah Wanita Mutawif Kongsi Pengalaman Seram Tingkat Tiga Penginapan Aziziyah

Lembaga Hitam Ini Cuba Ganggu Jemaah Wanita Mutawif Kongsi Pengalaman Seram Tingkat Tiga Penginapan Aziziyah

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 493 hits
MUSIM haji tiba lagi Kumpulan pertama jemaah haji sudah pun berlepas pada 4 Julai lalu Lembaga hitam ini cuba ganggu jemaah wanita mutawif kongsi pengalaman seram tingkat tiga penginapan Aziziyah
Dulu Saya Pernah Tercicir Duit Niaga Rm5000 Ayah Kongsi Kisah Permulaan Keajaiban Ainul Mardhiah

Dulu Saya Pernah Tercicir Duit Niaga Rm5000 Ayah Kongsi Kisah Permulaan Keajaiban Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 419 hits
Kepulangan Buah Hati Malaysia Ainul Mardhiah minggu ini semestinya dinantikan oleh seluruh rakyat negara ini Namun terujaan tersebut terhenti tatkala ibu Ainul sendiri memuatnaik satu kiriman di laman instagramnya menyatakan bahawa mereka t...
Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 459 hits
Pasukan Polis Hutan atau PPH adalah merupakan salah satu daripada cawangan unit di bawah Polis Diraja Malaysia Unit ini ditubuhkan hampir 70 tahun yang lalu dan kini ia dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Seperti kebanyakan pasukan berunifo...
Dia Melamar Saya Menjadi Madunya Tak Mahu Suami Terabai Isteri Cari Isteri Kedua Untuk Suami

Dia Melamar Saya Menjadi Madunya Tak Mahu Suami Terabai Isteri Cari Isteri Kedua Untuk Suami

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 801 hits
The ReporterKetika wanita lain menolak untuk bermadu wanita ini pula memilih untuk mencari pasangan lain buat suaminya Wanita ini mula memasang niat untuk menyunting madu apabila kasihan melihat suaminya menjaga dirinya yang tidak sihat ket...
Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 755 hits
Isteri usahawan kosmetik senasi Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram semalam Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta
Antara Umno Dan Bersatu Tun M Hanya Mahu Satu Terus Hidup

Antara Umno Dan Bersatu Tun M Hanya Mahu Satu Terus Hidup

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 291 hits
UMNO yang ada pada hari ini sebenarnya bukanlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dahulu UMNO asal itu hakikatnya sudah pun mati berikutan keputusan mahkamah pada 1988 dahulu yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram Walaup...
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 504 hits
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah kongsi kisah awal perkenalannya dengan Shuib Siti Sarah melalui Instagramnya semalam telah memuat naik gambar di awal perkenalannya dengan Shuib yang menarik perhatian netizen Malah kapsyen yang...
Ingat Saja Terpacak Kat Situ Rupanya Ini Kisah Sebenar Imej Wanita Selalu Kita Tengok Dalam Filem Hollywood

Ingat Saja Terpacak Kat Situ Rupanya Ini Kisah Sebenar Imej Wanita Selalu Kita Tengok Dalam Filem Hollywood

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 361 hits
Bagi semua kaki movie di luar sana pasti ada beberapa logo syarikat produksi di awal tayangan yang sudah sebati dengan anda setiap kali menonton filem di panggung wayang paparan telefon dan laptop ataupun di kaca televisyen Antara logo yang...
Asal Minum Susu Je Anak Terus Muntahkan Balik Ketiga Tiga Anak Kena Rotavirus Ibu Kongsi Pengalaman

Asal Minum Susu Je Anak Terus Muntahkan Balik Ketiga Tiga Anak Kena Rotavirus Ibu Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 716 hits
Bila anak alami cirit birit dan muntah muntah berpanjangan jangan dibiarkan sahaja sebaiknya perlu periksa keadaan anak Bimbang anak terkena jangkitan Rotavirus tanpa mama sedar Banyak bahayanya malah mengundang nyawa anak lebih lebih lagi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025