Dia Melamar Saya Menjadi Madunya Tak Mahu Suami Terabai Isteri Cari Isteri Kedua Untuk Suami


The Reporter


Ketika wanita lain menolak untuk bermadu, wanita ini pula memilih untuk mencari pasangan lain buat suaminya. Wanita ini mula memasang niat untuk menyunting madu apabila kasihan melihat suaminya menjaga dirinya yang tidak sihat ketika mengandung dan dia mahukan kehidupan suaminya tidak terabai serta mendapat layanan yang adil

“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya

“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.” kata Khuzatul Atiqah

Seawal perkenalan Khuzatul Atiqah dan madunya, Nur Fathonah yang merupakan ibu tunggal dua orang anak adalah bermula melalui laman sosial. Semenjak dari itu, mereka saling berhubungan. Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian

Semasa Khuzatul menyampaikan niatnya, Nur Fathonah hanya mendiamkan diri. Selepas diterangkan kebaikan berpoligami, akhirnya Fathonah bersetuju

Khuzatul Atiqah sebelum ini mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya. Rata-rata netizen memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa

“Sesungguhnya... cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama. 
“Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”
Nur Fathonah juga memuat naik status yang sama di Facebook. 
“Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami. Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. 
“Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja. Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”
“Alhamdulillah setelah beberapa kali saya memohon petunjuk dari Allah. Saya makin yakin bahawa Allah sememangnya datangkan mereka untuk saya dan anak-anak. Walaupun banyak rintangan yang kami hadapi saat mula-mula proses perkenalan dan sebelum persetujuan, namun sepanjang itu juga Allah sentiasa pegang hati-hati kami untuk bersama dan kuatkan hati kami. Akhirnya, saya terima lamaran kakak madu saya dengan hati terbuka

“Allah membuka mata saya bahawa hidup berpoligami ini sangat indah sebenarnya. Semua kita dapat buat bersama, saling bantu membantu dan lengkap melengkapi, bersama memberi yang terbaik untuk suami, bersama menjaga solat berjemaah bersama, menjaga dan mendidik anak sama-sama, masak bersama, kemas rumah bersama dan banyak lagi manfaatnya.” katanya dalam coretan yang panjang


Ketika ditanya mengenai reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman

Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam

Sumber: Harian Metro, TiQa Ummimerahjambu, Nur Fathonah Abdul Rahim

July 24, 2019 at 01:44AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/07/dia-melamar-saya-menjadi-madunya-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 474 hits
Mendirikan rumahtangga satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan seumur hidup Ini kerana ia merangkumi cara hidup dan masa depan buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ia melibatkan dua insan yang berset...
Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jelas Menunjukkan Bagaimana Kejadian Ini Terjadi

Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jelas Menunjukkan Bagaimana Kejadian Ini Terjadi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 416 hits
SUASANA hiba dan sebak menyelubungi pekarangan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam dengan kehadiran lebih 50 kenalan kepada Muhammad Hamadi Zakaria 31 dan Nur Syuhadah Zaini 31 Suami Isteri Pergi Serentak Infografik Jela...
Scha Al Yahya Suami Sudah Sedia Timang Anak Kedua

Scha Al Yahya Suami Sudah Sedia Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 299 hits
Baru saja menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka Lara Alana yang kelima tahun Scha Al Yahya memberitahu beliau dan suami kini sudah bersedia untuk The post appeared first on
Kisah Benar Isteri Menyunting Madu Buat Suami

Kisah Benar Isteri Menyunting Madu Buat Suami

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 479 hits
Perkenalannya bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya Khuzatul Atiqah Abu Seman 31 memilih untuk melamar Nur Fathon...
Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 610 hits
Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama sama susah dan senang Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak anak Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan...
Suami Isteri Dibunuh Sebelum Dibakar

Suami Isteri Dibunuh Sebelum Dibakar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 323 hits
Raja Noraina Raja Rahim SUAMI isteri dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Taman Desa Melati di Nilai jam 9 30 malam ini Mayat lelaki dan wanita berusia 60 an itu ditemui dalam keadaan rentung oleh bomba yang menjalankan ope...
Bomba Padam Rumah Terbakar Temui Mayat Pasangan Suami Isteri Dengan Kesan Tikaman

Bomba Padam Rumah Terbakar Temui Mayat Pasangan Suami Isteri Dengan Kesan Tikaman

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 440 hits
Mayat pasangan suami isteri ditemui mati sebelum rumah mereka di Taman Desa Melati Nilai dibakar pada jam 9 30 malam Rabu Mayat lelaki dan wanita berusia 60 an itu ditemui di bahagian dapur dan bilik belakang oleh bomba yang menjalankan ope...
Malam Pertama Bersama Isteri Ini Langkah Yang Suami Perlu Lakukan

Malam Pertama Bersama Isteri Ini Langkah Yang Suami Perlu Lakukan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 551 hits
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara ini terjadi Tapi sebelum itu mari kita lihat dulu apakah tanda tanda bahawa isteri anda benar benar telah bersedia untuk menerima tusukan z...
Motosikal Berlanggar Satu Sama Lain Pasangan Suami Isteri Dilaporkan Maut

Motosikal Berlanggar Satu Sama Lain Pasangan Suami Isteri Dilaporkan Maut

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 355 hits
Kita semua tahu ajal maut ditangan Tuhan Kita sebagai seorang manusia tidak terlepas dengan berpisahan mahupun berpisahan hidup ataupun kematian Seseorang itu pasti akan menempuh ajal walau bagaimana cara sekalipun Paling menyedihkan apabil...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Lavender Garden

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Lirik Lagu Carilah Aku Di Neraka Fadzli Fareast

Ameerais Puaskah Chord