Antara Umno Dan Bersatu Tun M Hanya Mahu Satu Terus Hidup


UMNO yang ada pada hari ini sebenarnya bukanlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dahulu
UMNO asal itu hakikatnya sudah pun mati berikutan keputusan mahkamah pada 1988 dahulu yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram
Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi pada 1988 itu boleh dirayu tetapi Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Presiden UMNO tidak pun berbuat demikian
Beliau sebaliknya menubuhkan UMNO Baru di mana hanya mereka yang terpilih dan merupakan penyokongnya saja dibenarkan menyertainya pada ketika itu
Kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah 43 undi kepada Tun Mahathir dalam pemilihan tahun 1987 tidak dibenarkan sama sekali menyertai UMNO yang baru ditubuhkan itu
Kumpulan Tengku Razaleigh kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46 yang membawa semangat perjuangan UMNO asal itu
Dengan perjalanan masa serta melalui cengkaman kuasa, UMNO Baru itu perlahan-lahan diperkukuhkan sehingga akhirnya ia dijenamakan sebagai UMNO sepenuhnya
Tetapi, realitinya UMNO asal sudah mati kerana tidak pernah diusaha untuk dihidupkan, sebaliknya UMNO Baru secara perlahan-lahan ditukar sebagai UMNO asal yang telah mati itu
Lantaran itu, realitinya juga UMNO yang ada sekarang adalah parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir, bukan parti yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dahulu
Meskipun UMNO ini ditubuhkan oleh Tun Mahathir, namun beliau telah dua kali keluar meninggalkan parti itu
Pertama, ketika mahu menekan Tun Abdullah Badawi agar berundur dan kedua, ketika mahu menyingkirkan Najib Razak
Tun Mahathir bagaimanapun menyertai semula UMNO setelah Tun Abdullah berjaya disingkirkan dan Najib mengambil alih kerusi empuk Perdana Menteri pada 2009
Pada 2016, Tun Mahathir sekali lagi keluar UMNO, juga sebagai cara untuk memberi tekanan kepada Najib agar berundur berikutan terpalit dengan skandal 1MDB
Apabila tekanannya tidak berjaya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir selepas itu menubuhkan Bersatu yang akhirnya bergabung dengan PH, seterusnya berjaya menumbangkan BN dan beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua
Selepas setahun mentadbir negara bersama PH, minggu lalu secara mengejut Tun Mahathir mempelawa semua parti Melayu, terutamanya UMNO, agar bersama menyertai Bersatu
Tujuannya kata Tun Mahathir untuk memastikan kuasa Melayu tidak berpecah dan mampu memenangi pilihanraya akan datang
Apakah yang kita boleh faham daripada pelawaan Tun Mahathir ini
Ternampak di sini bahawa Tun Mahathir ada rasa rindu kembali agar parti yang diterajuinya mempunyai jumlah kerusi majoriti dalam kerajaan sebagaimana pertama kali beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini
Ketika ini, walaupun memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, jumlah kerusi yang dimiliki oleh partinya iaitu Bersatu adalah nombor tiga di belakang PKR dan DAP
Barangkali dengan kedudukan itu, beliau merasakan kuasanya agak terhad dan tidak boleh berbuat sesuka hati
Selain itu, mesej lain di sebalik pelawaan Tun Mahathir itu ialah beliau sebenarnya hanya mahu satu saja parti yang pernah ditubuhkannya terus hidup di negara ini iaitu Bersatu
Ini adalah isyarat bahawa UMNO paling mungkin akan diharamkan berikutan terkait dengan skandal 1MDB dan menerima wang haram syarikat tersebut
Walaupun sehingga ini pemimpin UMNO menolak pelawaan Tun Mahathir, tetapi beliau, sebagaimana yang diketahui, adalah pemimpin yang arif dan pakar dalam menggunakan kuasa untuk mencapai apa yang dihajatinya
Dengan dua parti yang ditubuhkannya – UMNO dan Bersatu – saling bersaing sesama sendiri, ia adalah perkara yang menyakitkan sebenarnya bagi Tun Mahathir
Beliau akan lebih berasa aman dan tenang jika hanya salah satu saja yang terus hidup selepas ini
– https://shahbudindotcom.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/07/antara-umno-dan-bersatu-tun-m-hanya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 211 hits
Seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ahli seumur hidup Pe...
Umno Tolak Pelawaan Tun M

Umno Tolak Pelawaan Tun M

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 319 hits
Kami kekal dengan prinsip tak akan jilat ludah sendiri terima Bersatu BANGI UMNO menolak pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu tempatan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohame...
Rentasan Berita 525 Gempar Ini Sebab Utama Tun M Ajak Melayu Masuk Bersatu

Rentasan Berita 525 Gempar Ini Sebab Utama Tun M Ajak Melayu Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 240 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 525 1 BUKAN UMNO DAN PAS SAHAJA PARTI UNTUK PRIBUMI 2 MENGAPA SUSAH SANGAT NAK ISYTIHAR HARTA 3 APA AGENDA SURAT AKUAN SUMPAH PALSU 4 DAP BUKAN PARTI CINA KATA SHEIKH UMAR Layari Facebook kami untuk mendapat berita da...
Kekuatan Umno Pas Gerunkan Ph Bersatu

Kekuatan Umno Pas Gerunkan Ph Bersatu

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 211 hits
07 Julai 2019 10 49 AMISMAIL SABRIKUALA LUMPUR 7 Julai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kekuatan gabungan UMNO dan Pas melalui gerakan Perpaduan Ummah dilihat telah menggerunkan Pakatan Harapan Katanya hal itu me...
Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 408 hits
Politik Melayu berpecah bila Dr M tubuh Bersatu jalin kerjasama DAP BANGI UMNO dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang bukan sahaja menjadi tsunami menelan Bersatu tetapi juga Pakatan Harapan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mo...
Umno Tidak Akan Sertai Bersatu

Umno Tidak Akan Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 250 hits
DATO SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN07 JULY 2019PERPECAHAN dan kesusutan pengaruh politik bangsa Melayu bermula semenjak YAB Tun Mahathir menubuhkan Bersatu Lebih memeritkan bila Bersatu menjalinkan kerjasama politik dengan DAP untuk menewaskan U...
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 336 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Kempen Tarik Ahli Umno Sertai Bersatu Bukan Sesuatu Yang Pelik

Kempen Tarik Ahli Umno Sertai Bersatu Bukan Sesuatu Yang Pelik

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 268 hits
Akhbar Utusan menyiarkan tulisan Roslan SMS yang merasa tindakan Pengerusi Bersatu Tun M mengajak ahli ahli Umno untuk menyertai Bersatu sebagai usaha Tun M menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8 Nampaknya begitu dangkal pemikiran Roslan S...
Bersatu Will Not Be Another Umno Wan Azizah

Bersatu Will Not Be Another Umno Wan Azizah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 262 hits
Bersatu is not going to morph itself into another Umno Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail said today Wan Azizah was confident there was nothing in Bersatu s set up either to suggest it was a carbon copy of the Malay based party ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say