(Sinar Harian) – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh kepimpinan Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu di Stadium Negeri malam tadi
Ribuan Hadiri HPU UMNO-Pas Peringkat Terengganu“Mungkin ALLAH SWT mahu turunkan pengajaran disebabkan kifarah kesilapan yang berlaku sejak 61 tahun
“Justeru saya mewakili seluruh kepimpinan UMNO memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada seluruh kepimpinan Pas,” katanya ketika berucap pada himpunan itu.Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh akar umbi parti dapat mengetepikan perbezaan pendapat demi mengembalikan maruah Islam dan Melayu di negara ini
Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas menyaksikan majlis menandatangani pembentukan jawatankuasa Permuafakatan Nasional peringkat Terengganu sempena HPU malam tadi. – Foto ihsan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyatakan kesediaan dan mengalu-alukan sekiranya Muktamar Tahunan Pas pada tahun depan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
“Selama 61 tahun Pas terseksa jadi pembangkang, insya-ALLAH lepas menang dalam PRU15, kita sama-sama duduk dalam satu Kabinet.“Kita berusaha, bertawakal dengan izin-Nya, Putrajaya sudah mesti milik kita dalam PRU15,” katanya.Terdahulu, sejarah tercipta setelah kedua-dua parti itu membuka lembaran baharu setelah mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah di PWTC pada 14 September lalu|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |