Pas Bersyukur Parti Tiada Kaitan Dengan Kes Nasharudin


N Faizal Ghazali

PAS menyatakan rasa syukur kerana tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pendakwaan yang dihadapi oleh bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata jika sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PAS yang didakwa menerima wang daripada pihak tertentu, namun dalam kes Nasharudin ternyata parti itu tiada kaitan.

"Kita rasa syukur, alhamdullilah, daripada orang tuduh kita terima duit tetapi daripada 33 pertuduhan (kes Nasharuddin) tiada sangkut paut dengan parti," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat exco Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Semalam, Nasharudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah dengan nilai keseluruhan RM3,979,739.40.

Bekas anggota Parlimen Bachok dan Yan berusia 57 tahun itu didakwa melakukan tiga kesalahan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melakukan pengubahan wang haram secara tidak langsung, dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram iaitu mendepositkan wang peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia kepada Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) berjumlah RM302,069.60 menggunakan cek milik syarikatnya Wassatiyah Centre For Peace Sdn Bhd ke dalam tiga akaun berbeza milik Sisma Auto (KL), SMR Performance Sdn Bhd dan Duadaya Interior Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dari 9 November hingga 20 Disember 2018.

Jika sabit kesalahan, Nasharudin boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Sementara itu Mohd Amar turut mengesahkan Nasharudin masih lagi ahli PAS, namun sudah tidak aktif selepas kalah dalam pemilihan pada muktamar beberapa tahun lalu.

Menurutnya, setakat ini PAS mengambil pendirian bahawa bekas pensyarah itu belum bersalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.

Justeru Mohd Amar berkata PAS tidak akan menggugurkan keanggotaan Nasharudin buat masa ini.

Baca Kes Nasharudin: Ke mana RM3.9 juta dibelanja

"Dia baru dituduh dan tidak tahu lagi sama ada beliau bersalah atau tidak. PAS tetap menganggap Nasharudin belum bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," katanya.

Untuk menjelaskan pendirian itu, Adun Panchor tersebut memberikan contoh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang tetap menjadi anggota parti walaupun didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah.

"Namun, sekiranya Nasharudin didapati bersalah, terpulang kepada parti sama ada mahu memecat keahliannya.

"Apa pun, tunggu keputusan mahkamah dan terserah kepada parti," katanya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/pas-bersyukur-parti-tiada-kaitan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
33 Pertuduhan Dr Nasharudin Tapi Tiada Kaitan Dengan Pas

33 Pertuduhan Dr Nasharudin Tapi Tiada Kaitan Dengan Pas

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 176 hits
KOTA BHARU PAS melahirkan rasa syukur kerana daripada 33 pertuduhan yang dikemukakan terhadap bekas ahli parlimen Bachok Dato Dr Nasharudin Mat Isa tidak kaitan dengan PAS Naib Presiden Dato Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya melahirkan ra...
Dap Kata Tiada Kontrak Sosial Pas Cabar Tendang Keluar Parti Cauvinis

Dap Kata Tiada Kontrak Sosial Pas Cabar Tendang Keluar Parti Cauvinis

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 468 hits
By 19 10 2019PAS mencabar Pakatan Harapan menendang keluar DAP daripada pakatan itu atas tindakan beberapa pemimpin parti rasis dan cauvinis berkenaan mempertikai kontrak sosial Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ...
Kes Nasharudin Ke Mana Rm3 9 Juta Dibelanja

Kes Nasharudin Ke Mana Rm3 9 Juta Dibelanja

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 332 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini dihadapkan dengan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah kira kira RM3 7 juta Nasharudin juga dihadapkan dengan tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan kira kira RM300...
Pas Siasat Isu Pelajar Pasti Diberhenti Kerana Bapa Kritik Parti

Pas Siasat Isu Pelajar Pasti Diberhenti Kerana Bapa Kritik Parti

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 229 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pasti menerima pelajar pra sekolah daripada pelbagai latar belakang termasuk bukan Islam PETALING JAYA Siasatan akan dibuat terhadap sebuah pusat pendidikan pra sekolah milik PAS berhubung...
Terkini Polis Sahkan Suspek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Wanita Kerat Lapan Sudah Ditahan

Terkini Polis Sahkan Suspek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kes Bunuh Wanita Kerat Lapan Sudah Ditahan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 859 hits
Seorang lelaki telah ditahan berikutan kes pembunuhan kejam seorang wanita dan kanak kanak lelaki yang dikerat lapan yang ditemui di kawasan Kampung Ladang Jalan PK 43 Perindustrian Krubong Melaka Menurut Ketua Polis Melaka Dato Mat Kasim b...
Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 362 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP susulan beberapa pimpinan parti itu dikaitkan dengan isu buku komik kontroversi diharamkam dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Anwar berkat...
Dap Johor Selar Pas Mahu Haram Parti

Dap Johor Selar Pas Mahu Haram Parti

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 389 hits
Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Umno dan PAS juga boleh diharamkan kerana sejarah menunjukkan kedua dua parti itu pernah menghuru harakan negara JOHOR BAHRU Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Bagharib...
Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 582 hits
Dahi saja hitam tapi Nasharudin ini adalah petualang yang hendak membawa Pas untuk bersama dengan Umno dari 2008 lagi Cara dia menyalurkan duit ialah melalui Suwardi Dan Suwardi ini pula telah disebut 3 kali dalam audio Nik Mohamad Abduh se...
Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 674 hits
Adun DAP G Saminathan dan P Gunasekaran ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan LTTE KUALA LUMPUR Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh dan RSN Rayer akan mewakili empat ahli parti itu termasuk dua Adun yang ditahan baru baru ini atas dakw...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama