Saya Juga Tahu Tentang Korupsi Dan Salah Laku Kerajaan Terdahulu Maszlee Balas Serangan Kj



Selepas disindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membalas 'serangan' bekas Ketua Pemuda Umno itu.

Maszlee berkata, beliau sedia maklum dengan semua isu pendidikan yang kerap dijadikan 'bahan' pembangkang sejak kebelakangan ini antaranya program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu 1Malaysia, lapor Sinar Harian.

"Cuma KJ (Khairy Jamaluddin) kena tahu, saya juga tahu tentang korupsi dan salah laku kerajaan terdahulu dalam RMT sekolah sehingga diberikan amaran oleh Jabatan Audit Negara.


Loading...
"Saya juga tahu hilangnya susu dari program bantuan susu sewaktu kerajaan dahulu," katanya dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Beliau turut memuat naik dokumen berhubung teguran Jabatan Audit Negara terhadap program RMT yang bertarikh 1 Mac 2016.

Antara teguran itu termasuklah berkaitan kelewatan agihan peruntukan kepada pejabat pendidikan daerah dan hidangan makanan tidak mengikut menu ditetapkan.



Maszlee menegaskan, RMT bukan projek bantuan sarapan yang disasarkan kepada golongan B40 yang kini sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan.

"Ramai anak-anak di desa dan miskin kota yang pergi ke sekolah dengan perut kosong dan hanya makan pada waktu tengah hari melalui RMT.

"Saya turun ke sekolah-sekolah dan mendengar rintihan anak-anak," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga sedia maklum dengan beberapa projek kementerian dilakukan secara rundingan terus ketika kerajaan terdahulu antaranya isu solar diesel di Sarawak.

Maszlee dalam nada sinis turut mengucapkan tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana cakna dengan isu pendidikan.

"Saya ingatkan anda lebih bijak daripada mereka yang berotak lobak itu YB, sila buktikan anda lebih bijak dari mereka," katanya.

Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2019 hari ini, Khairy Jamaluddin dilihat banyak menyindir Maszlee kerana didakwa terlalu sibuk memberi cadangan dan kenyataan yang tidak perlu.

Dalam pada itu, Maszlee turut memberi komen tentang ciapan dibuat Khairy Jamaluddin di Twitter peribadinya semalam.

"Terima kasih atas 'nice words' dalam tweet semalam. Tidak sabar untuk melihat parti baharu anda...," katanya.

Semalam, Khairy Jamaluddin memuat naik gambar beliau bersama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika mereka menghadiri debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Sinar Harian pada 2012 dan turut kelihatan gambar Maszlee yang menjadi moderator program pada masa itu. - Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/saya-juga-tahu-tentang-korupsi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azizah Lawat Julau Salah Guna Jentera Kerajaan Lawatan Azmin Bagaimana

Azizah Lawat Julau Salah Guna Jentera Kerajaan Lawatan Azmin Bagaimana

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 325 hits
Azizah lawat Julau salah guna jentera kerajaan lawatan Azmin bagaimana Posted By on November 09 2018Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Julau Sarawak tidak wajar dipolitikkan sebagai berkempen un...
Gossip Pejawat Awam Tentang Kerajaan Baru

Gossip Pejawat Awam Tentang Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 486 hits
Antara gossip yang paling hangat di kalangan penjawat awam sekarang nie adalah mengenai pengalaman bersama kerajaan baru di kementerian masing Walaupun di kementerian yang berbeza namun pola penceritaan mereka hampir sama Menteri Timbalan M...
Gst Bagus Tapi Dicemari Salah Urus Tadbir Kerajaan Dulu

Gst Bagus Tapi Dicemari Salah Urus Tadbir Kerajaan Dulu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 412 hits
GST adalah sistem cukai yang bagus tetapi reputasinya dicemari oleh salah urus tadbir kerajaan lalu kata Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi Kementerian Kewangan Mohd Hassan Ahmad Justeru beliau berharap kerajaan akan melaksanak...
Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 440 hits
Kerajaan BN memperuntukkan RM2 50 sehari kepada murid Semenanjung Malaysia dan RM3 00 untuk murid di Malaysia Timur Foto Bernama Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas tindakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mahu membuat kajian bag...
Dr Maza Bidas Pembikinan Polis Evo 2 Memberi Petunjuk Salah Tentang Islam Di Malaysia Boikot

Dr Maza Bidas Pembikinan Polis Evo 2 Memberi Petunjuk Salah Tentang Islam Di Malaysia Boikot

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 416 hits
Ketika dunia menggambarkan umat Islam sebagai pengganas tidak wajar kita membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu Dan realitinya di Malaysia ekstremis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer itu kata Mufti negeri...
Bila Kj Desak Najib Letak Jawatan Rancangan Kerajaan Campuran Gagal Kata Lokman

Bila Kj Desak Najib Letak Jawatan Rancangan Kerajaan Campuran Gagal Kata Lokman

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 445 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini mengakui memang ada rancangan untuk menubuhkan kerajaan campuran oleh pemimpin pemimpin parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu Bagaimanapun katanya rancangan ters...
Apa Itu B40 Malaysia Isi Rumah Dapat Bantuan Kerajaan Di Bajet 2019

Apa Itu B40 Malaysia Isi Rumah Dapat Bantuan Kerajaan Di Bajet 2019

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 671 hits
Apa itu Maksud B40 Malaysia Isi Rumah B40 Dapat Bantuan Kerajaan Di Bajet 2019 Kita boleh lihat berdasarkan pengumuman pembentangan bajet 2019 Malaysia golongan B40 adalah antara yang diberikan penekanan dan tumpuan yang banyak Ini adalah u...
Kerajaan Cari Jalan Bendung Akaun Palsu Media Sosial Kata Gobind

Kerajaan Cari Jalan Bendung Akaun Palsu Media Sosial Kata Gobind

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR 5 Nov Kerajaan sedang dalam proses menentukan kaedah paling sesuai untuk mengenal pasti pemilik sah bagi pemegang akaun media sosial di negara ini kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo Beliau berkata mekanisme...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula