Bila Kj Desak Najib Letak Jawatan Rancangan Kerajaan Campuran Gagal Kata Lokman


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini mengakui, memang ada rancangan untuk menubuhkan kerajaan campuran oleh pemimpin-pemimpin parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum, 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya rancangan tersebut gagal disebabkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Selain itu beliau juga menolak dakwaan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bahawa Barisan Nasional (BN) pada masa itu mempunyai rancangan untuk mengisytihar darurat.

“Dalam keadaan tersebut ketika hari yang kita tewas, kita masih dapatkan pandangan daripada peguam-peguam dan pakar undang-undang untuk melihat sekiranya kita boleh wujudkan kerajaan sementara sehingga sebuah kerajaan campuran dapat dibentuk.

“Malangnya bila Khairy mengasak Datuk Seri Najib untuk letakkan jawatan, proses ini telah gagal dilakukan dan menyebabkan (Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir ambil kesempatan untuk mengumpulkan sokongan daripada parti-parti politik lain untuk membentuk kerajaan,” katanya.
Kata Lokman, sesebuah parti politik dengan kerusi terbanyak boleh menjadi kerajaan sementara selagi proses angkat sumpah perdana menteri baharu tidak selesai.

Jelasnya, itulah yang dimaksudkannya dengan tempoh tiga bulan untuk BN terus berkuasa dan bukannya untuk mengisytihar darurat.

“Maksud saya dari segi undang-undang, parti yang perolehi kemenangan Ahli Parlimen paling ramai boleh diangkat sebagai ketua kerajaan.

“Sedangkan kalau kita lihat, (parti) Dr Mahathir (Bersatu) hanya mempunyai 13 kerusi berbanding dgn BN yang mempunyai 79 kerusi ketika itu.

“Kalau misalnya usaha Datuk Seri Najib tak diganggu, ada kemungkinan besar bukan Dr Mahathir yang berjaya yakinkan parti-parti politik lain, tapi ada kemungkinan besar Najib yang berjaya menarik parti-parti itu,” tambahnya.

Terdahulu, Chin Tong berkata, kenyataan Lokman seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan BN sebelum ini mempunyai rancangan untuk mengisytihar darurat selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ia susulan kenyataan Lokman yang menyalahkan tindakan Khairy yang menggesa Najib untuk meletak jawatan sebagai presiden parti.

“Jika anda baca artikel itu, Lokman berkata Najib bercadang untuk melewatkan keputusan untuk tiga bulan dan selepas itu akan berunding dengan Pakatan Harapan. Itu apa yang Lokman kata.

“Selepas itu Khairy merosakkan rancangan itu. Apa yang ingin saya katakan, Lokman perlu beritahu apa sebenarnya yang terjadi dan Najib perlu nafikannya.

“Tidak ada penjelasan lain. Bagaimana mereka boleh tambah waktu mereka berkuasa dan Najib masih jadi perdana menteri apabila dia sudah pun kalah pada pilihan raya selain daripada mengisytiharkan darurat?” katanya sewaktu dihubungi.
Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/bila-kj-desak-najib-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 434 hits
Oleh 10 sebab Presiden PAFA Tidak Perlu Letak Jawatan 1 Beliau tidak melanggar mana mana undang undang di Malaysia2 Beliau tidak RASUAH3 Beliau telah mohon maaf secara terbuka4 Beliau mengaku kesilapan beliau5 Desakan untuk letak jawatan ha...
Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 459 hits
October 31 2018 10 24 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri hari ini membidas kerajaan kerana berterusan menghina rakyat kali ini kerana subsidi Datuk Seri Najib Razak tidak berpuas hati dengan kenyataan yang membayangkan subsidi akan dihen...
Pemuda Umno Desak Zahid Letak Jawatan

Pemuda Umno Desak Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 502 hits
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA SHAH ALAM Pemuda Umno akan membuat desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan ekoran kes mahkamah yang dihadapi beliau Menurut sumber desakan itu bakal dibuat dalam Mesyuarat Exco ...
Desakan Menteri Letak Jawatan Tidak Patut Timbul Kata Kamarudin

Desakan Menteri Letak Jawatan Tidak Patut Timbul Kata Kamarudin

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 500 hits
October 26 2018 8 36 AM Kamarudin berkata keputusan yang dibuat bertujuan memastikan tidak ada pihak mendapat kelebihan atau keistimewaan SHAH ALAM Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu gesaan Gabungan Teksi Se Malaysia yang mendesak Menteri P...
Tak Pernah Berlaku Kerajaan Pendendam Kata Najib

Tak Pernah Berlaku Kerajaan Pendendam Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 430 hits
Najib Razak dan Irwan Serigar hari ini didakwa kes 1MDB dan IPIC Foto BHarian Sg Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai pendendam susulan pendakwaan terhadapnya berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad Bekas...
Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 554 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam tonggak kajian yang terdapat dalam laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas semuanya adalah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional Menurut beliau yang juga ...
Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 590 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 04 November 2018 12 51 PM IPOH Penyokong tegar bola sepak Perak mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnian Abd
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia