Saya Jatuh Cinta Dengan Sugar Daddy Yang Belikan Kereta Rumah Bernilai Rm1 9 Juta Untuk Saya
The Reporter
Seorang wanita berkongsi luahan perasaannya terhadap 'Sugar Daddy'-nya walaupun mereka berbeza usia 36 tahun.
Damea Williams, 31, tidak menyangka dirinya akan jatuh cinta dengan James Parker, 67, selepas berkenalan dengan lelaki itu di Facebook.
Segalanya bermula apabila James bertanya kepada Damea jika dia boleh menjadi Sugar Daddy-nya pada April 2017.
Difahamkan, pendandan rambut itu meluahkan rasa penat dengan drama yang berlaku apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda. Ekoran itu, Damea secara terbuka mengakui di media sosial bahawa dia sedang mencari Sugar Daddy, lelaki berusia 50 tahun ke atas untuk membantunya dari segi kewangan dan sekali gus memberi kestabilan dalam hidupnya.
"Saya menyampah dengan segala drama yang berlaku apabila bercinta dengan lelaki muda. Saya nak lelaki yang berusia," katanya.
Apabila duda yang juga pesara tentera laut itu menyatakan hasrat untuk mengenalinya, Damea agak skeptikal. Namun, lama kelamaan hubungan mereka semakin akrab.
"James sangat berkeyakinan tinggi, tetapi saya kurang pasti pada waktu itu. Dia berusia 62 tahun dan terlalu tua untuk saya. Namun saya cuba sajalah.
"Pada awalnya dia banyak membantu saya, tetapi semakin lama kami kerap meluangkan masa bersama. Saya tak jangka akan jatuh cinta dengan dia tetapi dia banyak mengubah kehidupan saya.
Dia hantar mesej kepada saya mengatakan, 'Saya memenuhi keperluan awak dan lebih banyak lagi'. Kata-katanya menarik minat saya. Kini dia bukan hanya sekadar sugar daddy saya, tetapi juga jejaka idaman saya.
"Dia mungkin berusia 67 tahun tetapi dia sangat aktif dan bertenaga. Saya rasa dia mesti memalsukan usianya kerana tiada apa yang menghalangnya di bilik tidur. Saya tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa dia sekarang," katanya.
Pernah sekali kereta milik Damea hilang akibat dicuri. James kemudian membelikan sebuah kereta Jeep bernilai £40,000 atau RM208,725 untuknya dan hampir setiap minggu akan membawanya keluar atau menghantar duit kepada Damea sekiranya dia mempunyai urusan di luar negara.
Selain itu, James suka membawa Damea keluar makan bersama, membelikannya pakaian mewah, malah membelikannya sebuah rumah bernilai £340,000 atau RM1,774,162.
Lama-kelamaan, Damea mendapati dia semakin menyayangi lelaki itu dan pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk bertunang dan berpindah ke Las Vegas.
"Dia benar-benar mengubah hidup saya. Dia mula melabur pada syarikat dandanan rambut saya juga," katanya.
Mac 2018 di Washington, James melamar Damea dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
"James lebih tua tetapi dia lebih santai dan mantap. Tiada drama dengan dia dan dia banyak memberi motivasi kepada saya. Dia lebih daripada seorang sugar daddy dan dia sangat menyayangi saya.
"Saya tidak pernah menjangka akan jatuh cinta dengan sugar daddy, saya sangat gembira," katanya.
Sumber: Daily Star
September 10, 2022 at 03:48AM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2022/09/saya-jatuh-cinta-dengan-sugar-daddy.html